BAB 4

Family Completed 1494

“Ibu nak buat apa lagi ni?Ikan dah siap Fifi siang.Ada apa-apa lagi tak?”Puan Hamsiah membasuh bawang sambil berkata,“Fifi tolong bubuhkan garam dan serbuk kunyit sekalilah.”Puan Hamsiah mengarah lagi.Paip air ditutup apabila usai membasuh.

“Fifi dah fikirkan semula tentang tawaran universiti tu?”Puan Hamsiah membangkitkan semula soalan tentang kemasukan anaknya ke universiti.

“Fifi ikut saja apa yang Ibu cakapkan.Nak buat macam mana.Mungkin betul kata ibu,rezeki Fifi mungkin disana.”Puan Hamsiah memandang anak daranya dan tersenyum.

“Baguslah kalau macam tu.Senang hati ibu dengar.”Fifi memeluk ibunya dari belakang.

“Ibu do’akan kecemerlangan Fifi,ya.?”Puan Hamsiah mengangguk dengan deraian air mata.

Masa yang dinanti itu tiba jua akhirnya.Dengan berbekalkan duit yang dipinjam dari Pak Long dia menjejakkan kaki ke universiti itu.Puan Hamsiah,Syamel dan keluarga Pak Longnya datang menghantar Fifi Leah pada hari pertama itu.Fifi Leah tidak punya apa-apa perasaan pun pada hari itu.Fifi mencari kekuatan untuk meneruskan hidupnya di alam universiti. Kini zaman untuk dia terus berusaha mengejar cita-cita.Fifi tak pernah memikirkan tentang melanjutkan pelajaran sebelum ini namun kini,dia harus menggali semula fikirannya dan mencari semula cita-citanya. Disebabkan kesusahan hidupnya,Fifi Leah terus hilang hala tuju.Kini dia tidak tahu mahu menjadi apa dan bagaimanakah kehidupannya seterusnya nanti.

“Fifi..Pak Long harap kamu jadi orang yang berguna suatu hari nanti.Pak Long tak kisah menghabiskan duit Pak Long demi masa depan Fifi.Fifi pun ahli keluarga Pak Long juga.Tak salah rasanya nak berkorban sikit untuk anak saudara sendiri,kan?”Fifi mengangguk terharu.

“Fifi menyembunyikan rasa gemuruh apabila Pak Long pergi meninggalkan aku bersama dengan abang saudaraku,Kamal.

“Hai,Fifi.” Fifi menunduk saja.Segan apabila berhadapan dengan aban saudara sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience