"Parah...parah beb parah!..." kata Mia di corong telefon sambil bergolek di atas katilnya."Siapa yang parah? Innalilah..." kata Tika. "Aku tak boleh berhenti fikir pasal 4 perkara ni." kata Mia meninggikan suaranya. Lantaklah bukan sesiapa nak dengar pun..
"Perkara apa? Cer cite sikit..." kata Tika. "Pertama, aku fikir pasal cuti semester kedua ni aku nak buat apa kat kampung.." kata Mia. "Lah...apa kau nk fikir? Miss Universe kau ni kan ada..." kata Tika membangga diri. Sehari tak bangga diri memang tak sah si Tika ni.
"Kedua?" tanya Tika lagi. "Kedua, kau tau kan Ina halau aku? Aku fikir mesti dia berdendam dengan aku sebab Ammar tolong aku.." kata Mia sayu. "Hey..Lantak dia lah...Dia yang mulakan dulu! Aku rasa mcm nk cekik dia sebab halau kembar aku yang sorang ni!" kata Tika marah. "Ketiga ni bahaya sikit..Kau jangan mati sakit jantung pulak tau...Actually, aku...aku..." kata Mia tergagap gagap...
"Kau apa?! " jerkah Tika. "Aku fikir pasal Ammar!" kata Mia pantas. Tika benar benar terkejut dengan apa yang dia baru dengar. "Aku suka Ammar sebenarnya..Tapi aku takut bila aku bagitau dia, mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan je..." jelas Mia jujur.
"Wehh..apa gunanya kawan? Meh sini aku bagi tips untuk tau macam mana reaksi lelaki kalau berhadapan dengan perempuan yg disukainya..." kata Tika menggantikan tempat Adam sebagai Doktor Cinta.Hahahah..
"Lelaki kalau dia dah suka, dia akan ajak keluar tapi mesti mukanya berpeluh bila nak ajak keluar..And dia selalu pandang macam nak makan orang.." kata Tika. Mia sempat mencatat apa yang Tika beritahu. "Yang keempat?" tanya Tika. "Yang keempat ialah aku fikirkan Chiki..Aku rindu dia..Mesti mak aku hari hari bagi makan Powercat.." kata Mia. Pada minggu lepas, Mia menghantar Chiki ke maknya kerana dia terlalu sibuk dengan kerjanya akhir akhir ni.
"Kau ni...Aku rindu jugak.." kata Tika menjerit di corong telefon. Mia menjauhkan telefon daripada telinganya. Boleh cair tahi telinga mendengar jeritan Tika."Okaylah..Aku nak melayan perasaan..Bye" kata Mia lalu memutuskan panggilan.
'Ammar..apa perasaan sebenar kau pada aku? Sebagai kawan? Aku sangat suka kau tapi kau? Kau suka aku ke? Aku ni bertepuk sebelah tangan ke? Cedih wei...' semuanya bermain di fikiran Mia.
"Hello..Buat apa tu?" tanya Ammar dicorong telefon. "Nanti call balik boleh? Saya tengah angkat baju ni..Hujan lebat lah..." pinta Mia. "Oh..okay..Nanti kau call aku balik." kata Ammar lalu memutuskan panggilan. Hujan oh hujan kenapa kau turun hari ni! Aku nk sidai baju lah..
Selesai mengangkat baju, Mia terus ke dapur untuk mendapatkan minuman.'Sejuknya..boleh mati beku aku kat sini kang...' kata hati Mia.Tiba tiba telefonnya berdering.Siapa lagi? Buah hatinyalah yang telefon..Ceh..
"Hello" sapa seseorang di corong telefon. Ternyata bukan suara Ammar dan nombornya juga di 'private' kan. "Erk..Ni siapa ye?" tanya Mia. "Takkan U tak kenal I kot? Sampai hati U dah lupakan I..." kata lelaki itu sayu. "Sorry..Saya tak kenal awak..Silap nombor kot.." kata Mia menahan sabar. Nak termuntah dengar perkataan "I,U" tu..
"Mia, I miss U so much..Ni Fa.." kata lelaki itu terpotong apabila Mia mencelah. "Maaf, saya tak kenal awak..." kata Mia lalu memutuskan panggilan. 'Harini aku jadi orang terpenting..Asyik ditelefon je...Hahaha perasanlah kau, Mia.' kata hati Mia.
"Hello, Assalamualaikum" sapa Mia di corong telefon. "Nampaknya kau tunaikan janji kau telefon aku kan? Sayang jugak kau kat aku.." usik Ammar. "Ma..mana ada!" kata Mia. Mukanya merah padam apabila diusik begitu."Awak..." panggil Mia.Suaranya sengaja dilembutkan. Ayu sangat!
"Ada apa, Sayang?" usik Ammar lagi. "Boleh tak jangan usik saya macam tu?" marah Mia.Kalau depan mata, nak je dia hempuk kepala si Ammar tu! Tapi..sanggup ke?
"Hehehe..apa kau nak?" tanya Ammar. "Ada sorang lelaki ni, dia call saya. Dia kata dia rindu saya. Nak termuntah dengar dia panggil 'I,U'...And he know my name! " kata Mia. Sakit hati apabila diingat balik pasal benda tu.."Siapa dia? Kenal ke? Kau ada bagi nombor kau kat laki mana selain aku? Nama siapa?" tanya Ammar bertubi tubi.
"Saya tak kenallah.."kata Mia perlahan tapi dapat didengari oleh Ammar. "Kita bincang esok kat kolej jelah.." kata Ammar."Okay.." kata Mia lalu memutuskan panggilan. Harini dia sibuk mengalahkan PM. Haih.. Nasib...Nasib...
'Harini cuti..Kelas takde...Nak keluar hujan..Nak telefon orang, kredit dah habis..Apa aku nak buat ni..??Aku tau! Tidur jelah...Okaylah jom..' kata hati Mia lalu pergi ke biliknya. Mia mencampakkan telefonnya di atas meja di sisi katil lalu merebahkan dirinya di atas katil. Matanya ditutup rapat.
Tiba tiba, Mia mendapat satu mesej daripada sesorang. «U..Kenapa U tak ingat I? I love U..Love you so much! Please come to me..» mesej manusia 'private' itu.. Rasa macam nak menyanyi lagu Dato Sri Vida pun ada..Come to me, sayang...sayang...sayang...Hahaha « Eww...Saya tak kenal awak..Jangan kacau saya lagi! » balas Mia. «Ini I lah...Faiz..» kata lelaki itu lagi. «Ohh..Kau, Faiz! Nak apa? Tak puas sakitkan hati aku? Aku nak tidur! Malas nak layan buaya darat macam kau ni! Jangan mesej aku lagi dah! Pergi main jauh jauh!» balas Mia marah.
'Potong line betullah! Baru nak senang lenang! Fish punya laki!' marah hati Mia. Mia terus tidur dengan perasaan marah.Dia berdoa agar Faiz tidak akan mencarinya lagi.Tiba tiba, Mia membuka mata dan terus terduduk di atas katilnya. Dia teringat perbualannya bersama Faiz semalam.
"Mia, I can't believe to meet you again.I'm very happy to meet my beautiful lady again!" kata Faiz beria ria. "Happy? Seriously?!" marah Mia. Dia memandang Faiz dengan renungan maut. "Listen here..I miss U so much.." kata lelaki itu penuh romantik. "Really? I pulak hate U so much!" kata Mia kasar. "Kenapa kau tak rindu dekat GF tak cukup kain kau tu?" tanya Mia.
"Mia, I'm sorry please.." rayu Faiz. "Weh..aku takde niat nak berkasar tapi aku menyampah dengan lelaki macam kau ni! Sama spesies orang kata" kata Mia tersenyum sinis. Mia menarik tangan Tika dan pergi dari situ. Langkahnya terhenti dan dia berpaling pada Faiz. "And one more thing, jangan nak berlagak mat salleh sangatlah..Sedar sikit diri tu ye.." kata Mia kasar.
'Padan muka kau, Faiz. Rasakan apa yang aku pernah rasa bila kau tinggalkan aku demi perempuan tak cukup kain tu. Miskin sangat ke sampai kain pun tak mampu beli? Inilah sifat semulajadi aku,kasar!' desis hati Mia. Yang peliknya, Tika tak masuk campur langsung waktu kitorang gaduh. Taknak masuk campur kot...
"Mak...Mia rindu mak." kata Mia. Dia seperti orang tak siuman..Bercakap sorang sorang, gelak sorang sorang and menangis pun sorang sorang. Tapi semua tu ada sebab.Bila difikirkan balik, ada 4 orang yang telah membenci Mia iaitu Miss Mila, Shereen, Ina dan Faiz..Nasib...
Share this novel