Bab 9

Romance Series 9737

"Kenapa? Kenapa Mia?! I dh buat macam macam untuk dapatkan U tapi kenapa U pilih dia?!" tanya Faiz marah. "Untuk pengetahuan kau, aku benci kau! Kenapa kau selalu muncul dalam hidup aku?!" tanya Mia. "Apa salah I?" tanya Faiz. Keadaannya sangat tidak terurus. Rambut kusut masai, baju tak in dalam seluar dan sebiji macam orang gila.(Sorry..Jangan bgtau dia saya kutuk dia..Hehehe..)

"Apa salah kau? Pergilah dekat pompuan tak cukup kain kau tu!" kata Mia lalu menarik tangan Ammar. Ammar faham dengan situasi Mia hanya mengikutnya.

"Mia.." kata Faiz sambil menarik tangan Mia. " Kau jangan kacau hidup aku lagi!" kata Mia lalu menghadiahkannya satu tamparan di pipi. Ambik kau! Hadiah istimewa Mia Elina.

"Naneun neoleul silh-eo!(Saya benci awak!)" kata Mia lalu berlalu pergi bersama Ammar."Mia!!" jerit Faiz. 'Hish..Aku bukan PM pun..Apasal ramai yg suka sangat sebut nama aku ni?! Aku meluat pulak!' desis hati Mia.

"Mia, awak ok?" tanya Ammar lembut. "I'm okay.." kata Mia tersenyum. "Awak ni kejap Korea, kejap Inggeris, kejap Melayu..Pening kepala saya.." kata Amnar sambil ketawa. "Biarlah..Ayah saya kan orang Korea.." kata Mia bangga. Jangan terkejut! Mia memang berdarah campuran.Tetapi paras rupanya lebih kepada Melaysia. Dikira macam 60% Melayu dan 40% Korea..

"Neo dol-a ganda.(Awak baliklah)" kata Ammar. "Neo na hanteganeungeoya? (Awak halau saya?)" tanya Mia. "Taklah..Awak nampak penat je berperang tadi...Balik rehat.." kata Ammar sambil tersenyum.

"All right, sir!" kata Mia sambil ketawa. "Hati hati!" kata Ammar. Mia tersenyum lalu mengangguk.

"Kejap! Lusa cuti semester 2!! Yes!!" kata Mia bersendirian. Gembira sangat sangat! Nak jumpa dengan Mak Bedah dan Chiki...

**Di Rumah**
Rasa penat mengawal tubuh badan Mia. Dia terus naik ke biliknya. Mia membaringkan dirinya di atas katil empuk miliknya. "Ayah? Tak pernah terfikir nk call dia.. Nombor telefon pun takde.." kata Mia memandang siling rumah tu.

Mia masih ingat lagi peristiwa yang menyebabkan ayahnya dan emaknya berpisah.

"Awak ni dah kenapa?!" marah En Lee. "Awak yg kenapa?" tanya Puan Kirana pula. "Saya nampak semuanya!" kata Puan Kirana menahan marah. Mia yg berada di penjuru ruang tamu memeluk lutut sambil menangis. Maklumlah baru 9 tahun...

"Ooo.. Kau dah nampak?" tanya En Lee. Kenapalah asyik main soal soal je?.. "Awak siap berpeluk peluk dengan pompuan tu!" marah Puan Kirana. "Saya tau yg saya ni tak sempurna tapi kenapa awak buat macam ni dekat saya?!" kata Puan Kirana. Matanya mula berkaca.

"Dangsin-eun algo issseubnida!(Sedar pun kau!)" maki En Lee. " Mia Elina, anak ayah..Mari sini.." panggil En Lee sambil menghampiri Mia yg sedang menangis. "Jangan sentuh anak saya!" kata Puan Kirana sambil menghalang En Lee daripada mengambil Mia. "Geuneun nae adeul-iya! (Dia anak aku!)" kata En Lee lalu menampar pipi Puan Kirana. En Lee melafaskan talak cerai kepada Puan Kirana lalu mengambil Mia.

"Kirana, kau pergi dari sini! Ini ank aku!" halau En Lee. "Dia anak aku!" marah Puan Kirana lalu menolak tubuh sasa En Lee hingga kepalanya terhantuk di bucu meja kaca ruang tamu. Darah pekat mengalir daripada kepala En Lee.

Seminggu lepas En Lee meninggal, Puan Kirana menyerahkan Mia kepada Mak Bedah, kawan baiknya. Mak Bedah tidak dikurniakan anak 4 tahun berkahwin. Puan Kirana pula membunuh diri di dalam rumahnya dengan menikam dirinya dengan pisau bertubi tubi.

Mak Bedah selalu mengajar Mia bercakap Korea sehinggalah Mia pandai bercakap korea.

Tanpa disedari, air mata laju mengalir membasahi pipi Mia. Dia menyapu air mata dengan lembut dan menadah tangan.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa hambamu ni..Dosa kedua ibu bapaku..Dan dosa seluruh umatku..Ya Allah, kau tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku..Aku memohon kepadamu, Ya Allah. Aku memohon... Amin.." doa Mia sambil menangis. Mia memejamkan mata serapat rapatnya.

Mia tertidur dengan air mata sewaktu itu. Hanya Allah sahaja yg tau segala perasaannya. Dia teramat amat sedih. Mia kecewa dengan perangai mak dan ayahnya.. Ayahnya curang..Maknya pula mudah berputus asa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience