BAB 2

Mystery & Detective Completed 456

Tok!tok!tok!

Pintu rumahnya diketuk. Serta merta Selena teringat akan pesanan Pak lebai sebentar tadi. Hatinya mula diragut rasa tenang. Rasa gelisah menjelma secara tiba – tiba.

“Hello! Hello!” suara kanak – kanak perempuan itu membuatkan Selena terlupa akan pesanan Pak Lebai sebentar tadi.

Selena terus membukanya. Senyuman kanak – kanak itu tadi sungguh manis hingga Selena secara spontan memegang pipi kanak – kanak itu yang dirasakan..... sejuk!.

“Can you speak malay?” soal Selena .

“Iya... ayah saya ajar saya bahasa melayu” sengihnya dan terus masuk ke dalam rumah Selena . Dia duduk sambil menghayunkan kakinya ke depan dan kebelakang.

“Saya Nicola Thompson. Ayah saya Sir Ramsey Thompson.Kakak?” soalnya lagi. Nampak ramah!. Selena pergi ke dapur setelah menjawab soalan Nicola sebentar tadi. Dia mengeluarkan sebungkus coklat yang masih belum di buka.

“Nah.... ini untuk kamu” Selena membelai rambut coklat gelap itu dengan lembut. Nicola hanya memandangnya pilu.

“ambillah” Selena masih menghulurkannya.

“Nicola pulang dulu kakak. Sweet dream. Mama kata kena basuh kaki” Nicola terus keluar dari rumah Selena yang hanya membiarkannyaa sahaja. Pintu di tutup. Besok dia perlu memulakan tugas pertamanya menjadi guru di sekolah menengah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience