BAB 9

Mystery & Detective Completed 456

Selena melaksanakan janjinya. Semua penduduk menangis di kubur yang baru digali itu apabila melihat mayat Nicola yang tidak hancur. Masih boleh dilihat tubuh badannya. Masih boleh dilihat Susana Abdullah yang sudah pun berkhatan. Malah, sekeping gambar dia memegang Al- Quran masih elok lagi.

Sebaik sahaja jenazah Nicola selamat dikebumikan, Selena melangkah pulang tetapi imej seseorang yang berserban dan berjubah putih di hadapannya membuatkan lidahnya kelu. Pak lebai tersenyum dan terus hilang dari pandangan. Selena menghela nafas lega. Semuanya kuasa Allah.

Dia mahu pulang ke rumah mamanya hari ini. Sedang dia membelek lipatan tudung di dalam almari, matanya tertancap pada sehelai selendang yang sangat cantik. Itu selendang Nicola !. Selena memegang dadanya. Sebak!

Perlahan – lahan selendang itu dililit di kepalanya. Dia mahu pulang ke rumah mamanya dan membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi islam yang sejati seperti Nicola ... Susana !

Ya Allah.... ku pohon ampun di atas kehinaan ini. Kelewatan ini untuk aku sedar betapa agungnya Allah!. Sesungguhnya Engkau maha pengampun. Berilah kesempatan untuk imanku teguh walaupun tidak seperti Saidatina Susana ....... memadai seperi Susana Ramsey Abdullah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience