Sedang seronok Mia menyiram pokok bunganya,tiba-tiba Ammar muncul entah dari mana."Mia! " jerkah Ammar dari dinding yang memisahkan rumah mereka. "Oh mak kau tergolek" latah Mia.Ya Allah, malu gila siot!
"Assalamualaikum,Encik Ammar Fikri.." perli Mia lembut.Ammar membuat muka 'seposen' nya pada Mia."Apa awak nak?" tanya Mia."Aku nak kau !!!" kata Ammar kuat."Perlahankan lah sikit suara awak tu...Nanti orang dengarlah! "marah Mia.
"Ada aku kisah?" tanya Ammar."Awak nak selipar ke kasut tumit tinggi saya?" tanya Mia marah. Bila gaduh je, kasut..Hish...bilalah nk baik ni? "Dua dua pun boleh.." kata Ammar.Nak ambik kau! Mia menghalakan muncung paip air itu ke arah Ammar.Habis basah bajunya.
"Woi! Apa kau buat ni?! " marah Ammar.Mia menjelirkan lidahnya lalu sambung menyiram pokok bungannya."Tunggulah kau..Esok kat kelas aku buli kau habis habisan! " ugut Ammar.Mia menjulingkan matanya ke arah Ammar.
"Ada saya kisah?" kata Mia mengulangi ayat Ammar.Ammar terus masuk ke dalam rumahnya dengan perasaan geram."I'm the campion! " jerit Mia agar Ammar dapat mendengar apa yang Mia kata.
Selesai menyiram pokok, Mia terus masuk ke dalam rumah.'Perghhh...Bosan siot...Nak ajak si Tika keluar, dia ada hal lain...Takkan nak ajak si Cempedak tu?' kata hati Mia.Awal awal lagi Ina dah keluar rumah...Cempedak yang dimaksudkannya ialah siapa lagi kalau bukan Ammar?
Tiba-tiba, handphone Mia berbunyi menandakan ada mesej masuk.Mia dengan malasnya membuka mesej tersebut.«Jom keluar...Aku bosanlah tak boleh ejek ejek kau...» "Wehhh mana dia dapat nombor fon aku ni?! " kata Mia sendirian.
«Mana awak dapat nombor saya? Tika yang bagi ke? Kenapa awak kejam sangat paksa Tika bagi nombor fon saya? Kenapa awak suka sangat ejek ejek saya? » Ambik kau! Sekali mesej 4 soalan.Fuhh...
«Satu satulah kau ni pun...Pertama, Tika sendiri yang bagi.Kedua, yup dia yang bagi sendiri. Ketiga, aku tak paksa dia, okay...Keempat, lantaklah aku nak ejek kau..mulut aku... ; ) » balas Ammar..Ewah ewah...baling kasut kat mulut dia baru tau! marah hati Mia.
«Kau kena teman aku jugak! Aku bagi kau 10 minit je! Kalau tak, aku heret kau keluar! Pastikan kau pakai baju yang cantik kalau tak kat depan aku jugak aku suruh kau tanggalkan!» ugut Ammar. Aduh main paksa paksa pulak!!! jerit hati Mia.Dengan pantasnya Mia berlari ke biliknya lalu menukar pakaian.
Mia memakai baju paras peha berwarna biru dan seluar jeans berwarna biru pekat.Mia membelek belek dirinya di depan cermin..Cantik jugak aku ni kan? Mia kau ni perasan.Huhuhuhu...Dia terus memakai gincu dan bedak.Dia tidak memakai alat solek tebal tebal.Kang jadi badut lari pulak si Ammar tu...
Bunyi hon kereta BMW Ammar membuatkan Mia terkejut.Pantas dia mengambil beg tangannya.Dia memakai kasut tumit tinggi dengan cepat lalu berlari ke arah kereta BMW itu."Tau pun takut " ejek Ammar di dalam kereta."Jalan cepat" arah Mia selamba.
"Alololo...Comelnya dia marah" usik Ammar lagi.Dia suka mengusik Mia kerana Mia cepat sangat merajuk.Comel ! "Saya kira sampai tiga je.Kalau tak jalan jugak saya keluar dari kereta ni." ugut Mia.Ammar tetap tidak berbuat apa apa.Dia mahu melihat apa yang Mia akan lakukan.
"1...2...3...Okay saya keluar!" kata Mia lalu membuka pintu."Mana kau nak pergi? " tanya Ammar menarik tangan Mia."Dah awak tak nak jalan lebih baik saya duduk rumah main dengan Chiki je! " marah Mia."Okay..okay..Jom" kata Ammar tersengih sengih.
Dalam perjalanan mereka hanya berbual kosong."Aku tak sukalah kau bahasakan diri 'saya,awak' ni..." kata Ammar.Matanya tumpu pada jalan raya."Biarlah..Mulut saya bukan mulut awak! " kata Mia sambil tersenyum sinis."Sapa ajar kau melawan cakap orang ni?!" marah Ammar. "Awak" jawab Mia ringkas.Ehh..Minah pendek ni! Aku pulak jadi mangsanya!
"Kita nak pergi mana, wak?" tanya Mia pelik."Shutt....Diam boleh tak?Mulut tu asyik pok...pek...pok...pek je" kata Ammar lalu mencubit geram pipi Mia.Pantas Mia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap dan memeluk tubuhnya tanda merajuk."Kita gi Tasik Titiwangsa.. " kata Ammar ringkas.Kang menangis budak tu siapa nak pujuk? Aku jugak...
"Buat apa?" tanya Mia."Apa ke bodohnya soalan kau ni? Takkan nak gi bom tasik tu kot?!" kata Ammar sambil mencubit pipi gebu Mia."Huhh...Orang tanya pun marah!! Sepak karang!!" marah Mia perlahan."Aku dengar tu..." kata Ammar sambil tersenyum manis ke arah Mia."Janganlah pandang macam tu...Bahaya!" kata Mia malu."Aku senyum je bukan nak makan kau pun..Yang muka kau merah tu apasal?" tanya Ammar.Pantas Mia menutup pipinya dengan kedua dua belah tangannya.
"Okay....Jom" kata Ammar sambil mematikan enjin kereta mewahnya. "Jom!" kata Mia sambil keluar daripada perut kereta tersebut."Ramainya..." keluh Mia."Takkan nak berdiri kat situ je?" sindir Ammar menyedarkan lamunan Mia."Ramainya..." kata Mia kepada Ammar."Harini kan public holiday..." kata Ammar sambil menarik tangan Mia."Lupa lah, wak.." kata Mia sambil ketawa.
Mia dan Ammar rancak berbual di hadapan Gerai Kak Ros."Awak tau tak minggu depan Cikgu Fuad buat ujian kemajuan?" tanya Mia sambil menyedut air sirapnya."Ya Allah...Macam mana aku boleh lupa pulak?!" kata Ammar sambil menepuk dahinya."Siapa dapat 79% ke bawah akan dihukum" kata Mia lagi sengaja mahu menakutkan Ammar."Aduh..Macam mana ni?!" kata Ammar gelisah."Saya kan ada..Saya boleh ajar awak.." kata Mia beria ria. Ammar memandang Mia lama."Boleh ke? Fizik kau berapa?" tanya Ammar tidak percaya."Sentiasa 89% ke atas" kata Mia bangga.
"Bangga lah ni?" tanya Ammar tersenyum sinis."Of cause.." kata Mia."Ammar....What are you doing here?" tanya seseorang dari belakang Mia.Aduh kacau daun betullah! Tak boleh tengok orang hidup senang! "Salah ke aku datang sini? Tasik ni bapak kau punya ke?" tanya Ammar selamba."You...I love you so much!" kata Shereen bersungguh sungguh.
"Kalau macam tu, saya balik dulu lah, Ammar" kata Mia sambil berdiri."Kau nak balik naik apa?" tanya Ammar."Teksi..Awak jangan risaulah" kata Mia." Mia, duduk sekarang! Aku hantar kau balik!" arah Ammar."Takpe..." belum sempat Mia menyambung ayatnya Ammar mencelah."Duduk!" jerkah Ammar. Pantas Mia duduk di kerusinya kembali.Kalau dia jadi suami aku ni hari2 kena jerkah, mati aku dibuatnya....Terkeluar jantung aku!
"Mia, this is all your fault! Kalau kau tak muncul dalam hidup Ammar mesti aku ngan dia dah bahagia!" kata Shereen marah.Mia terus berdiri."Hey, kau siapa nak tentukan aku ni harus muncul dalam hidup Ammar? Kau Tuhan ke nak buat semua tu?" tanya Mia marah manakala Shereen hanya mendiamkan diri."Jawablah!" jerkah Mia."Selama ni aku diam je bila kau kutuk aku, marah aku, caci maki aku!! Kau fikir aku ni apa? Kau tau tak setiap orang ada tahap kesabaran? Kau selalu cabar kesabaran aku!!" kata Mia. Matanya mula berair tetapi dia menahan air matanya daripada jatuh.
"Tak payah kau layan perempuan macam dia ni" kata Ammar sambil menarik tangan Mia tetapi Shereen lebih pantas. Dia menarik tangan Mia kasar."Kau jangan ingat kau terlepas buat selamanya!" kata Shereen separuh berbisik.Mia menarik tangannya lalu berlari ke arah Ammar."Pergi baliklah Shereen..Kau ni buat malu je orang tengok" kata Ammar lalu meninggalkan Shereen.Shereen terduduk di atas kerusi itu lalu menumbuk meja itu.Aku takkan biarkan kau dapat Ammar, Mia!
Ammar menarik tangan Mia ke arah kereta BMW miliknya.Mia terus menangis di dalam kereta tanpa menghiraukan Ammar yang sedang memandangnya."Jom, balik" ajak Ammar. Mia hanya mengangguk perlahan.Air matanya disapu lembut.Setelah sampai di rumah, Mia terus membaringkan dirinya di atas katil di dalam biliknya.
Pada malam itu, Mia tidak mahu makan.Dia berkurung di dalam biliknya.'Ammar...Kau ni selalu buat jantung aku rasa nak terkeluar..Tapi kenapa? Kenapa kau selalu buat aku rasa macam tu? Apa tujuan sebenar kau berkawan dengan aku? Kau cuma nak berseronok je ke? Kau hanya anggap aku sebagai kawan dan tak lebih daripada tu je ke?' soalan soalan itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja.Mia terus mematikan lampu dan terus tidur.Mesej dari Ammar langsung tidak dijawab.
Share this novel