BAB 6

Mystery & Detective Completed 456

Selena tidur agak awal. Pening kepalanya memikirkan tentang Nicola dan keluarganya. Dia terlena hingga bermimpi apa yang Nicola ingin sampikan padanya.

Nicola berdiri di hadapannya sebagai seorang remaja perempuan yang sangat cantik. Kepalanya ditutup dengan selendang yang sangat cantik. Waktu itu Nicola menarik tangan Selena masuk ke dalam rumah agamnya. Dari tadi tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Nicola . Dia di bawa ke dapur rumah agam itu. beberapa orang gaji sibuk memasak untuk mereka sekeluarga. Kelihatan Nicola yang masih kecil duduk di sebelah seorang perempuan melayu sambil terlentok kepalanya kiri dan kanan mendengar alunan zikir yang begitu indah. Perlahan – lahan bibir Nicola berjaya menuturkan zikir itu walaupun sedikit pelat. Oarng gaji bernama mak melati itu terus memeluk Nicola dan mencium dahinya kerana terlalu gembira. Selena tidak tahu...tetapi hatinya seperti sebak.

Nicola memimpin tangannya pula masuk ke dalam bilik bacaan. Masih Nicola yang kecil. Kelihatan Pak lebai sedang membaca kitab agama. Pak lebai yang bekerja sebagai pemandu di rumah agam itu tersenyum apabila Nicola mendapatkannya dengan kepala yang ditutup dengan alas meja. Pak lebai ketawa sambil membetulkan ‘tudung’ Nicola .

“Kalau tutup aurat bukan sahaja di kepala tapi semuanya. Yang dibuka hanya wajah dan kedua telapak tangan , sayang” Pak Lebai menggosok kepala Nicola yang hanya menyengih.

“Papa lebai ajar Nicola mengaji!” Nicola menggoncang – goncang tangan Pak lebai.

“papa lebai boleh ajar tapi papa lebai kena bawa muqaddam dulu ya, sayang. Mama dan daddy tak marah ke?” Pak lebai berseloroh.

“Mama dan daddy tak ada di rumah kan. Papa lebai dan mama Melati juga mama dan daddy Nicola ” Nicola menyandarkan kepalanya pada batang tubuh Pak lebai.

Nicola memandang Selena yang turut sama memandangnya.

Kali ini Selena di bawa naik ke tingkat tiga rumah agam itu. dia membuka bilik Sir Ramsey dan isterinya. Bilik itu kosong dan Nicola terus menarik perlahan tangan Selena ke arah meja kerja daddynya.

Nicola memegang gambar lama di atas meja itu dan kemudiannya memandang Selena . mereka keluar semula. Kali ini Nicola membawa Selena masuk ke dalam biliknya sendiri. Alangkah terkejutnya Selena apabila ada sepasang telekung yang tersidai disebalik pintu bilik itu. ayat – ayat Al-Quran ditampal pada dinding. Nicola memandang Selena dengan wajah yang sayu.tiba – tiba pintu bilik ditendang. Selena terkejut dan terus menyorok di belakang Nicola .

“Awak ajar anak saya baca Al-Quran!!!!” tengking Sir Ramsey .

Tubuh Pak lebai terpelanting ke katil. Janggut Pak lebai ditarik ke dinding.

“Ini apa!!!!!. Saya suruh awak ajar dia jawi supaya dia boleh faham apa yang orang melayu tulis bukannya mengaji!. Dia kristian bukannya islam seperti kamu!!!” Suara Sir Ramsey memetir. Kemudian Nicola pula meluru masuk ke dalam bilik sambil melutut merayu agar daddynya melepaskan Papa lebainya.

“Daddy bunuh dia!!!” jerit Sir Ramsey . Mama Nicola hanya berjegat di muka pintu.

“Jangan daddy. Jangan bunuh papa Lebai Susana !” rayu Nicola . Makin naik angin Sir Ramsey dibuatnya.

“Nicola ! Bukan Susana !!!” kali ini Nicola ditampar dengan kuat. Nicola menangis tetapi masih mampu berdiri.

“Susana daddy” Nicola bersuara lemah. Hatinya sebak melihat Papa Lebainya yang sudah tua mengerang kesakitan di tepi dinding. Pak lebai hanya menyebut nama Allah sepanjang masa, badannya yang sudah tidak kuat terasa sangat sakit.

“Daddy mahu Nicola yang dulu. Nicola tidak sayangkan daddy!” mata Sir Ramsey menakutkan Selena .

“Susana sayangkan daddy tetapi Susana lebih sayangkan pencipta daddy. Kalau Allah tak ciptakan daddy, Susana tidak akan ada sekarang... malah... Daddy juga perlu sayangkan..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience