BAB 6

Family Completed 1494

“Entahlah.Kau tengok sajalah sendiri.”Zatty mengenyitkan mata.

“Assalamualaikum.Zatty ada..?” Fifi dan Zatty menoleh.Kelihatan seorang gadis yang sedang menyeret dua buah bagasi.

“Banyaknya kakak kau bawa beg?”Gadis itu tersengih sendiri.

“Zatty siapa ni? Kenalkanlah pada akak.”Gadis itu terus bergerak kearah Fifi dan Zatty.

“owh ya..Kakak,ni Fifi rakan sekelas Zatty.Fifi ni kakak aku Suhana Harmira.Boleh panggil dia Kak Nana.”Fifi bersalaman dengan Kak Nana yang sudah pun menghulurkan tangan sejak tadi.Fifi turut membantu mengemas loker Kak Nana sambil bersembang dengan dua orang adik-beradik itu.Hinggalah lewat petang Zatty pulang kerumahnya meninggalkan kakaknya bersama Fifi.

Malam itu sunyi sekali,Biarpun mereka berada di tingkat lima,namun bunyi unggas pada malam itu jelas kedengaran.Fifi asyik bersembang dengan Kak Nana hinggalah mereka terdengar bunyi telefon milik Fifi berdering.

“Akak,nanti sekejap ya.Fifi jawab panggilan ni dulu ya?”Kak Nana mengangguk saja sebelum menerus pembacaan majalah wanitanya.

“Hello,Assalamualaikum,ibu.”Fifi berkata sebaik sahaja menekan punat hijau pada permukaan telefonnya.”Ya,Fifi.Waalaikumusalam.Fifi tangah buat apa tu?Okey tak di sana?”Puan Hamsiah bertanya.

“Alhamdulillah,semua okey.Ibu jangan risaulah.Fifi dah ada kawan baru dah pun.”Fifi menahan rasa rindu di dalam hati.Jika diluahkan nanti dikatakan cengeng pula.Perbualan it uterus berlanjutan hinggalah hampir setengah jam.Fifi terus tidur setelah menamatkan perbualan bersama dengan ibunya tadi.Lega rasanya sudah bercakap dengan ibunya yang nun jauh di kampungnya.Benarlah seperti yang didengari oleh guru-gurunya. Kasih ibu itu membawa ke syurga.Biar pun masih di dunia,terasa seperti sudah hilang beban didadanya.

Fifi mula terbiasa dengan hidup di universiti.Pelbagai dugaan telah dia lalui termasuklah pergi kedai menaiki bas yang dikenali sebagai bas ting-tong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience