BAB 8

Other Completed 4737

Hari ini adalah hari pertama sesi pembelajaran bermula setelah cuti musim panas yang panjang. Aku telah menantikan saat ini sejak 2 bulan yang lalu. Hatiku melonjak keriangan. Tidak sabar rasanya untuk kembali bertemu Angie Jika aku berjumpanya nanti, aku mahu memarahinya cukup-cukup kerana sepanjang dia pulang ke Colchester, dia tidak pernah menghubungiku. Tiada panggilan telefon, tiada emel, tiada surat, tiada sebarang khabar berita. Sudah puas aku cuba menghubunginya namun tidak berjaya. Emel dan suratku tidak pernah dibalas. Pernah juga aku bertanya kepada rakan sebiliknya Emily, namun Emily juga tidak tahu ke mana Angie pergi dan apa yang sedang berlaku kepadanya. Menurut Emily, Angie hanya memberitahunya yang dia mahu pulang ke Colchester dan akan kembali selepas cuti musim panas tamat.

Aku mempercepatkan langkahan menuju ke dewan kuliah. Sesampainya di sana, mataku meliar mencari kelibat Angie. Namun dia tiada di situ. Aku sedikit hampa. “Mungkin dia datang lewat.” Aku memujuk diri sendiri. Dengan sabar, aku menunggu kedatangannya. Sehingga tamat kuliah, kelibat Angie masih tidak kelihatan. Aku semakin gelisah. Masakan dia ponteng, mustahil. Angie tidak pernah ponteng kuliah. Tiba-tiba, aku teringatkan Emily. Lalu aku segera menghubunginya dan mengajaknya untuk berjumpa di Aston Webb. Dia bersetuju.

“Ammar!” Emily memanggil namaku. Aku melambai ke arahnya. “What’s up? Seems like you have something important to see me. How’s your summer? Enjoyed your trip to Egypt?” Emily memulakan perbualan setelah mengambil tempat di hadapanku. Suasana di Aston Webb agak tenang. “Everything is fine. We’re having great time in Egypt. You should get there someday.” Aku berbicara tenang. Emily hanya tergelak kecil. “Emily, where’s Angie?” Aku merenung ke arah Emily sambil menantikan jawapannya. “Oh…er…er…yeah she’s fine.” Emily seperti menyembunyikan sesuatu. “Then, where is she?” Is she here?” Soalku kembali. Air muka Emily tampak berubah. Dia mengetap bibirnya. “Please, tell me. Where’s Angie?” Aku berterusan mendesak Emily untuk memberitahuku di mana Angie. Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Emily bersetuju.

Dia membuka begnya lalu mengeluarkan sebuah buku bertajuk ‘Islam: Belief & Teaching’. Aku kurang mengerti apa yang cuba dimaksudkan oleh Emily. “Before she left, Angie gave me this book. She asked me to give it to you as a gift on your birthday next month.” Ujar Emily. Dengan perlahan, aku mencapai buku tersebut dan membeleknya satu persatu. Tiba-tiba, sekeping kertas berlipat terjatuh dari celahan buku tersebut. Kubukakan lipatan kertas itu. Ianya sekeping surat dari Angie.

Dear Ammar Azka,
Another year has gone by. A chapter in our lives has come to an end and another one is about to begin. I guess now would be a time as any to tell you that I’ve had a crush on you since the time we’re together during the Sophomore Foundation Week. I’ve caught myself many times over the past few years staring at you in the hall ways and in class more than one should. I think you are a wonderful person. I’m sorry to tell you that I’ll not coming back to Birmingham after the summer. My mom had been relocated to Johannesburg to serve at the rural hospital there. It was the news that I’d received during the phone call at Shubra El-Khaima. It’s so hard to tell you that we’re going to be separated. I enjoyed myself during the trip to Egypt, with you around. Thank you for spending so much time with me, thank you for the friendship that we had at Birmingham, and most of all, thank you for the shawl that you gave me. It’s the only treasure I have to help me remembering you. Happy birthday. I love you.
Love,
Angie Demi Neil

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience