BAB 9

Family Completed 1494

“Sebelum ibu nak cakap ni,boleh tak Fifi pangku kepala ibu?”Fifi mengangguk saja,membiarkan ibunya melakukan apa saja asalkan hasratnya tercapai.

“Fifi..ibu nak..kamu jaga adik kamu dan nama baik keluarga kita ya..Jangan tinggalkan solat dan jangan tinggalkan Al-Quran.Sentiasa bersama Allah. Fifi fahamkan maksud ibu?” Fifi mengangguk lagi.Air matanya sudah membanjiri pipinya.

“Ibu harap,Fifi tak lupakan ayah dan ibu..Selalulah jenguk kami ya.Ayah dan ibu nak yang terbaik saja buat kamu berdua.Tak pernah ada orang tua yang tak sayangkan anaknya.Sentiasa pastika adik kamu dapat kasih sayang yang cukup biar pun bukan dari kami berdua.Ibu tahu yang Fifi kuat untuk buat semua ni.Ibu harap sangat yang Niaza dapat banggakan ayah dan ibu.Jadilah anak yang solehah dan sentiasalah berdo’a untuk kami berdua ya. Jangan biar adik kamu menangis dan jangan sekali-kali kamu menangis kerana insya-Allah ibu selamat. Ibu tunggu Fifi di syura nanti ya Assalamualaikum.”Saat itu jugalah Syamel tiba di hadapan pintu rumah dan terjelepuk jatuh ke lantai tanpa disambut sesiapa.

Fifi menyeka air matanya.Buat ke sekian kalinya Fifi mengalirkan air mata.Dia mengingatkan dirinya,

“Fifi..kau jangan nangis kau kena kuat untuk ibu kau,untuk ayah kau.Tak molek orang tengok kau nangis macam ni nanti.”Fifi menarik nafas dan menghembus tenang.Biarpun kesedihan membelenggu jiwanya namun digagahi juga untuk tersenyum dihadapan orang ramai tadi.Dia tahu seikhlas manapun dia tersenyum tapi reaksi mukanya tetap menggambarkan kesedihan dirinya.

Fifi menutup bukunya. Biarpun berasa kesal kerana tidak sempat menunjukkan diploma yang diperolehi,Fifi tetap bersyukur kerana sempat juga menghabiskan saat-saat terakhirnya bersama ibunya.

Kini,Fifi sudah punya kerjaya yang sebenarnya tak pernah diimpikan sebelumnya.Senang cerita Fifi tidak pernah mengimpikan yang dia bakal berjaya suatu hari nanti.

Namun,Fifi percaya yang segalanya terletak pada tangan-Nya dan Dia yang menetukan hidup yang terbaik buat dirinya.

“Cikgu Fifi,sekarang masa cikgu.”Fifi menoleh kearah anak muridnya.

“Baiklah,awak bawa buku tulis tu ya?Saya dah siap tanda dah yang tu.”Fifi menunjukkan buku-buku yang tersusun rapi di bawah mejanya.Tangannya mengelap sisa air mata yang tertinggal di pipinya.

“Cikgu,saya pergi ke kelas dulu ya.”Fifi mengangguk. ‘Benar kata ibu air mata itu jernih,sejernih hati yang sudah lega setelah diluahkan melalui air mata.’Fifi bermonolog sendiri lalu dia terus melangkah keluar dari bilik guru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience