"Mia, jawapan bagi soalan ini apa?" tanya Miss Mila A.K.A. Miss Gorila."Erkk!" terkial kial Mia mencari bagi soalan yang dituju kepadanya."Awak ni asyik mengelamun je! Ingat kucing kat rumah ke?! Awak datang kelas saya nak belajar atau nak mengelamun?! Awak ingat sikit mak bapak awak keluarkan duit untuk awak bukan saya! Kalau awak kaya takpe lah! " kata Miss Mila dengan nada yang kuat dan perkataan yang kasar.Mia hanya mendiamkan diri dan menahan air matanya.
Semua mata pelajar di dalam kelas itu tertumpu padanya.Mia hanya memandang ke lantai."Apa yang cantik sangat lantai tu sampai awak nak tenung?! Saya cakap dengan awak ni! Bila kena marah buat bodoh je! Lama lamaawak pun jadi bodoh!!" kata Miss Mila kuat."Kenapa miss benci sangat pada saya? Apa salah saya pada miss? Selama ni saya hormat miss tapi miss tak pernah pandang saya..Cuma caci maki yang saya dapat!" kata Mia. Air matanya mengalir deras.Mia memandang tajam pada Miss Mila.
Dengan lajunya Mia mengemas buku buku dan alat tulisnys lalu keluar daripada kelas itu.Gi mampuslah kau, Miss Gorila! Hatinya panas! Dia tiada hala tuju..Ingin ke perpustakaan, dikata ponteng..Ingin ke cafeteria, dikata belum rehat...Fuhh..
"Mia, ikut saya ke pejabat" kata En Fuad dari belakang Mia.Mia hanya mengekori setiap langkah En Fuad.Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat Miss Mila turut dipanggil."Okay, siapa yang mulakan dulu?" tanya En Fuad iaitu guru disiplin. "Mia mengelamun di dalam kelas...Saya pun tegurlah dia" kata Miss Mila."Miss tipu...Miss bukan tegur tapi miss maki saya depan semua pelajar! Saya malu sangat sangat! Mana saya nak letak muka saya ni, miss?" tanya Mia marah.
En Fuad menenangkan ketegangan di antara Mia dan Miss Mila. "Miss Mila, awak sebagai guru tak boleh memaki hamun pelajar..Awak ingat saya tak dengar tadi?..Awak kata pasal kekayaan dia..Awak siapa untuk kata sedemikian?" tanya En Fuad tenang.
Miss Mila tidak menjawab.Tau pun kau takut! "Saya taknak panjangkan hal ni...Kita lupakan semua ni jelah..Anggap ia tak pernah berlaku selama ini.." kata Mia.Sebenarnya dia dalam hati Mia dah mula mencarut.'What The Fish?! Kau dah malukan aku kot!! Dasar king kong!!' marah hati Mia. Mahu je dia menarik narik rambut Miss Gorila tu sampai tercabut.
"Saya minta diri dulu...Assalamualaikum" ucap Mia lalu beredar daripada situ.Wahh..Setengah jam juga lah berada di dalam pejabat tu.Sedar tak sedar dah waktu rehat."Mia Elina!" jerit Tika dari belakang.Mia langsung tidak terkejut dan tidak memberi sebarang respon."Kau apasal, beb?" tanya Tika.Mereka duduk di tempat kosong di dalam cafeteria.
Mia pun ceritalah apa yang terjadi setengah jam yang lalu. Terhangguk angguk Tika mendengar cerita itu."Oh..Patutlah kau menghilang..." kata Ammar yang dari tadi mendengar cerita itu."Awak dengar ke apa yang saya kata tadi?!" tanya Mia sambil mengecilkan matanya.
"Dengan jelas.." kata Ammar ringkas."Boleh kami duduk?" tanya Ammar. Belum sempat Mia menjawab dia dah duduk."Dah duduk kan?" sindir Mia. "Hai, Adam." ucap Tika memerhati Adam yang duduk di hadapannya."Hai." jawab Adam tersenyum manis."Jangan senyum manis kat si Tika tu..Kang kena diabetes pulak dia tu.." sindir Mia.Tika pantas mencubit pipi gebu Mia.
"Aduhhh..Hish kau ni! Aku taulah pipi aku gebu! Janganlah cubit!" rengek Mia.
"Eiii...Perasannya kau ni!" kata Tika menyampah."Korang ni macam anjing dan kucinglah" kata Ammar ketawa.Mereka berbual kosong sambil menjamah makanan yang dibeli.Tiba tiba, Mia mendapat satu idea untuk petang itu."Wehh korang free tak petang ni?" tanya Mia bersemangat.
"Aku free" kata Tika ringkas."Free je kenapa?" tanya Ammar pelik dengan perangai bakal isterinya.Cehh..Berangan je lebih si Ammar ni! "Awak, Adam?" tanya Tika."Saya free je...Kau nak buat apa, Mia?" tanya Adam."Apa kata kita pergi tengok wayang? Harini tiket untuk empat orang free.." cadang Mia .
"Erkk..Takpe lah, Mia. Aku baru ingat aku ada projek kena buat untuk kelas Mr Munir.. " kata Tika berpeluh.Cis, mi goreng punya kawan! "Takpe kau, Atika Azelea! Aku taknak kawan kau!" kata Mia tanda merajuk."Ish..Yelah yelah..tapi ada satu syarat" kata Tika.Benda ni kalau kata mesti Mia takkan ajak dah lepas ni.
"Apa?" tanya Mia teruja."Kau kena belanja makan minum kitorang" kata Tika.Mia terdiam seketika memikirkan idea."Makan biskut kering dengan air teh O sudah lah ye.." kata Mia mengangkat keningnya."Apasallah aku dapat kawan yang ada otak gila ni?" kata Tika sambil menggelengkan kepalanya.
"Itu semua kan ketentuan Allah.." kata Mia berlagak solehah."Sudah lah korang ni asyik nak bergaduh je kerja.." kata Ammar meleraikan pergaduhan kecil antara Mia dan Tika."So, confirm ke petang ni?" tanya Mia meminta kepastian. "Ye.." kata Tika malas."Okay! Pukul 5 petang di Golden Cinema sebelah Aeon tu.." kata Mia gembira."Woi, kau nak pergi mana?!" tanya Tika apabila Mia berlalu pergi meninggalkan mereka."Aku ada kelaslah" jawab Mia malas.
"Kelas kita samalah! Tunggulah aku, nek!" panggil Tika sambil berlari anak mengejar Mia.Fuhh...Tika lari mengalahkan pelari pecut 100 meter..
"Sorry...sorry lupa pulak" kata Mia sambil tersengeh sehingga ternampak gigi putihnya yang cantik tersusun."Dahlah, jom" ajak Tika sambil tersenyum geram.Nasib baik kawan, kalau tak dah lama kena flying kick!
"Hish kau ni kereta! Time aku balik kolej jugaklah kau nk buat hal! Takkan aku nak jalan kaki 1 KM dari sini sampai rumah? Perghh tercabut kaki aku kang!" kata Mia bersendirian.Tertonggek tonggek Mia melihat apa yang rosak."Woi, buat apa tu?!" jerkah seseorang dari belakang Mia.Siapa lagi kalau bukan Buaya Pupus tu?
"Tengah baca buku ni..Tak nampak ke? Lagi mau tanya ka?" marah Mia. Habis terkeluar cara percakapan Cina."Biar jelah kereta tu kat situ..Kau tumpang aku je balik." kata Ammar selamba badak.Nasib baik badan tak jadi badak!
"Awak ni selamat ke? Boleh ke saya percayakan awak?" tanya Mia curiga."Kalau taknak takpe..Kau jalan kaki dari sini hingga ke rumah 1 KM..Silakan.." kata Ammar sambil menggerakkan keretanya ke hadapan dengan sedikit perlahan."Erkk..Janji tak buat apa apa kat saya? Kalau tak saya karate awak sampai tulang rusuk awak patah!" ugut Mia."Yelah yelah.." kata Ammar menjelingkan matanya ke arah Mia.
"My car...?" tanya Mia sambil memandang kereta Mercedes yang berwarna putih miliknya."Nanti aku call orang bengkel angkut kereta kau" kata Ammar tersenyum."Kalau calar walaupun sikit, saya saman dia sekali dengan awak kena!" kata Mia."Apasal aku pulak?" tanya Ammar tidak puas hati.
"Sebab awak tak bagitau dia awal awal jangan calarkan kereta kesayangan muah muah saya ni" kata Mia dengan cara gediknya."Mengada!" kata Ammar sambil menolak perlahan kepala Mia.Mia hanya ketawa di dalam kereta itu.
"Nanti pukul 5 kau gi ngan aku" kata Ammar dengan matanya yang masih tertumpu pada cermin kereta hadapannya."Pergi mana?" tanya Mia. Otaknya masih blur."Astagafirullah...Kan kita gi tengok wayang..I means kita semua" jelas Ammar."Otak kau ni cepat sangat lupa..Kau makan semut ke setiap hari?" tanya Ammar hairan."Entahlah..Kadang kadang saya rasa macam nak hentak kepala ni kat dinding je bila lupa sesuatu" kata Mia tersenyum malu.
Sampai sahaja di rumah, Mia mengucapkan terima kasih dan terus memasuki rumah sewanya.Mia terus masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan Ina yang sedang menonton televisyen.Mia bergolek golek di atas katil empuknya.
Semenjak mengenali Ammar, hatinya sentiasa ceria dan bersemangat.Sedang seronok bergolek dia atas katil, tiba tiba Mia terjatuh dari atas katilnya."Aduh!" jerit Mia apabila punggungnya terhentak di atas simen beralaskan karpet."Aduh..sakitnya..nasib baik ada karpet ni kalau tak..." kata kata Mia terhenti apabila pintu biliknya diketuk dengan kuat.Aduh apa Minah ni nak??
"Apa?" tanya Mia setelah pintu dibuka."Kenapa kau tak bagi tau aku kau balik dengan Ammar?" tanya Ina kasar."Perlu ke?" tanya Mia kembali."Yelah! Dia milik aku bukan milik kau, perasan!" marah Ina."Kau nak aku ceramah siap buka Quran tak?" tanya Mia tersenyum sinis."Tak payah nak berlagak alim sangatlah perempuan!" maki Ina."Aku tak berlagak tapi kenyataan, okay?!" kata Mia mula marah.
"Hey, perempuan! Kau sedar sikit yang kau tu miskin, takde rumah! Kau tu menumpang je kat sini!" maki Ina lagi."Memang...memang aku menumpang tapi kau sedar sikit bil elektrik, bil air and bil Astro aku yang bayar tau..Bukan kau! Aku sanggup tak makan seminggu nak bayar bil bil tu semua tau?! Aku makan kat rumah je! Yang kau tu pulak?! Buat apa?! Duduk rumah goyang kaki tu je kan?!" maki Mia pula.Hey..Jangan kata kakak tak payung..
"Aku..aku tak kisah! Aku nak kau keluar daripada rumah ni sekarang!" arah Ina."Tak payah halau, aku memang nk keluar pun! Aku nak tengok kau hidup tanpa bantuan aku selama ni yang kau tak pernah hargai!" kata Mia lalu mengambil beg pakaiannya dan menyumbatkan semua pakaiannya ke dalam beg.Semua barang peribadinya, album dan bingkai gambar semuanya diambil.
Mia melangkah keluar daripada rumah itu dengan berat hati.Dia tiada hala tuju.Mahu pulang ke kampung, pelajaran macam mana? Mahu menumpang Tika, takut menyusahkannya...
Ammar yang kebetulan keluar daripada rumah terlihat Mia yang termenung di depan rumah sewa itu."Mia, kau apasal?" tanya Ammar.Tiba tiba, air matanya mengalir deras.Pantas diseka takut Ammar melihatnya menangis.
"Jom masuk kereta aku.." ajak Ammar.Mia hanya mengangguk setuju."Cuba cerita pada aku.." pujuk Ammar sambil menolongnya mengelap air mata."Macam ni..."Mia pun bercerita dari A hingga Z apa yang berlaku."Saya dah takde tempat tinggal..Saya takut.." kata Mia sambil menangis."Janganlah menangis..Aku ada satu rumah untuk kau..itupun kalau kau nak lah.." kata Ammar.
Mia pantas menggelengkan kepalanya."Taknak..Saya taknak menyusahkan awak...Say dah banyak menyusahkan awak selama ni.." kata Mia tersangkut sangkut."Kalau kau nak balas jasa aku, tinggallah kat rumah tu.." kata Ammar lembut.Mia pun menganggukkan kepalanya perlahan lahan."Good girl...jom" kata Ammar sambil menghidupkan enjin kereta.Dia berasa kasihan melihat gadis kesayangannya bersedih.
"Besarnya...Kenapa awak tak duduk kat sini je?" tanya Mia teruja semasa sampai dirumah tersebut.Ohh, rancangan untuk ke panggung wayang telah dibatalkan oleh Mia sendiri sewaktu di dalam kereta.
"Sebab rumah ni banyak....han..." kata Ammar menakutkan Mia."Awak!!" marah Mia sambil memukul bahu Ammar.Ammar mengaduh kesakitan."Tak..aku tak duduk sini sebab besar sangat..Aku ni kan lelaki..Lelaki pemalas nak bersihkan rumah besar macam ni..." jelas Ammar."Saya setuju..Lelaki memang pemalas di alam semesta ni" ejek Mia.Mereka meninjau ninjau bilik yag ada."Saya pilih bilik yang kiri ni!" jerit Mia.Dia tidak berasa takut kerana Ammar sudah berjanji bahawa dia tidak akan melakukan perkara buruk kepada Mia di dalam rumah itu.
"Jom"ajak Ammar ke kereta BMW miliknya."Nak pergi mana?" tanya Mia."Pergi beli barang dapur..Kalau kau bukak peti sejuk tu, kau tengok lah sendiri...Kosong..." kata Ammar sambil ketawa."Ohh..awak..Bil macam mana?" tanya Mia."Takpe..Itu semua aku tanggung" kata Ammar. "Tapi..." belum sempat Mia berkata Ammar terus mencelah."Takde tapi tapi!" kata Ammar tegas."Thanks,wak..." kata Mia terharu.
Pada malam itu, Mia sedikit pun tidak berasa takut kerana di kediaman itu tidak pernah berlaku pecah masuk atau sebagainya..Hatinya tenang...Tiba tiba dia terfikirkan tentang perempuan murahan tak sedar diri itu iaitu Ina.Macam manalah dia nak bayar bil..Duit pun selalu pinjam pada Mia..
Mia tidur dengan tenang sekali pada malam itu..
Jam penggera Mia berbunyi pada suatu pagi."Erkk..kacaulah kau ni! aku tengah mimpi berkawin ngan Prince Charming tau tak!" marah Mia."Alahh..baru pukul 7.25...Hah?! 7.25?! Ya Allah dah lambat!" kata Mia lalu bangun dan terus bersiap ke kolej.
Akhirnya, Mia sampai tepat pada masanya."Fuhh...nasib baik sempat.." kata Mia. "Apa yang sempat?" tanya Tika di belakangnya."Kereta aku kan rosak..So terpaksa naik Bas Rapid kau tau tak?" rengek Mia.
"Ops..Sorry" kata Mia sambil menoleh badannya ke belakang apabila dia terlanggar orang."Erkk?? Faiz?" kata Mia terkejut.
Share this novel