BAB 2

Family Completed 1494

“dia tulis, ke..ma..sukkan..ke..uni..ver..siti..ma..la..ya.. Faham?” Syamel menggeleng. Fifi Leah mengigit bibirnya.

“Nanti Syamel fahamlah tu. Sekarang tak faham, esok ke, lusa ke, mesti Syamel faham, okey?” Syamel tersenyum lebar.

“Lusa tu..bila Syamel masuk sekolah?” Tanya Syamel. Fifi Leah h mengangguk.

“Hah,betul lah tu.”Syamel tersenyum senang lalu keluar dari bilik kakaknya, Fifi Leah.

Fifi Leah tertunduk.. Hatinya tiba-tiba sebak. Satu keluhan berat diluahkan, melepaskan rasa sayu dihatinya.

“Kenapa cakap macam tu dekat adik? Kesian dia,ibu tak boleh janji dengan dia yang ibu boleh sekolahkan dia.” Kelibat Puan Hamsiah yang masuk ke ruang biliknya menyebabkan Fifi Leah tersenyum hambar.

“Fifi,kesian tengok dia ibu. Dahlah tak ke sekolah tadika, sekolah rendah pun tak tahu boleh masuk ke tak." Bahunya disentuh lembut oleh ibunya.

“Insya-Allah adik kamu tu akan ke sekolah. Rezeki tu kan, Allah yang bagi.” Fifi Leah mengangguk lemah.

“Ni lagi satu, Ibu nak kamu pergi juga minggu hadapan. Pergi daftar di universiti tu,ya?” Fifi Leah kelihatan terkejut mendengar kata-kata ibunya.

“Ibu..Fifi tak mahu. Nak ke sana naik apa? Duit mana nak guna? Siapa nak tolong ibu?” bertubi-tubi soalan yang Fifi ajukan kepada ibunya. Puan Hamsiah tersenyum.

“Ibu dah bincang dengan Pak Long kamu semalam. Dia kata dia setuju nak tolong kamu. Jadi,ibu dah fikir masak-masak yang ibu tetap nak kamu pergi ke universiti tu. Boleh ya, nak?” Puan Hamsiah berkata separuh merayu.

“Tengoklah macam mana nanti” Fifi semakin buntu. Rasa bersalah yang menggunung melebihi keinginannya untuk ke universiti.Kertas itu dilihat kembali. Hari ahad jam 9 pagi. ’Perlukah aku pergi kesan? Bandar orang itu, bagaimana rupanya?’. Setiap soalannya bertemu dengan titik buntu. Tiada satu pun yang membantu. Kakinya melangkah keluar dari bilik sambil fikirannya menerawang keluar dari zon waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience