BAB 7

Family Completed 1494

Fifi hampir tergelah apabila mendengar nama gelaran yang diberikan kepada jenis bas itu,namun lama-kelamaan dia juga memanggilnya bas ting-tong.Ada juga lelaki yang ingin menjadikannya sebagai teman wanita tetapi ditolaknya atas alasan dia sudah punya pilihan hati.

Tapi yang sebenarnya dia tidak punya pilihan lain selain memberi alasan semacam itu.Fifi juga pernah dinobatkan sebagai pelajar yang mendapat markah tertinggi dan belum ada yang boleh mencabar ‘tahkta’ yang dimiliknya itu.Fifi seperti biasanya bersyukur pada Allah yang satu.

Namun satu yang dia teringin lakukan iaitu pulang kekampungnya namun disebabkan kekangan wang dan masa,dia tidak boleh dan hanya menunggu cuti semester sahaja.

Setelah tiga tahun berada ditempat orang.Fifi pulang dengan penuh debaran di dada.Hatinya rasa tak tenteram berada ditempat ini.Sudah tiga minggu dia tidak mendengar khabar berita dari mulut ibunya sendiri.

Dia hanya berbekalkan khabaran dari mulut Pak Longnya saja yang mengatakan ibu sering sakit-sakit.

Berita yang tidak disangka-sangka itu membuatkan hatinya tidak tenteram ingin menghadapi hari graduasi bersama rakan-rakan seperjuanganya yang sama-sama bertungkus-lumus menhadapi dugaan di universiti itu.

Menjelang tengahari,Kereta Proton Saga FLX milik Pak Longnya datang menjemputnya pulang ke kampung.Kereta yang agak sarat dengan buku-buku dan bagasi bajunya langsung tidak diendahkannya.Mala,dia merasakan yang fikirannya sudah pun tiba di kampung bersama ibunya berbanding dirinya yang sedang tersangkut dengan kesesakan lalu lintas yang sememangnya jadi rutin harian di bandar besar ini.

Setiba di hadapan rumahnya Fifi melepaskan air matanya.Rumah yang masih kelihatan usang itu bagai pengubat rindu buat Fifi.Fifi mengusap pipinya bagi menhilangkan kesan titisan air matanya.Fifi mahu mengambil bagasinya di bonet belakang namun ditegah oleh Pak Longnya.

“Tak apalah,biar Pak Long saja yang angkat semua barang ni.Fifi naiklah dulu,tengok ibu Fifi dekat dalam tu.”Kata Pak Longnya.Fifi menurut saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience