BAB 4

Mystery & Detective Completed 456

Satu yang selalu mamanya bising pasal Selena ialah terlalu leka menunaikan solat. Ada kalanya hanya 2 waktu sahaja yang dikerjakannya. Alasannya penat!. Bukannya penat berperang tetapi penat menghadap komputer berjam – jam lamanya.

Hari ini pun Selena masih leka lagi. Walau telah diingatkan oleh ammanya berkali – kali. Dia terkejut mendengar jeritan dari rumah agam itu.

“No mama!!! No mama!!!!” terjerit – jerit Nicola apabila mamanya menarik tangannya dari melangkah keluar dari pintu pagar rumah mereka. Wajah mrs Ramsey yang kelihatan agak garang itu menyukarkan Selena untuk masuk campur. Dia hanya memandang Nicola dari jendelanya. Sebaik sahaja Nicola masuk ke dalam rumah agamnya, deruman enjin kereta dihadapan rumah Selena membuatkan dia mengintai kembali ke luar tingkap. Kereta lama milik Sir Ramsey barangkali!.

Kali ini Selena lihat dengan jelas Pak Lebai masuk ke dalam rumah itu bersama – sama Sir Ramsey walaupun berjalan agak jauh ke hadapan.

Langit yang sudah pun menumpahkan rahmatnya itu membuatkan Selena terpaksa menutup tingkapnya rapat – rapat. Takut jika meja tulisnya terkena tempias.

Hari sudah malam. Jam di dinding sudah bergerak menuju angka 12.12 pagi. Selena masih belum mampu melelapkan matanya.

Tok! Tok! Tok!

Selena membuka pintu. Nicola berdiri di hadapannya dengan lebam ditangan. Terbeliak mata Selena melihat tanda biru di lengan kecil Nicola .

“kenapa?” soal Selena . Dia menarik Nicola masuk ke dalam rumahnya. Nicola menangis dan terus memeluk Selena .

“kakak... Allah sayang kanak – kanak bukan?” soal Nicola . Terkejut Selena mendengarnya. Pencipta sekelian alam itu disebut oleh Nicola yang pastinya bukan beragama islam.

“ya...ya... Allah sayang semua hambanya” Selena mengesat air mata Nicola .

“Kakak .... ini Susana !!” Nicola menepuk – nepuk dadanya. Selena menggosok matanya berulang kali. Nicola yang comel tadi berubah menjdi seorang remaja perempuan yang cantik di hadapannya.

“Ini...” Selena sudah tidak sedap hati.

“Ini Susana ... kakak percaya saya Islam?” Nicola seolah –olah meminta jawapan yang pasti dari bibir Selena .

“Nicola !!!!! Nicola !!!!!!!” Jeritan Sir Ramsey dari luar rumah membuatkan hati Selena sudah tidak keruan. ketakutan mula hadir. Nicola memegang tangannya.

“Kakak percaya saya islam?.. jawab kakak! Jawab!!!!” Nicola menggoncang tangannya berulang kali.

Pintu rumah Selena ditendang dengan kuat. Dengan rokok di bibir Sir Ramsey mengacukan senapangnya pada muka Selena .

“Jangan...jangannn”Nicola terus menarik tangan Sir Ramsey pulang ke rumah. Nicola berpaling semula dengan wajah yang sedih.

“Saya Islam” ungkapnya dengan perlahan.

Selena terduduk di muka pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience