PANG!!!!
Sekali lagi Nicola ditampar. Nampak kesan merah pada wajahnya. Selena menangis apabila melihat air mata Nicola disebelahnya deras mengalir.
“Daddy... lepaskan papa lebai.... “ rayu Nicola .
“boleh tapi balik semula sebagai Nicola yang dulu” ugut sir Ramsey .
“Jangan... Susana !!!” Pak lebai menaikkan tangannya. Menahan daripadanya Susana murtad semula.
“Diam!!! Saya bunuh awak lebai!!!”
Pak Lebai mencuri kekuatannya untuk berdiri. Dia memandang Nicola yang menangis tidak henti – henti. Selendangnya sudah koyak rabak dikoyakkan Sir Ramsey .
“Susana .... ingat kisah Athirah ?. Jadilah Athirah untuk tuhanmu. Sakit Papa lebai tidak seberapa dari sakit kerana murtadnya Susana . Allah sentiasa menyayangi mereka di pihakNya. Kalau Papa lebai mati pun, semuanya sudah ditentukan.... janganlah biar Papa Lebai mati di saat Susana keluar dari agama Allah ni”
PANGGGGGGGGGGG!!!!
Satu tembakan mengenai Pak lebai dan dia rebah di situ juga. Nicola menjerit mendapatkan Papa lebainya. Dipangkunya Pak lebai. Tangan Pak lebai sudah terketar – ketar.
“Papa lebai.... Bismillahirrohmanirrahim... “ Nicola memejam matanya dan terus membaca ayat kursi yang baru dihafalnya. Itu permintaan Papa Lebainya untuk hadiah harijadinya pada esok hari. Nicola mahu belikan pak lebai sepasang baju tetapi pak lebai mahu Nicola menghaal surah kursi sehingga habis. Katanya, itulah hadiah paling terindah dari Nicola .
Air mata Pak Lebai mengalir. Ada senyuman pada wajahnya. Sebaik sahaja mengucap dua kalimah syahadah, Pak lebai terkulai di situ. Nicola berdiri mengesat air matanya.
“Inilah sebab mengapa Susana cintakan Islam . daddy akan jadi manusia berguna seperti papa Lebai kalau daddy menerima agama Allah. Walaupun Susana islam, agama tidak melarang dari Susana berbakti kepada mama dan daddy. Islam mengajar hambanya agar mencintai kedua ibu bapanya. Susana mahu lari tinggalkan daddy tapi papa lebai kata sebagai anak Susana perlu menjaga kedua orang tua walau apa juga dugaannya. Semakin Susana mengenali islam .. semakin Susana menyayangi Mama dan daddy”
Mamanya terjelepok ke lantai. Dia juga sayangkan Pak Lebai. Lelaki itulah yang akan mendapatkan apa sahaja makanan untuknya. Sanggup ke hutan, sungai mahupun bandar.
“Nicola .... pilih... mati atau balik semula. Daddy malu sama semua kawan daddy!!!” jerit Sir Ramsey . Isterinya terus memeluk kaki Sir Ramsey agar melepaskan Nicola . Dia mahu anaknya hidup tak kira apa jua agama yang dianutinya.
Dia hanya mahu Nicola !!.
“pleasee!!!!!” Rayu mama Nicola .
“Susana mahu hidup sebagai islam dan ...... mati juga sebagai islam” jawab Nicola tegas.
Satu lagi tembakan dilepaskan dan kali ini tepat mengenai jantung Nicola . Sir Ramsey melepaskan senapangnya. Mama Nicola terus memangku tubuh anaknya yng sudah tidak bernyawa.
Tersedu sedan Selena menahan kesedihan. Dia menggenggam tangan Nicola dengan kuat. Sekuat tangis di hatinya.
Sir Ramsey menjerit kesal dan marah. Semuanya bercampur baur.
“Dia mahu mati cara islam... uruskan cara islam darling!!!” pinta mama Nicola . Kali ini syaitan sudah menguasai keseluruhan minda Sir Ramsey . Tubuh Nicola diseret hingga ke tepi rumah Selena . Maniam, pembantunya menggali lubang untuk Nicola . Sir Ramsey yang sedang marah memacakkan salib pada kubur Nicola .
“Ya Allah..” Selena terduduk. Meraung di situ. Segala pesanan mamanya berputar kembali. Sembahyang Selena ! Jangan lewat! Sayangkan Allah melebihi segalanya! Kau untung tidak perlu mati untuk menjadi islam yang bebas!!!!......
Share this novel