"Aku kena! Tak aku tak boleh! Ye aku kena lah! Argh..Tak mungkin dia suka aku! Tak salah kot kalau aku cuba..Tapi kalau kena hempuk kepala ngan pasu bunga macam mana?" kata Ammar risau. Dia berhajat untuk memberitahu isi hatinya kepada Mia yg setelah lama dia memendam perasaan yg dikatakan 'cinta'. "Kau pahal bro?" tanya Adam pening. Pening melihat Ammar mundar mandir macam orang gila.
"Tapi seriously, aku tak percaya Mia dapat atasi ego kau yang macam gunung Everest tu" kata Adam sambil ketawa. "Tolonglah aku, Dam...Kau kan Doktor Cinta.." kata Ammar. "Pergi jelah...Apa salahnya.." kata Adam pelik. "Aku.." kata kata Ammar terhenti apabila melihat Mia sedang berborak dengan sorang pakcik tukang sapu kolej tu.
Tiba tiba, ada seorang lelaki melanggar Mia dengan kuat sehingga buku buku yang dipegang oleh Mia jatuh berterabur sekali dengan Mia jatuh. Mia mengusap bahunya yang berasa sangat sakit. Ammar terus berlari mendapatkan Mia.
"Kau okay?" tanya Ammar. Mia hanya menggelengkan kepalanya. "Look at me, please.." rayu Ammar. Mia memandang Ammar dan tersenyum. "Tak payah senyum..Aku tau tu senyuman palsu je..Sakit sangat ke?" tanya Ammar. "Sakit lah..Bahu dia besi ke apa?" bebel Mia. "Jom kita pergi bilik rawatan" ajak Ammar membantu Mia untuk berdiri. Mia hanya menggangguk setuju.
Ammar mengutip buku buku Mia yang jatuh berterabur."Ish ish ish...Ditinggalnya aku kat sini? Seriously?" tanya Adam berseorangan. Adam berdiri lalu perg ke perpustakaan.
"Nasib baik tulang bahu awak tak patah." kata jururawat yang kecil molek tu. "Terima kasih, nurse." ucap Mia lalu keluar dari situ. "Asal?" tanya Ammar. "Asal apa ni? Saya asal dari Melaka.." kata Mia selamba."Mia, kau kenapa? Ada apa apa ke dengan bahu kau?" tanya Ammar lembut.Perghh...Cair siott..
"Saya okay je..." jawab Mia tersenyum manis lebih manis daripada gula."Mia...aku..aku.." belum sempat Ammar menghabiskan ayat itu Mia terus mencelah."Awak nk cakap apa? Nantilah..Saya nk pergi perpustakaan. Nak pulangkan buku buku ni" kata Mia sambil menunjukkan buku buku yang dipegangnya. Ammar mengeluh perlahan.."Okay..hati hati" kata Ammar.
Ammar menghantar Mia dengan pandangan kosong.'Macam mana ni? Aduh..kau ni pun satu! Takut mengalahkan perempuan je!' desis hati Ammar. "Mia..Kau pergi mana? Apasal kau tinggal aku kat kantin tadi? Sampai hati kau! Kau dh tak sayang aku ke?!" tanya Tika bertubi tubi mengalahkan orang yg dilupakan suami pulak. "Sorrylah..Tadi ada orang langgar aku..pastu Ammar bawak aku pergi bilik rawatan...Pastu tadi aku pergi hantar buku buku yg kita pinjam di perpustakaan.." jelas Mia tenang. Tapi dalam hati hanya Allah je yg tau betapa takutnya dia kalau si Tika bertukar jadi Hulk...
"Huh...Jomlah." kata Tika sambil menarik tangan Mia. "Alololo...Jangan marah..Nanti Adam lari kalau kau buat muka mcm tu.." kata Mia tergelak. "Kau ni pujuk ke hina aku?" tanya Tika pura pura merajuk. "Kan aku dh kata..S.O.R.R.Y.." kata Mia sambil mengeja perkataan sorry tu..
"Oi!!! Mia Elina!" lantang suara Ina kedengaran. "Yes..Ada apa yang boleh aku bantu, Cik Linda Maisara?" tanya Mia tersenyum. "Mia, please come back to my house.. I need you..Please.. Aku tau aku salah sebab halau kau dulu..Aku menyesal!" rayu Ina. "Biar aku teka..Ermm...Kau tak dapat jelaskan bil bil rumah kau kan?" sindir Mia. Ambik kau! Mia kejam sangat ke? Biarlah!
"Please..." rayu Ina lagi. "Aku maafkan kau untuk kali ni.." kata Mia. Tika mengalihkan pandangan mautnya ke arah Mia. 'Gila lah kau ni,Mia! Senangnya kau maafkan orang!' marah hati Tika. "Tapi aku taknak jumpa kau lagi dan aku akan anggap aku tak pernah kenal kau selamanya!" bentak Mia sehingga orang disekeliling memandang mereka. "Jom,Mia. Tak payah layan dia.Kau pun tak kenal dia siapa kan? Aku pulak rasa sakit hati!" kata Tika terus menarik tangan Mia.
Ina terduduk di atas lantai. Dia berasa sangat marah bercampur sedih. 'Dengan siapa lagi aku nk mintak tolong? Kawan kawan aku semua dh lari bila aku perlukan bantuan!' desis hati Ina kecewa. "Mia.." panggil Ina sambil melihat Mia dan Tika pergi meninggalkan dia keseorangan. "Kau tunggu lah, Mia!" marah Ina.
Kringg....[Loceng kolej telah berbunyi menandakan waktu pulang ke rumah masing masing]
"Habis bab yang ke 5..Esok kita sambung bab yang ke 6,7 dan 8" kata Puan Risma sambil menutup buku Psikologi yang mengandungi 12 bab. "Terima kasih, Puan Risma." ucap ketua pelajar dengan lantang lalu diikuti dengan suara suara pelajar lain.
"Arghh!!!!" jerit Mia semasa memasukkan tangannya di bawah meja untuk mengambil buku rujukannya. Semua mata memandang Mia. "Mia, kenapa ni?!" tanya Puan Risma cemas. "Ka...katak!!" kata Mia tergagap gagap. Mia terus berlari ke arah Tika. Mak aii...Katak tu melompat punyalah tinggi! Nasib baik tak melekat dekat dinding..
"Hahaha..Mia, kau takut katak? Biar betul?" tanya Ina sambil ketawa. "Ooo..Kau lah yang letak katak tu kan?!" marah Tika. Pantas Mia menarik tangan Tika. "Kau ada bukti ke?" tanya Ina tersenyum sinis. 'Rasakan, Mia!' marah hati Ina.
"Tak payah lah kau layan dia..Aku pun tak kenal dia siapa.." pujuk Mia. "Mia..Kenapa kau ni baik sangat?!" tanya Ina bagai dirasuk. "Aku? Baik? Kau ni memang tak kenal aku kan?" tanya Mia tersenyum sinis. Mia mengambil plastik lalu disarungkan pada tangannya. Mia mengambil katak itu lalu diletakkan di atas meja Ina.
"Eww..Mia! Take it!! Now!!" jerit Ina berlari ke arah rakan rakannya. Tetapi rakan rakannya hanya menjauhkan diri daripadanya seperti tidak kisah jika Ina diusik atau diejek.
"Ehem...Ehem..." tegur seseorang di depan pintu kelas itu.
Share this novel