Bab 10

Romance Series 9737

"Mak, Mia taknak kawin lah!" rayu Mia bersungguh sungguh di hadapan Mak Bedah. Siapa suka kalau kena kawin dengan orang yg tak pernah tau pun kewujudannya?

"Mia, mak ni dah tua.. Mak nk tengok kamu naik ke atas pelamin.. Kalau boleh sampai dapat cucu.." kata Mak Bedah sayu. 'Ish..Ni yg buat aku bersalah!' jerit hati Mia. "Tapi Mia kan belum habis study?" kata Mia.

"Takpelah... Kawin muda lagi bagus!" kata Mak Bedah. "Mak..." panggil Mia. "Kalau Mia sayang mak, kawinlah.." pujuk Mak Bedah. "Erk... Yelah mak.." kata Mia memandang lantai. "Kamu setuju?" tanya Mak Bedah gembira. "Kalau itu membahagiakan mak, Mia sanggup" kata Mia.

Mak Bedah memeluk tubuh Mia yg kecil molek itu. Setelah pelukan dileraikan, Mak Bedah berlari mendapatkan telefonnya lalu mendail nombor Dato Fattah. "Assalamualaikum, dato" sapa Mak Bedah. "Wasalam... Mia dah setuju?" tanya Dato Fattah tidak sabar. "Dah..." kata Mak Bedah ringkas. Mia terus naik ke biliknya dengan susah hati.

'Ish... Kalau bakal suami aku tu garang mengalahkan singa macam mana? Kalau dia suka buli aku? Ahh... Mampos aku!' bebel hati Mia. Tubuhnya terbaring di atas katil empuknya. Nombor Ammar didail.

"Hai.. Napa? Rindu ke?" tanya Ammar. Muka Mia bertukar merah padam setelah mendengar usikkan Ammar. "Awak... Apa perasaan awak bila saya kata saya kena kawin dengan orang lain?" tanya Mia. "Mestilah sedih atau marah" jawab Ammar. Dia sudah tangkap apa yg Mia mahu katakan.

"Awak.. Saya kena kawin.. Atas kehendak mak saya bukan saya.." kata Mia perlahan tetapi dapat didengari oleh Ammar. Ammar tersenyum senang. "Awak setuju?" tanya Ammar. "Terpaksalah setuju.. Saya taknak mak saya sedih.. Saya tak pernah tau pun lelaki tu siapa! Entah entah dia buli saya nanti!" adu Mia kepada Ammar. Ammar terlepas ketawanya.

"Kenapa awak gelak? Apa yg lawak?" tanya Mia. "Takde apa apa lah.. Kalau dah jodoh nak buat macam mana.." kata Ammar.

"Rasa macam nak hempuk kepala ni pun ada, wak.." kata Mia. "Ish.. Jangan buat kerja gila!" larang Ammar. Mereka berbual bual sambil bergelak ketawa bersama sama. Segala kerunsingan telah hilang. [Lain kali silalah berjumpa dengan mereka jika anda mengslami kerunsingan].. Iklan sekejap ye.. Jangan marah..

** Selepas seminggu di kampung **
"Warghhhh... Aku serabutlah!" rungut Mia sambil memegang kepalanya. Manalah tau nanti kepalanya tercabut... "Jumpa 'bakal suami'? Biar betik ni?!" kata Mia bersendirian. "Mana betik?" tanya Mak Bedah yang entah muncul dari mana. Agaknya Mak Bedah ni ahli sihir.. Manalah tau..

"Alah... Bukan dia nk makan kamu pun.. Mia Elina, fikir guna otak ye.." kata Mak Bedah mengetuk kepala Mia. "Mak! Kepala Mia bukan kayu boleh ketuk ketuk!" marah Mia bercampur merajuk. "Aloo... Comel lah kalau Mia marah.. Mesti dia terpegun melihat kecantikan anak dara mak yang sorang ni" puji Mak Bedah.

"Alah mak ni.. Boleh tak jangan bagitau benda yang Mia dah tau?" tanya Mia tersipu malu mengalahkan kucing. "Daripada mak layan kau, lebih baik mak pergi berjoget ngan Chiki" kata Mak Bedah lalu bangun. "Ewah.. Mak joget ngan Chiki?! Impossible!" kata Mia.

"Mak nk bagi Chiki makanlah!" kata Mak Bedah. Mia mahu tergelak pun ada melihat gelagat Mak Bedah merajuk. Tapi nanti merajuk pulak maknya.. Apakah daya?..

Tiba tiba telefon yg berada di atas meja kepunyaan Mia berdering. "Hai.." sapa Mia di corong telefonnya. "Mia, kita perlu jumpa! Sekarang!! Datang dekat Cafe Tina dengan cepat!! Jangan banyak soal!" kata Ammar tergesa gesa. "Apa? Kenapa? Ok.. 5 minit lagi saya sampai.. Tunggu saya tau!!" jawab Mia dengan cemas lalu berlari ke arah biliknya

"Cemas jugak minah ni...Hahaha" kata Ammar sambil ketawa. "Lagi sekali kau buat macam tu kat kembar aku, aku bakar kau hidup hidup" ugut Tika. Ammar tersenyum seperti kerang terlebih busuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience