BAB 5

Other Completed 4737

Keesokkan harinya, seawal jam 8.30 pagi kami berdua sudah bersiap-siap untuk ke Shubra El-Khaima. Waktu penerbangan pulang ke London ialah pada jam 12.15 tengah hari. Kami membuat keputusan untuk datang ke sini pada awal pagi kerana mahu bersiar-siar lebih lama sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Hembusan angin penghawa dingin di dalam Shubra El-Khaima benar-benar menyamankan. Aku melihat pengunjung masih belum ramai yang datang kerana ianya masih awal. Kami mula berjalan dan mengunjungi satu persatu kedai yang ada di situ. Setibanya di kedai menjual pakaian, Angie mengajakku untuk masuk. Aku hanya menuruti. Tangannya tuntas membelek-belek helaian jubah muslimah dan selendang yang bergantungan sementara aku pula mencuba beberapa helai kopiah yang tersusun cantik di atas meja.
“Ammar, it’s beautiful, isn’t it?” Angie memanggilku seraya menunjukkan sehelai selendang berwarna ungu. “Yes, it is. You wanna buy it? For whom?” Soalku kembali. Angie hanya menggelengkan kepala. “No, I’m just asking you.” Jawabnya sambil ketawa kecil. Seketika kemudian, telefon bimbitnya berdering. Angie melangkah keluar dari kedai untuk menjawab panggilan.

Aku mengambil 2 helai kopiah lalu kuhulurkan kepada tuan kedai. “I want that too, please.” Aku menudingkan jari ke arah selendang yang dipegang oleh Angie tadi. Setelah membayar harganya, aku keluar dari kedai dan mendapatkan Angie yang sedang berbual di telefon. Setelah mematikan panggilan, dia terpandang beg plastik berwarna kuning yang terjinjit di tangan kananku.

“What’s that?” Soalnya. “I bought kopiah for my dad.” Ujarku. Tiba-tiba aku terperasan mata Angie yang basah dan kemerahan. “What’s wrong with your eyes?” Are you crying?” Soalku ingin tahu. “Oh nothing. It’s kinda hot and filthy in Cairo. It must be dirts, don’t worry.” Katanya sambil mengesat mata. Aku hanya diam, sambil hatiku menduga sesuatu yang tidak kena pada Angie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience