BAB 8

Family Completed 1494

Dari hadapan pintu rumahnya kelihatan Puan Hamsiah terbaring lemah ditemani Mak Nah,mak long kepada Fifi Leah.

“Assalamualaikum,Ibu..Mak Nah”Fifi Leah masuk kedalam rumah dan bersalamn denga Mak Nah dan ibunya.

“Waalaikumusalam,Fifi,bila sampai?Ibu tak tahu pula Fifi nak balik hari ni.Kalau tak,ibu dah masak lauk kegemaran kamu.Ikan masak merah,kan?”Puan Hamsiah cuba menyembunyikan kesakitan yang dialaminya saat itu.Mak Nah faham akan situasi yang dialami adik iparnya itu.

Tangisannya ditahan dan terus keluar dari rumah itu.Tak sanggup dia melihat Adik iparnya itu menahan diri dari menampakkan kesakitan yang dialaminya kepada anaknya.

Dia kagum dengan ibu tua itu yang sanggup menguatkan diri agar tidak kelihatan lemah oleh anak-anaknya walaupun diri sedia maklum bahawa jangka hayatnya boleh berhenti bila-bila masa pun.

“Tak apa.Ibu rehatlah dulu biar Fifi yang masak untuk ibu hari ni.Fifi dah pandai masak tau.Fifi dah tahu masak lemak cili api tau,ibu.Ibu suka lauk tu,kan?”Fifi masih lagi bertahan.Nafas ditarik dalam-dalam.Entah kenapa dia merasakan ada yang tidak cukup.

“Ibu..Syamel mana?”Fifi tertoleh-toleh sambil mencari kelibat adiknya.

“Fifi..”Puan Hamsiah memanggil anaknya.

“Jangan risau.Adik kamu pergi ke kelas agama di sekolahnya.Sekejap lagi baliklah adik kamu tu.”Fifi mengangguk.

“Fifi..Fifi dengar apa yang ibu nak cakap ni ya,sayang?”Air matanya mulai bergenang ditubir matanya tapi masih ditahan dan terus memberi fokus yang tinggi pada ayat yang akan dikeluarkan dari mulut ibunya.

Majlis kenduri arwah telah terlaksana seperti yang diminta oleh ibunya pada dua hari lalu.Dia mengingat kembali kata-kata arwah ibunya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dipangkuannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience