BAB 9

Other Completed 4737

Aku memandang ke luar jendela. Walaupun musim luruh bakal berakhir tidak lama lagi, dedaunan masih rancak berguguran, mewujudkan suasana yang cukup indah di bumi Birmingham ini. Sudah hampir 2 tahun berlalu. Tiada sebarang berita yang kuterima dari Angie. Dia benar-benar membawa diri. Aku masih setia menunggunya. Setiap hari aku menanti khabar berita darinya. Beberapa minggu lagi hari konvokesyen akan berlangsung. Mak dan ayah akan mengambil penerbangan ke London minggu hadapan untuk menghadiri majlis yang paling bersejarah dalam hidupku. Setelah 6 tahun menuntut ilmu di perantauan, akhirnya segulung ijazah bakal kugenggam. Namun, hatiku tetap hiba bila mengenangkan Angie tiada di sini untuk aku berkongsi kegembiraan dengannya. Aku benar-benar merinduinya dan mengharapkan dia dapat hadir ke majlis konvokesyen itu nanti.

Para graduan masih sibuk bergambar. Keadaan di perkarangan ICS Abbey Garden riuh-rendah. Kegembiraan dapat dilihat di sana-sini. Inilah harinya. Majlis konvokesyen baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Emak memelukku erat. Aku tahu, aku telah membanggakannya hari ini. Anugerah ‘Graduan Terbaik Jurusan Pengajian Undang-Undang’ menceritakan segalanya. Segala penat lelah mak dan ayah selama ini yang banyak membantuku akhirnya terbalas. Aku berjanji, dengan kejayaan yang kucapai pada hari ini, akan kumanfaatkan sebaik mungkin untuk membantu mengubah nasib keluarga.

“Smile ! Say cheese !” Jerit Paul. Aku dan rakan-rakan bergambar kenangan bersama-sama. Tidak lama lagi, kami akan berpisah dan masing-masing akan membawa haluan sendiri demi mengejar cita-cita. Dalam kegembiraan meraikan saat-saat indah ini, aku teringatkan Angie. Ingatanku terhadapnya tidak pernah padam. Lamunanku dikejutkan tatkala aku terdengar seseorang memanggil lembut namaku. Lantas aku menoleh. Kelihatan seorang wanita berumur dalam lingkungan separuh abad sedang berdiri betul-betul di hadapanku.

“You must be Ammar right?” Wanita itu menyoalku.

“Yes.” Jawabku sambil mengamati raut wajahnya.

“Do you still remember this shawl?” Dia bertanya sambil menunjukkan ke arah selendang ungu yang sedang dipegangnya. Ada sesuatu yang membaluti di dalamnya.

Aku melihat ke arah selendang itu. Seperti pernah kulihatnya.

“Angie?” Perkataan itu terpacul dari mulutku.

Wanita itu tersenyum lalu menghulurkan selendang itu kepadaku. “I believed these belongs to you. I’m Mrs. Boyce.” Ujarnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience