BAB 1

Other Completed 4737

“Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang ada dilangit dan di bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada-Nya-lah mereka dikembalikan ?” [Ali ‘Imran: 83]

*****

“Hi Ammar. I’m so sorry I’m late. I went to Boppard just now to pick up my laundry.” Ujarnya. Beg sandangnya diletakkan di atas padang rumput lalu duduk bersila di sebelahku.

Angie Demi Neil. Seorang gadis periang dan tipikal berusia 26 tahun, tinggal di Colchester, berdarah kacukan English-Irish dan dilahirkan di Cardiff. Kedua-dua orang tuanya berpindah ke Colchester ketika dia berusia 10 tahun. Bapanya adalah seorang peguam yang berkhidmat di sebuah firma guaman di London manakala ibunya seorang jururawat di Colchester Medical Centre. Angie adalah seorang ylng baik, berpewatakan ceria dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Semua orang menyenanginya. Sikapnya yang peramah dan ringan mulut itu membuatkannya mudah mendapat kawan. Dek kerana keramahannya itulah kami berkenalan dan menjalinkan persahabatan. Jika dibandingkan antara aku dan dia, kami memang jauh berbeza. Berlainan dengan dirinya, aku seorang yang pendiam dan lebih suka mendengar.

Aku mula mengenalinya ketika kali pertama menjejakkan kaki di United Kingdom ini 4 tahun yang lalu. Kami berkenalan pada hari pertama pendaftaran pelajar-pelajar baru di University of Birmingham. Ketika itu, aku sedang leka membaca buku panduan kampus apabila Angie datang menyapaku dan bertanyakan arah ke Chancellors Court. Selepas itu, pertemuan kedua kami berlaku semasa ‘Sophomore Foundation Week’ di mana kami diletakkan dalam kumpulan ‘ice-breaking’ yang sama. Keserasian yang wujud antara kami pada pertemuan kedua itu telah membawa kepada perkenalan kami. Dan bermula dari hari itu, kami sering menghabiskan waktu bersama; sama ada untuk mengulangkaji pelajaran, penglibatan aktiviti sosial di kampus, mengadakan perbincangan, menyiapkan tugasan atau sebagainya. Ramai di antara rakan-rakan yang menyalahertikan keakraban kami. Malah ada juga di antara mereka yang mengatakan kami adalah pasangan kekasih yang ideal. Pada awalnya aku merasa kurang senang, bimbang ianya akan menyinggung perasaan Angie. Namun apabila ditanya, Angie hanya ketawa dan memberitahu yang dia tidak pernah ambil kisah dengan perkara itu. Tetapi dia sendiri mengakui yang dia sangat selesa berkawan denganku. “You are so much different from any other guys that I’ve ever met before. I loved to be friend of yours.” Katanya tatkala ditanya tentang perkara itu.

“Hey spongy, I’m starving. Aston Webb?” Angie mengusulkan cadangan. Kebetulan, aku juga sedang lapar. “Great !” Jawabku. Lalu kami mengemaskan alat tulis yang bersepah di atas padang rumput dan terus menuju ke Aston Webb. Jaraknya hanya kira-kira 50 meter dari Rich Easter Park, tempat kami mengulangkaji pelajaran tadi.

Ketika kami sedang makan, Angie secara spontan mengajukan soalan kepadaku tentang tudung. Dia ingin mengetahui kenapa wanita Muslim diwajibkan memakai tudung dan kenapa sejak mutakhir ini, wanita bertudung ditindas dan didiskriminasikan. Aku sedikit terkejut dengan pertanyaannya. Aku sangkakan soalannya sekadar untuk dijadikan topik perbualan, namun riak wajahnya nampak serius. Aku cuba menjawabnya sebaik mungkin. Sebagai seorang penganut Islam, sudah menjadi tanggungjawabku untuk menyampaikan dakwah dan memperbetulkan sebarang persepsi buruk terhadap Islam. Aku tidak pernah mengkategorikan diriku sebagai seorang yang warak dan alim, namun sedikit ilmu yang kupegang di dalam diri sekurang-kurangnya boleh membantu. Aku jelaskan pada Angie sebab musabab Islam mewajibkan pemakaian tudung ke atas wanita Muslim. Aku juga memperihalkan kepadanya serba-sedikit tentang ajaran Islam. Angie hanya terdiam sambil mengangguk perlahan. Dari raut wajahnya, aku dapat menangkap dia sedang menginterpretasikan maklumat-maklumat baru yang diterimanya. Sekilas, pandangannya ditumpahkan ke arahku.

“Ammar, do you have the Holy Quran?”Angie bertanya.

“Yes, I have the version with translation. Why?” Jawabku lalu menyoalnya kembali.

“Can I borrow it?” Tanyanya.

“Why not. But please take care of it. You know why.” Jawabku sambil tersenyum.

“Don’t worry. Thanks a lot.” Katanya lalu mengenyitkan matanya kepadaku. Aku ketawa melihatnya.

Aku tidak pasti apa tujuan sebenar Angie mahu meminjam kitab suci Al-Quran. Aku mengandaikan, dia mahu mendalami agama suci itu. Dan jika benar, syukur Alhamdulillah. Aku pasti akan menolongnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience