BAB 5

Family Completed 1494

“Fifi tak nak cakap apa-apa pada abang?”Fifi Leah senyum saja.

“Tak ada apa-apa yang Fifi nak cakapkan,abang.Cuma Fifi harap abang tak lagi melepak macam selalu dekat tepi sungai tu.Carilah kakak untuk Fifi.Fifi nak juga berkakak.”Fifi dan Kamal gelak mendengar kata-katanya.

“Ehh..perli ke apa? Abang bukan tak mahu kahwin,tapi…”belum sempat Kamal meneruskan kata-katanya,Fifi menoleh mencari suara yang didengari bagai memanggil namanya.

“Fifi Leah ?”

Zatty melangkah kearah rakan sekelasnya,Fifi Leah.

“Zatty ? Zatty buat apa di sini?”Fifi Leah bertegur-sapa dengan rakannya itu dan meninggalkan Kamal sendirian.Tanpa disedari Kamal berlalu pergi.

Matanya melihat sekeliling bilik dorm yang disediakan.Dua buah katil,almari,tandas.

“Cukup sangat ni.Nak buat apa ya?”Fifi Leah menarik bagasinya kearah katil yang terletak disebelah tingkap.Loker dibuka dan mula memunggah barang-barangnya.Selesai mengemas katil dan baju-bajunya.Fifi Leah berbaring menanti rakan sebiliknya yang belum dikenali.Telefonnya dibelek-belek.Seingatnya,telefon itulah yang berjasa banyak padanya dan member pelbagai kenangan bersama ayahnya.Pernah dia menghabiskan kreditnya menelefon ayahnya,padahal mereka berada di ruangan yang sama.Fifi Leah tersenyum separa ketawa.

“Assalamualaikum.Ada orang tak ni?”Fifi Leah terduduk dari baringannya.

“Waalaikumsalam.Ada..ada.”Fifi Leah pergi menjenguk siapa diluar biliknya.

“Zatty ?”Senyuman diberikan kepada gadis yang sedang berdiri diluar bilik.

“ehh..hai,kau pun duduk bilik ini?”Zatty bertanya.

“Ha’ah.Mana kakak kau tu nak kenal juga dengan dia.Mesti dia pun cantik macam kau,kan?”Kedua rakan itu gelak bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience