BAB 6

Other Completed 4737

Penerbangan kami baru sahaja berlepas. Aku dapat melihat keceriaan pada wajah rakan-rakanku yang lain, kecuali Angie. Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang tadi, dia hanya mendiamkan diri. Wajahnya sugul. Semasa di Shubra El-Khaima tadi, dia mengajakku pulang ke hotel penginapan lebih awal dari perancangan kami, sedangkan pada awalnya dia yang beria-ia mahu mengunjungi semua kedai di situ. Dia mengadu tidak sihat dan ingin pulang ke bilik hotel untuk berehat. Aku hanya menuruti kehendaknya.

“Angie, are you fine? What’s wrong?” Dia tidak menoleh ke arahku. Sejak dari tadi dia hanya memandang ke luar tingkap. Langit di luar kelihatan tenang. Sesaat kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arahku. “I’m fine.” Jawabnya tenang sambil tersenyum tawar. Aku teringatkan selendang ungu yang dibeli di Shubra El-Khaima tadi. Lalu aku mengambil beg sandang yang terletak di tempat beg sebelah atas lantas mengeluarkan beg plastik berwarna kuning. “This is for you. I knew you liked it from the first time you touched it.” Ucapku sambil menghulurkan selendang ungu itu. Mata Angie membulat, seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.

“But…I don’t know how to wear it. It’s for Muslim anyway.” Katanya. “It’s okay. You can keep it.” Lalu aku letakkan selendang ungu itu di atas ribanya. “Thank you, Ammar . You’re such a nice man.” Suara Angie agak sebak dan mendatar.

Dan, sepanjang penerbangan pulang, Angie hanya membisu. Menyembunyikan sesuatu di dalam hatinya tanpa pengetahuanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience