BAB 1

Family Completed 1494

Fifi Leah atau lebih mesra dipanggil Fifi oleh rakan-rakanya sibuk menanda buku-buku yang bertimbun-timbun diatas mejanya.

Tanpa disedarinya sebuah buku terjatuh dari rak buku diatas mejanya. Fifi membelek buku yang terkandung kisah lampau yang baginya ia amatlah bermakna padanya.

Tiga tahun yang lalu...

Hatinya bagai mahu meronta-ronta setiap kali membaca kertas ditangannya yang tertulis, ’TAWARAN KEMASUKKAN KE UNIVERSITI MALAYA’. Fifi Leah menunduk sayu. Hatinya berbelah bagi mahu menurut atau tidak kehendak ibunya, Puan Hamsiah. Dia teringat kata-kata ibunya,

“Fifi,kita bukan orang senang.Sekurang-kurangnya kalau kamu pergi keluar dari kampung ni, mana tahu ada rezeki kamu diluar sana. Pergilah, nak. Jangan kamu risau tentang ibu dan Syamel. Ibu mampu jaga. Pergilah, nak.” Suara lembut milik ibunya masih terngiang-ngiang ditelinganya.

Hatinya mula berbolak balik. Memang dia ingin menjadi seperti gadis-gadis lain yang berlinangan air mata, bersorak gembira, tak kurang juga yang mengadakan kenduri kesyukuran apabila diterima masuk ke universiti. Namun, disebabkan kekurangan dari segi kewangan, dia jadi berat hati.

“Kakak baca apa tu?”datang si kecil Syamel duduk disebelahnya. Budak berumur enam tahun itu juga tidak senasib dengan rakan sebayanya. Dia tidak pernah kesekolah tadika seperti rakan-rakannya yang lain. Selalu Fifi Leah mendengar rungutan si kecil kepada Puan Hamsiah.

“Ibu,kenapa Syamel tak boleh sekolah macam kawan Syamel tu. Dia ada beg, buku, pensil. Macam Kak Fifi. Syamel nak juga.” Puan Hamsiah diam sahaja. Akhirnya, Fifi Leah menerangkan tentang masalah kewangan keluarganya. Apakan daya, anak kecil seperti Syamel masih belum mengerti erti susah.

Fifi Leah menunjukkan kertas ditanganya. Syamel tersengih dan..

“Syamel tak pandai bacalah akak.Cuba akak bacakan untuk Syamel,boleh?” Fifi Leah senyum dan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience