Bab 8

Romance Series 9737

"Apa yg dh jadi ni? Kenapa bising sangat ni Puan Risma? " tanya En Fuad bertubi tubi ala ala Sherlock Holmes... Semua pelajar termasuk Puan Risma terkejut dengan kehadiran En Fuad. "Erkk.. Mia dan Ina bergaduh" jawab Puan Risma menundukkan kepalanya.

"Mia, Ina..Apa dah jadi ni?! " marah En Fuad. "Mia yang mulakan, prof!" tuduh Ina melulu. "Mana ada! Kau yang mulakan dulu" marah Mia. "Jangan nak tipu!" kata Ina tegas. "Siapa tipu?!" kata Mia penuh muslihat. "Kau!" kata Ina ringkas. "Erm.. Semua orang pernah tipu.." kata Mia tersenyum sinis. "Apa maksud kau?" tanya Ina gelisah. "Kau tau tak dalam kelas ni ada CCTV?" tanya Mia memulakan perangkapnya.

Ina terus memandang sekeliling kelas dengan riak muka yg memang gelisah. "Apa yg kau pandang?" tanya Mia lagi. "Takde apa apa! " nafi Ina. 'Ina..Ina..Tak habis habis dengan perangai kau.' desis hati Mia. "Kau nk ke check CCTV tu? Kalau kau yg mulakan, kau kena pegang katak tu dengan tangan kau dan pergi buang kat luar..Tapi kalau aku yg mulakan, aku sanggup tukar kolej!" kata Mia dengan lantang. Semua pelajar dan guru terkejut dengan kata kata Mia.

"Kau yg salah! Kau! Bukan aku! Aku letak katak tu bawah meja kau sebab kau yg mulakan dulu!" kata Ina. Tanpa disedari, Ina telah bocorkan rahsianya di depan En Fuad, Puan Risma dan semua pelajar di dalam kelas tu. "Thanks sebab cakap jujur.. Kau dh masuk perangkap aku.." kata Mia tersenyum jahat.

"Ina! Mia! Sudah!" marah En Fuad. "Korang berdua saling bermaaf sekarang!" arah Puan Risma. "Taknak!" kata Ina. "Cepat!" marah Puan Risma lagi. "Aku minta maaf!" kata Ina dingin. "You, Mia." kata En Fuad pula. "Mi. an. hae!" kata Mia menyebut satu satu perkataan itu dengan tersenyum sinis. "Dalam bahasa Melayu maksudnya saya minta maaf..." kata Mia selamba.

"Lagi sekali saya dapat berita pasal awak berdua, tau lah apa yg saya nk buat!" kata En Fuad tegas lalu pergi meninggalkan kelas itu. "Ina..." panggil Mia tersenyum jahat. "Apa?!" tanya Ina malas. "Silakan buang katak A.K.A kawan baik kau tu sekarang.." kata Mia ambil memandang katak itu.

Ina meneguk air liurnya berkali kali. "Nah.." kata Mia memberi plastik kepada Ina. "Guna ni.." kata Mia lagi lalu beredar ke tempat duduknya. "Mia, apasal kau bagi dia plastik tu? Dia kan banyak menyusahkan kau?!" tanya Tika pelik. Mia hanya tersenyum lalu keluar daripada kelas tu..

"Kau selamat kali ni, Ina! Tapi lain kali, tiada maaf bagimu!" ugut Tika lalu mengejar Mia. "Mia! Wait for me!" kata Tika. "Geulae, museun il-iya? (Ya, ada apa?)" tanya Mia. Entah dari mana bahasa Korea nya datang. "Eleh...Hal su-iss-eo! (Saya pun boleh!)" kata Tika. Mereka ketawa sambil berjalan keluar kolej.

"Mia!" jerit seseorang dari belakang. "Ye, saya?" kata Mia sambil menoleh. "Kenapa kau tolong aku?" tanya Ina bersalah. "Gal su eobs-eo? (Tak boleh ke?)" tanya Mia. "Erk.." Ina tidak faham apa yg Mia katakan. "Aku tanya, tak boleh ke?" jelas Mia.

"Tapi..lepas semua yg aku buat kat kau? Kenapa? Kenapa kau buat aku rasa bersalah?" tanya Ina sambil menangis. "Ina, setiap manusia pasti berasa marah tapi kita tak boleh simpan marah tu lama lama.. Walaupun semarah mana pun, ingatlah Allah.." kata Mia penuh perasaan. Ustazah berjaya katakan...Mia Elina, jangan perasan..

"Aku nk minta maaf sebab..." belum sempat Ina bercakap, Mia terus memotong. "Takpe..aku dah maafkan kau.." ucap Mia tersenyum. "Okaylah..kitorang balik dulu... Jagbyeol insa..(Selamat tinggal)" ucap Mia. "Okay.." kata Ina lalu beredar.

Rumah banglo dua tingkat yg didiami oleh Mia kelihatan sangat bersih. 'Tak sia sia aku menjalankan 'Ops Kemas Rumah'..Ada baiknya jugak..' kata hati Mia. Mia teringatkan sesuatu. Dengan pantasnya, Mia menghidupkan televisyen. "Fuh..Nasib baik aku sempat bukak!" kata Mia tersenyum. Cerita Korea kegemarannya iaitu Hyde, Jeklly & Me baru mula. Dia menonton dengan kusyuk sehingga orang menelefonnya pun tidak dijawab.

"Oppa!!! Neoneun aju jal saeng-gyeoss-eo!!!(Awak sangat kacak!!) " kata Mia sambil tersenyum gatal. Kalaulah Mia ditakdirkan berkahwin dengan mamat Korea ni, memang gempa bumi!

Kedengaran lagu DNA daripada kumpulan K-pop iaitu BTS di dalam rumah itu. Mia terus menjawab selepas drama nya tamat. "Kau kat mana? Aku call banyak kali tak angkat! Kau ni buat suspen aku je!" marah Ammar di corong telefon bimbitnya. "Ampunkan patik, tuanku. Patik tengah syok layan drama Korea.." kata Mia.

"Aku call ni sebab nk ajak kau keluar..Kau free kan?" tanya Ammar. "Kat mana?" tanya Mia. "Dekat CC.. " kata Ammar.(Bukan Ciber Cafe tapi Coco Cafe..Jangan salah faham pulak). "Ok..Bila?" tanya Mia lagi. "Pukul 4..." kata Ammar. "Awak ambil saya kan?" tanya Mia. "Takde! Kau ingat aku ni hamba kau ke?!" tanya Ammar. "Pleasee...Minyak kereta saya nk habislah.." kata Mia sayu.

"Tipu.." kata Ammar selamba. "Mana ada" nafi Mia. "Kau ingat aku tak tau kau baru je isi minyak tadi?" tanya Ammar ketawa. Macam mana dia tau pulak ni! "Macam mana aku tau? Aku nampaklah..Aku tau soalan tu ada kat dalam kepala kau sekarang ni..Ok..Pukul 4, dekat CC, datang sendiri!" kata Ammar lalu memutuskan panggilan.

"Ammar..Ammar.. Kau selalu buat aku rasa macam nk hempuk kepala kau.." kata Mia tersenyum geram. Mia terus naik ke biliknya untuk menyalin pakaian.

Mia memakai blaus berwarna biru cerah, seluar jeans berwarna biru gelap dan tudung sengaja dipadankan dengan warna blaus yg dipakainya. Dia menghias mukanya dengan bedak dan gincu yg tidak terang warnanya.

Dengan berhati hati, Mia mengundur kereta keluar daripada rumahnya. Mia bernyanyi nyanyi di dalam kereta. Perjalanan mengambil masa 10 minit sahaja.

"Kau lambat 3 minit.." kata Ammar selamba. "Ish..3 mimit je pun!" rungut Mia. "Kenapa awak ajak keluar?" tanya Mia. "Mia..Aku tak paksa kau..Ikut kata hati kau ekk?" kata Ammar. "Apa maksud awak?" tanya Mia pelik. "Naneun neoleul salanghae.(Saya cintakan awak)" ucap Ammar ikhlas dan dia telah mengorbankan Ego nya demi Mia. Mia terkedu seketika. "Awak.." panggil Mia sambil menundukkan wajahnya.

"Saya tak paksa awak, Mia..Take your time, okay?" tanya Ammar. Dia yakin dengan apa yg dia buat. Ammar telah membahasakan "saya,awak" dengan Mia.

"Ammar, walaupun awak ni suka buli saya, saya tetap rasa awak ni orang yang baik.. Saya boleh terima awak dalam hidup saya..Tapi saya tak yakin dapat membahagiakan awak.." kata Mia berterus terang. "Saya dh kata..Saya tak paksa awak.. Buatlah pilihan yg awak rasa terbaik untuk hidup awak.." kata Ammar tersenyum.

Selepas puas Mia berperang dengan perasaannya, dia sudah tahu jawapannya. "Ammar, saya terima awak! Saya dh jatuh hati pada awak waktu pertama kali kita berjumpa.." kata Mia jujur. Riak wajahnya teramatlah yakin dengan keputusannya.

"Betul ni?" tanya Ammar memastikannya. Mia senyum dan mengangguk kepalanya. "I love you, Mia" ucap Ammar penuh romantis. Muka Mia merah padam apabila Ammar kata begitu.

"Mia.." panggil seseorang dari belakang. Mia memandang wajah yg memanggilnya. Mia terkedu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience