Bab 2

Romance Series 9737

"Arghhh...stresnya aku!!" kata Mia.Mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding tetapi kalau roboh siapa nak bertangungjawab? "Apasal kau ni?"tanya Tika pelik.Nak kata Miss Farah cakap berterabur harini, tak sangat...

"Aku tak puas duduk kat kampung!! Aku rindu masakan mak aku!!" adu Mia."Hahaha kau ni memang anak manja lah" usik Tika."Biarlah..Ada aku kisah?" kata Mia selamba badaknya.

Tiba-tiba, Mia terlanggar seseorang."Ehh...Buta ke apa? Tak nampak orang tengah jalan ke?" marah lelaki itu."Ehh..Awak yang langgar saya dulu!" nafi Mia."Bila masa aku langgar kau?" marah lelaki itu."Eiiii....Baling kasut ni karang pecah kepala!" marah Mia.

"Cik adik oi! Nak baling kan? Hah balinglah kalau berani! " cabar lelaki itu."Ooo...Awak nak kan?! Nah" kata Mia sambil menanggalkan kasut sandalnya yang berwarna biru itu."Dahlah tu Mia..." kata Tika sambil menarik tangan Mia.

"Nak baling kan tadi? Balinglah! " kata lelaki itu menaikkan darah Mia."Dahlah tu...Kau tak malu ke orang tengok? " tanya kawan lelaki itu, Adam.Tika cepat -cepat menarik tangan Mia jauh daripada lelaki itu.Kalau dibiarkan, tak pasal-pasal lelaki itu dikarate oleh Mia.

Setelah Mia dan Tika pergi, lelaki itu ketawa."Kau ni tak baiklah buat perempuan macam tu...Ammar...Ammar..." kata Adam sambil menggelengkan kepalanya.Apalah nak jadi dengan mamat playboy ni? "Biarlah...Actually aku sengaja langgar dia..." kata Ammar dengan muka tak bersalahnya.

"Kau rasa apa jadi ngan mamat tu?" tanya Tika."Entah...Gi mampuslah" kata Mia malas."Aku tak tahan tengok muka kawan dia..Cuak gila! "kata Tika sambil ketawa.

"Aku ingat kau nak kata muka kawan dia handsome" usik Mia."Ma..mana ada" kata Tika tergagap-gagap."Kau tak boleh tipu aku lah..Aku dah kenal kau lama dah..." kata Mia."Yelah-yelah...Aku mengaku dia handsome tapi muka dia memang cuak gila waktu tu.." kata Tika.

"Aku doa kita tak akan jumpa lagi mamat psiko tu...Hahaha" kata Mia sambil ketawa."Kalau ada kawan dia aku sanggup..." kata Tika sambil membuat gaya gediknya."Masyaallah...Gediknya kawan aku ni..." kata Mia.

"Lepas ni kelas kau sama dengan aku kan?" tanya Tika."Yup! Jom..Nanti kena membebel pulak dengan Sir Anuar tu...Dahlah mulut dia tu pok...pek...pok...pek... mengalahkan mak aku" kata Mia.

"Look who is here...Mia Elina!" kata Shereen.Aduhhh geng gedik dah sampai! Mampuslah diorang ni."Apa kau nak? " tanya Mia."Aku nak kau jauhkan diri daripada boyfriend aku! " kata Shereen.

"Siapa?" tanya Mia."Siapa lagi kalau bukan Ammar?" kata Shereen sambil tersenyum sinis."Siapa tu? Aku tak kenallah! Korang semua ni dah silap orang agaknya..." duga Mia."Tadi yang kau jumpa dia ngan Adam tu apa?" tanya Shereen tidak puas hati.

"Aku kata aku tak kenal maksudnya tak kenallah! Kau faham bahasa tak?! Ke kau nak aku cakap dalam bahasa India?! "jerit Mia membuatkan orang di sekelilingnya terkejut termasuklah Tika.Adam dan Ammar yang kebetulan lalu di situ juga terkejut.Mereka tidak pernah melihat Mia marah sebegitu rupa.Wajah Shereen terus menjadi pucat akibat takut Mia mengamuk di situ.

Ammar dan Adam mendekati mereka."What is going on here?" tanya Ammar."U...Dia jerit kat I...Sakit telinga I dengar" adu Shereen sambil memeluk lengan Ammar."Aku harap sangat telinga kau tu terus pekak je!" kata Mia kasar lalu menolak Shereen dan Ammar ke tepi."Mia! "jerit Shereen geram."Gi mampuslah kau, gedik!" kata Mia berlalu pergi meninggalkan Tika.

Tika terkebil-kebil ditinggalkan.Pantas dia mengejar Mia."Mia tunggu aku! " kata Tika sambil berlari mendapati Mia.Ammar menyentak tangan Shereen yang memeluk lengannya.

"Kau ni kenapa?Dah gila ke apa?!" marah Ammar."Nape U marahkan I? Kenapa U tak marahkan Mia tu?!" kata Shereen berani."Sebab kau yang cari pasal dulu! Kau tak tau apa yang berlaku waktu tu so jangan nak memandai-mandai! Kau ingat aku nak ke perempuan perangai manja terlebih macam kau ni?!" marah Ammar habis-habisan.

"Mia...tunggu aku" kata Tika dari belakangnya...Mia mematikan langkahnya lalu memusingkan badannya ke arah Tika."Kenapa nasib aku selalu malang?!" tanya Mia.Air matanya mengalir membasahi pipi gebunya."Mana ada...Ini semua kan takdir.." Tika cuba memujuk Mia.Mia terus memeluk rakan baiknya itu dengan erat.

"Thanks, kau selalu ada bila aku perlukan kau...Aku bertuah ada kawan macam kau" ucap Mia lembut."Dahlah jom masuk kelas Kau mesti taknak kena bebel ngan Cikgu Kerek tu kan?" kata Tika menceriakan Mia."Hahahaha...Kau ni sempat je kan?" kata Mia sambil ketawa.Syukur dapat kawan macam Tika ni...

"Wei..Kau kenal tak siapa jiran baru kau?" tanya Tika. "Jiran baru?" tanya Mia kembali.Otaknya masih blur."Kau tak tahu ke? Dengar kata handsome kalahkan Daniel Radcliffe" kata Tika bersungguh-sungguh."Kau dah...." ayat Mia terhenti seketika apabila terlihat Adam dan Ammar.

Apabila Tika menoleh ke belakang, jantungnya berhenti berdegup."Hai...Boleh kami join? " tanya Ammar."Kalau saya kata tak boleh awak nak buat apa? Baling kasut kat saya? " pertanyaan Mia membuatkan mereka semua ketawa.
"Apa salahnya...Kan Mia.." kata Tika sambil mengecilkan matanya ke arah Mia apabila pinggangnya dicubit oleh Mia.Takkan mamat psiko ni suka kat aku kot? Hish berangan je lebih kau ni Mia!

"Mia, kau tinggal kat mana?" pertanyaan Ammar mengejutkan Mia yang dari tadi asyik berperang dengan perasaannya."Saya tinggal dekat Bumi." kata Mia memandang tepat ke arah Ammar.Pantas Mia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Bahaya melihat muka Ammar yang mengancam tu... Boleh dikatakan agak handsome.Cewahhh....

"Betul-betullah..." kata Ammar manja.Tika dan Adam hanya memerhati sahaja
Ammar dan Mia berperang."Habis tu saya nak kata kat mana lagi? Saya tinggal di Bumi..Takkan tinggal di Alam Bunian kot" kata Mia menyampah."Okay-okay...Apa alamat rumah kau?" tanya Ammar menahan marah.Ada ke patut jawab macam tu? Laki handsome ni...

"Nak buat apa? Awak ni mencurigakan lah..." kata Mia sambil menghirup Air Sirap kegemarannya."Saje..Aku baru pindah..Then jiran sebelah rumah aku tu ada kereta sebiji macam kau punya" kata Ammar jujur.Mia hampir tersedak ketika terdengar kata-kata Ammar itu.Dengan pantasnya Tika menggosok-gosok belakang badan Mia.

"What The Fish?! Awak jiran baru saya?! " jerit Mia."Yeke? Wah...hari-hari aku boleh mengorat kau..." usik Ammar.Muka Mia terus berubah menjadi merah padam. "Awak jangan macam-macam..Saya ada silat, taekwando ngan karate tau...Try lah mengorat, saya patah-patahkan tulang rusuk awak tu " kata Mia sambil tersenyum geram.

"Muka taklah sekacak Daniel Radcliffe...Memang muka awak nombor 1...dari bawah" kutuk Mia habis-habisan."Amboi makcik...Kau ni memang nak kena kan?" marah Ammar.Dia pantang kalau orang sebut pasal rupa parasnya.

"Apa? Nak baling kasut kat saya? Silakan" kata Mia tersenyum puas."Kecik je aku tengok kau ni " marah Ammar."Kecik? Wahh...Saya rasa awak ni kena buat pemeriksaan mata...Badan saya sebesar tapir ni awak kata kecik?" kata Mia sengaja membangkitkan kemarahan Ammar.

"Karang betul-betul kasut ni melekat kat muka kau!" marah Ammar."Hahaha...Awak ni serius sangatlah..Saya gurau je..Saya suka tengok awak marah sebab bila awak marah telinga awak jadi merah.." pujuk Mia.

Ammar benar-benar terkejut dengan apa yang baru dia dengar."Okaylah..Saya nk balik bagi Chiki makan...." kata Mia lalu bangun dari situ."Aku nak ikut..Dah lama tak tengok Chiki..." kata Tika yang dari tadi asyik diam sahaja."Jom..." ajak Mia.

"Bye, Adam...Saya harap dapat berjumpa awak lagi" kata Tika sambil berdiri.Muka Adam bertukar merah skibat menahan malu."Bye" kata Ammar selamba.Tika dan Mia pun pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience