BAB 3

Family Completed 1494

“Fifi jangan fikir sangat ibu dan ayah nanti bila dah besar. Nanti mana tahu Fifi masuk universiti ke,jangan takut kalau ibu dengan ayah tak ada duit.Kami insya-Allah ada rezeki.Mana tahulahkan,Fifi boleh bantu ibu dan ayah dengan ijazah yang Fifi pegang nanti.Insya-Allah,ayah do’akan Fifi sentiasa tahu.Walaupun ayah kata jangan ingat sangat tapi,jangan lupa terus ya.Sebab ibu bapa tu jugalah Fifi boleh ada di dunia ni.Ingat pesan ayah ni,ya.Ingat Allah selalu,Insya-Allah ada jalannya.”itulah kata-kata yang sering diingati Fifi sebelum bapanya meninggal dua tahun lalu.Fifi berpegang teguh dengan kata-kata ayahnya.

“Fifi..mari tolong ibu di dapur ni.”Fifi cepat-cepat menyeka air matanya.

“Baik,ibu.”Fifi berjalan kearah dapur.

“Ibu masak apa untuk malam ni?”Puan Hamsiah menyuakan sepinggan ikan kembung.

“Tolong basuhkan ikan kembung itu.Nanti nak goreng dengan bawang.Tadi Abang Kamal kamu datang katanya baru balik dari menjala.Ada ikan sikit-sikit ni dia bawa ke sini.Rezeki kita malam ni.”kata Puan Hamsiah.Fifi senyum sebelum berkata,

“Alhamdulillah.Baik sungguh Abang Kamal tu ya,ibu.”Puji Fifi berbaur sindiran.

“Iya lah tu.Baik ada makna bolehlah.”Fifi terkekeh-kekeh ketawa mendengar jawapan ibunya itu.

“Isy..Astaghfirullah,takut ghibah pula nanti.”Fifi berhenti dan beristighfar sendirian. Puan Hamsiah senyum melihat anaknya.Dia amat yakin bahawa anaknya itu bakal menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.

“Ibu..tangan tu nanti tak sedar terpotong.”Fifi mengingatkan ibunya yang ralit mengupas bawang.

“Iya..ibu tak sedar pula.”Puan Hamsiah berhenti mengupas apabila melihat bawang yang dikupas semakin mengecil akibat terlebih kupasannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience