BAB 2

Other Completed 4737

“Please complete your assignment by tomorrow. On my table, before 4 pm.” Professor Simon memberikan arahan sebelum beredar. Aku mengemaskan barang-barang dan memasukkannya ke dalam beg. Baru hendak melangkah, namaku dipanggil.

“Ammar!” Aku lihat Angie datang menghampiriku. “I want to go to the library. Wanna looking for some references for the assignment. Do you mind if….” Pertanyaan Angie terhenti di situ. Alis matanya redup memandangku. Aku sudah dapat menangkap maksudnya. “Sure.” Jawabku ringkas. Senyuman terukir di bibirnya. Kami hanya berjalan kaki menuju ke perpustakaan. Jaraknya kira-kira 500 meter dari bangunan akademik utama. Pada mulanya aku mencadangkan kami berbasikal ke sana, namun Angie enggan. Dia lebih santai kalau hanya berjalan kaki saja.

Sampainya di perpustakaan, kami terus ke rak dan mula mencari buku-buku rujukan yang sesuai. Tugasan yang diberikan oleh Professor Simon tidaklah sesukar mana sehingga memerlukan buku rujukan tambahan. Niat aku cuma untuk menemani Angie dan membantunya. Setelah beberapa ketika berada di situ, aku pergi mendapatkan Angie yang sedang leka membaca buku di hujung rak. “Did you find the book?” Soalku perlahan. Aku membongkok untuk melihat tajuk buku yang sedang dibacanya. ‘Khadijah: Iron Lady of Islam’. Angie mengangguk. “And I found this book too. Interesting.” Jawabnya tanpa memandangku. Matanya masih tertumpu pada isi kandungan buku tersebut. Aku hanya memerhatikan gelagatnya.

Secara tiba-tiba, aku teringatkan jemputan parti hari jadi Fletcher di Flowstock Streets. Majlis itu akan bermula jam 3 petang. Aku melihat jam di tangan, sudah menghampiri pukul 3.15 petang. Aku menepuk dahi. “What?” Angie hairan melihat perlakuanku. “Fletcher’s birthday party at 3 pm. I nearly forgot about it. We still have time. Wanna go?” Soalku pada Angie.

“I’m sorry I can’t. I’m going back to Colchester this evening. Today is Thursday, remember? Did you forget that too?” Angie melirik ke arahku. Ya, hampir juga aku terlupa. Angie akan pulang ke Colchester setiap hari Khamis untuk membantu menguruskan klinik kesihatan milik ibunya di pekan kecil Brindsby. Itulah rutin mingguannya sejak beberapa bulan yang lepas. Bagiku, Colchester itu agak jauh juga sebenarnya walaupun aku tidak pernah sampai ke sana. Kata Angie, perjalanan menaiki bas memakan masa selama 6 jam. Seperti menaiki bas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Bagiku, itu sudah dikira jauh.

Aku terus menghantar SMS kepada Fletcher untuk memaklumkan ketidakhadiran kami ke majlisnya petang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience