BAB 4

Other Completed 4737

Sudah 6 hari kami berada Mesir. Terasa begitu cepat masa berlalu. Banyak tempat yang telah kami lawati sepanjang kunjungan kami ke sini. Percutian ini sangat menyeronokkan. Kegembiraan jelas terlihat di raut wajah masing-masing. Angie seperti biasa, tidak betah duduk diam. Di sini, kami menginap di sebuah hotel di tengah-tengah kota Cairo.

Tidak jauh dari hotel penginapan kami, terdapat sebuah kawasan membeli-belah Shubra El-Khaima. Ianya seakan-akan Pekan Rabu di Alor Setar, tetapi Shubra El-Khaima lebih besar dan rekabentuknya tampak lebih eksklusif. Di situ terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barangan seperti cenderamata, koleksi pakaian, jubah, tikar sejadah, kitab-kitab agama, barangan perak, perhiasan rumah, peralatan elektronik, rempah ratus, makanan dan sebagainya. Esok adalah hari terakhir kami di sini dan aku berhajat untuk mengunjungi Shubra El-Khaima untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Aku menyuarakan rancanganku kepada Angie dan dengan senang hati, dia bersetuju untuk menemaniku esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience