BAB 5

Mystery & Detective Completed 456

Selena demam panas. Peristiwa malam tadi benar – benar meragut semangatnya. Hari ini pula dia masih melihat Nicola yang masih kecil seperti sebelumnya. Kalau Nicola masih kecil itu ada di hadapan rumahnya, jadi siapa semalam?” Selena mencengkam rambutnya.

Pengetua Yani datang ke rumah bersama cikgu Khaif.

Selena yang masih berselimut itu memandang sebuah buku di tangan Pengetua Yani.

“Buku apa tu?” soal Selena .

“ooo... ini buku biografi tentang sejarah sekolah tu dan kawasan ni. Dah siap dah pun. Tadi kami ambil di syarikat percetakan” senyum pengetua yani.

Selena terus mengambilnya dari tangan Pengetua yani yang kelihatan sedikit terkejut kerana Selena merampas begitu sahaja. Memang setiap guru akan dapat senaskah tetapi tidak perlulah ditarik kasar seperti itu.

Wajah Sir Ramsey terpampang di hadapan buku tersebut.

“Ini Sir Ramsey !!!!” jerit Selena . Dia terus membacanya.

“Meninggal dunia pada tahun 1951?” Selena mula menggeletar. Dia membuka helaian seterusnya. Kali ini tangannya seram sejuk.

“Nicola Thompson meninggal 1950?... mana boleh!!!! Semalam dia jumpa saya” jerit Selena . Cikgu Khaif menggosok belakang tengkuknya. Pengetua yani tunduk.

Lebih helaian diselak dan kali ini dia lebih terkejut apabila terpandangkan wajah pak lebai di bahagian belakang penerangan mengenai tokoh agama di kawasan itu suatu ketika dahulu.

“itu Haji Muhammad bin Ahmad. Lebih dikenali sebagai Pak Lebai. Dibunuh oleh Sir Ramsey untuk melupuskan bukti penting.apa pun sampai sekarang orang tak tahu. Mayat Nicola tidak tahu ditanam di mana dan ada yang kata dah masuk islam tetapi yang sedihnya mayat yang sudah pun beragama islam itu tak disempurnakan dengan betul. Itu pun kalau betullah islam kan” Pengetua yani sedikit sedih intonasi suaranya.

“Selepas orang kampung dapat tahu tentang pembunuhan Pak Lebai setahun selepas itu, Sir Ramsey telah dibunuh oleh orang kampung dan isterinya di bawa pulang ke british dan meninggal dua tahun selepas itu. banyak kali orang yang tinggal kat sini pindah keluar tak sampai seminggu duduk” Cikgu Khaif termenung seketika.

Tergamam Selena . Pengetua Yani dan Cikgu Khaif meninggalkan Selena sebaik sahaja menyerahkan buku itu kepada Selena .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience