Sekolah itu nampak seperti bangunan bersejarah yang digunakan semula untuk dijadikan sebuah sekolah. Cat putih bangunan hadapan sekolah itu membuatkan Selena seperti berada di zaman penjajahan Inggeris suatu ketika dahulu.
“Cikgu Selena ” pengetua Yani menepuk bahu Selena .
“Ini tinggalan sejarah di kawasan ini dan kerajaan mahu ianya dijadikan sekolah supaya bangunan ini tidak terbiar begitu sahaja” terang Pengetua Yani seolah – olah mengerti apa yang bermain di benak fikiran Selena .
Selena agak penat mengajar pada hari itu. dia ke kantin untuk membasahkan tekaknya. Cikgu Khaif menyertai Selena yang duduk termenung dari tadi.
“Cikgu ok?” soal Cikgu Khaif. Jamsin mengangguk.
“Cikgu tahu tak depan rumah saya tu rumah agam siapa?. Nampak peliklah orang tu. Gayanya seperti gaya – gaya orang Inggeris masa sebelum merdeka. Skirtnya, fesyen rambutnya” Selena memandang jauh ke hadapan selepas bebrapa kali mencuri pandang wajah Cikgu Khaif.
“Cikgu duduk di rumah batu milik Pak yahya ye?” soal Cikgu Khaif. Selena mengangguk. Terlepas kuih karipap yang baru diambilnya tadi.
“Cikgu.....” Cikgu Khaif beriak serius.
“Cikgu tak takut ke tinggal situ?. Kan ada kuaters guru kenapa tak tinggal kat kuaters sahaja?”
“Tak nak lah. Saya suka tempat tu. Kali pertama datang dulu pun saya dah terpikat mahu tinggal di kawasan tu. Tak apalah, saya pergi sambung mengajar ya, cikgu” Selena bangun dan meninggalkan cikgu Khaif yang beberapa kali menelan air liurnya.
Share this novel