Nicola memegang Pipi Selena .
“Saya mahu mati cara Islam. Saya tidak menderita kerana Allah menerima saya dengan penuh kasih sayangnya. Saya tidak kesal mati kerana Allah, malah saya berbangga. Cuma saya mahu semua orang tahu saya seorang islam. Semua yang orang islam lakukan sudah pun saya lakukan malah gambar – gambar saya bertudung juga daddy sudah masukkan dalam kubur itu. keluarkan... kerana saya mahu orang tahu saya berbangga menjadi islam dan mati saya ... mati sebagai Susana Ramsey Abdullah”
Bunyi petir mengejutkan Selena dari mimpinya. Dia duduk berdiri lutut di atas katil sambil memandang dindingnya. Ukiran surah Yasin dan nama Allah meruntunkan hatinya. Segera dia ke bilik air dan mengambil wuduk.
Selepas melakukan solat taubat, Selena duduk di atas sejadah sambil menangis sendirian. Terasa hinanya dia kerana tidak mampu menjaga solat dan imannya. Nicola terpaksa berhadapan dengan maut semata – mata mahu dirinya dikenali sebagai Susana ! Seorang wanita islam di mata masyarakat.
Share this novel