BAB 3

Other Completed 4737

Yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Cuti musim panas kembali lagi.. Aku tidak pulang ke Malaysia pada cuti kali ini kerana aku telah mendaftarkan diri untuk bertugas sebagai ‘research assistant’ kepada Dr. Fitzgerald. Angie juga tidak pulang ke Colchester kerana menyertai rombongan ke Mesir selama seminggu bersama rakan-rakan kami; Margaret, Samantha, Francesca, Brian dan Phillips. Dia mengajakku untuk turut serta dalam rombongan itu. Sudah lama dia bercita-cita untuk melawat Mesir. Dia teringin untuk melihat tempat-tempat menarik di sana yang selama ini hanya dibaca di dalam buku. Dia juga berkeinginan untuk melawat tempat-tempat bersejarah peninggalan tamadun Islam.

Pada mulanya aku enggan kerana komitmen tugas, tetapi setelah beberapa kali memujukku, akhirnya aku bersetuju tetapi dengan syarat, dia harus mendapatkan kebenaran dari Dr. Fitzgerald untukku. Setelah mendapat persetujuan dari Dr. Fitzgerald, aku menelefon mak di kampung untuk meminta kebenaran darinya pula. Dan alhamdulillah, mak tidak menghalang. Selang beberapa hari kemudian, kami berangkat ke Mesir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience