"Chiki !!!!"jerit Mia mencari anak kucingnya "Kenapa ni Mia? Terjerit-jerit macam orang gila" kata Mak Bedah."Chiki ni haa hilang entah ke mana" adu Mia.
"Tahulah dia balik nanti...Kamu ni dah macam orang kena histeria mak tengok" bebel Mak Bedah."Marah Mia pulak" Mia mengalihkan pandangannya luar tingkap.
"Hah, kamu minggu depan habis semester kan?" tanya Mak Bedah. Mia mengeluh perlahan."Ye...tapi Mia taknak tinggalkan mak.." kata Mia sayu.Walaupun Mia bukan anak kandung Mak Bedah, Mak Bedah amat menyayangi gadis muda itu."Tak bolehlah macam tu..." pujuk Mak Bedah."Yelah yelah" kata Mia membuat muka sardinnya.
"Chiki! Mana awak pergi?" tanya Mia setelah terlihat kelibat Chiki."Mia, kucing tak boleh bercakap" tegur Mak Bedah."Hehehe" ketawa Mia."Jomlah masuk rumah..." ajak Mak Bedah.
Walaupun rumah Mak Bedah hanyalah kayu, tetapi Mia lebih selesa tinggal di situ berbanding rumah kawannya, Ina.Haihh apalah nasibku ini...Aku benci tinggal dekat Kuala Lumpur yang sentiasa heboh macam ada gempa bumi tu...
"Mak ada masak makanan kegemaran kamu, Sambal Ayam" kata Mak Bedah membangkitkan selera Mia."Wahhh makin bambam lah Mia kalau macam ni.." kata Mia."Kalau kamu taknak mak bagi Chiki makan je.." kata Mak Bedah.
"Mak...kucing tak makan Sambal Ayam..." kata Mia sambil ketawa.."Lupa" kata Mak Bedah turut ketawa...
"Mia, kau kat mana?" tanya seseorang iaitu Tika, kawan baik sejati si Mia tu."Kat dalam lubang hidung kau..Kau tahu kan kalau cuti semester mesti aku akan balik kampung.." kata Mia."Ohh..Aku lupa" kata Tika selamba...
"Chiki macam mana? Dia sihat tak?" tanya Tika."Of cause lah sihat...Tengoklah siapa yang jaga dia...Ini Mia Elina lah.." kata Mia membanggakan dirinya."Iyolah tu..." kata Tika sambil ketawa.
"Aku malaslah nak gi kelas minggu depan..."adu Mia."Kalau kau nak kena marah dengan 'Miss Gorila' tu silakan..." kata Tika."Huhuhu..Tak sanggup..." kata Mia sambil menggelengkan kepalanya walaupun Tika tiada di hadapannya, hanya di corong telefon.
"Hahaha...Kau ni buat lawaklah" kata Tika sambil ketawa."Mia oiiii....Asyik bergosip je kerja!!! Meh tengok Chiki buat apa!!! " jerit Mak Bedah dari dapur."Aku cau dulu...Karang tak pasal pasal kena bebel siang, malam...Bye" kata Mia lalu memutuskan panggilan.
"Kenapa, mak?" tanya Mia setelah tiba di dapur."Ni si Chiki kacau mak! Macam mana mak nak masak" kata Mak Bedah marah."Alololo...Chiki kena marah?Kesian dia... " kata Mia lalu mendukung Chiki."Dah..Pergi main jauh jauh..Mak nak masak pun tak senang.." kata Mak Bedah.
"Okay.." kata Mia lalu berlari ke halaman rumah bersama Chiki."Adik manis ini ada surat untuk U" kata penghantar surat.Aduhh mat bangla mana pulak ni?!
"Terima kasih.." ucap Mia lalu mengambil surat tersebut."Harini adik banyak cantik" kata penghantar surat itu."Yeke? Tapi nak buat macam mana lelaki tak suka perempuan yang pandai silat, karate dan taekwando..." tipu Mia."Saya balik dulu..." kata penghantar surat itu sambil menelan air liur lalu pergi dari situ.Tau pun takut!
"Pandai kamu tipu dia, Mia.." kata Mak Bedah yang entah muncul dari mana."Oh mak kau tergolek-golek jatuh!"latah Mia."Harap je muka cantik..Bila terkejut sikit, melatahnya lebih 3 kilometer" usik Mak Bedah."Jahatlah mak ni...Taknak kawan" kata Mia lalu beredar daripada situ.
Share this novel