Muka Surat Enam

Drama Completed 2483

Lara mengambil angin di taman dalam kawasan hospital. Kamiya sibuk meneman Ain pulang sehingga ke parking lot. Lara hanya membiarkan pasangan itu berdua sendiri. Dia tidak mahu kacau. Cukuplah Kamiya banyak menghabiskan masa dengannya.

Lara mendekati bangku yang membelakanginya. Susuk tubuh seseorang yang dikenali sedang duduk sendirian termenung. Dia mencari kekuatan untuk menegur lelaki tersebut. Sejak pertemuan semula beberapa hari yang lalu, Lara kerap melihat lelaki itu duduk di bangku seorang diri. Seperti menanti seseorang.

“ Assalamualaikum.” Lara menjenguk lelaki itu dari sisi tepi sambil tersenyum dari belakang.

Mikael terdorong ke tepi apabila diterjah dari belakang. Mukanya jelas nampak terkejut. Dia mengurut dadanya. Lara hanya ketawa melihat reaksi Mikael. Masih kacak seperti dahulu. Bezanya, sekarang dia memakai kaca mata.

Mikael menjawab salam perlahan. Dia tersenyum, kelakar dengan reaksi sendiri yang tak semena - mena terkejut apabila seseorang menyergahnya dari belakang.

“ Hobi awak memang suka termenung sendiri eh dekat sini?” soal Lara dengan nada bergurau.

“ Boleh dikatakan macam tulah. Awak duduklah. Nanti lama sangat awak berdiri, takut awak sakit ke apa.”

“ Saya okey jelah. Boleh naik turun tangga lagi.”

“ Duduk jelah.” arah Mikael, tegas.

“ Ya, saya duduk.” suka mengarah macam dulu. Detik hati Lara. Lara melabuhkan punggung di sebelah Mikael.

“ So perkembangan awak macam mana sekarang?”

“ Perkembangan apa?” Lara membuat muka bingung.

“ Kesihatan awak. Makin baik ke, sihat ke?”

“ Macam tu jelah. Maybe sampai saya meninggal dunia pun dekat hospital jugak.”

“ Awak sorok something kan sebenarnya? Awak tak beritahu Arissa perkara sebenar tentang kesihatan awak?”

“ Penting ke kesihatan saya ni pada awak?” Lara memerli.

“ Kebaikan awak jugak. Kalau awak tipu sekalipun, tak kemana pun. Benda tu akan makan diri awak sendiri. Jangan tanggung sendiri, masih ada lagi orang lain sayangkan awak. Awak bukannya seorang diri.”

“ Takkanlah semua benda saya nak cerita dengan orang. Biarlah saya tanggung benda ni seorang diri. Saya tak nak menyusahkan orang lain. Sekurang - kurangnya saya tak membebankan orang lain fikirkan tentang saya. Banyak lagi benda nak fikir selain daripada pasal saya.”

“ Saya datang bukan nak gaduh dengan awak.”

“ Then?”

“ Saya datang nak minta maaf.” ujar Mikael, memandang tepat ke dalam mata Lara. Pandangan Mikael membuat Lara semakin tidak selesa.

“ Sebab? Saya rasa awak tak buat apa salah sampai awak kena minta maaf dengan saya.”

“ Saya tahu saya salah. Apa yang saya cakap dekat awak dulu buat hati awak sakit sampai sekarang.”

“ Saya sikit pun tak terasa dengan apa yang awak cakap dulu. Ya, mungkin waktu tu sebab masih muda, jiwa muda. Awak nak berseronok. Macam saya jugak, nak ada pasangan macam orang lain. Saya dah lupakan, awak pun patut lupakanlah. Perkara dah lepas. Move on jelah, Mikael. Saya tak simpan dendam pun pada awak.”

“ Tapi disebabkan perkara yang lepas tu jugaklah menghantui diri saya sampai sekarang.”

“ Sekarang awak still lagi dengan perempuan tu?” Lara masih lagi mengungkit. Mikael menghela nafas panjang.

“ Dengar. Saya kena perangkap kawan saya masa tu. Ya, dulu saya memang budak jahat. Gangster, samseng. Tapi saya fikir balik. Takkan selamanya saya akan jadi begitu. Saya dah berubah. Cuma saya salah pilih kawan."

" Sudahlah Mi. Benda dah berlaku. Saya malas nak ingat."

" Boleh tak awak bagi saya peluang untuk saya tebus kesalahan saya?” rayu Mikael. Dia masih lagi mencuba.

Lara bangun, mahu menuju semula ke wadnya. “ Maaf Mikael.” balas Lara dalam nada tegas.

Mikael segera menghalang Lara dari pergi. Lara terkejut apabila Mikael tiba - tiba berada di hadapannya.

“ Saya tak boleh hidup tanpa awak, Lara. Saya masih sayangkan awak--”

Lara pantas mencelah.“ Dan saya boleh hidup tanpa awak. Itu kenyataan yang awak patut terima dan sedar.”

10 tahun lalu...

Lara bergegas ke tempat yang diberitahu oleh seseorang yang tidak diketahui namanya. Apabila Lara sampai di hadapan sebuah rumah di sebuah flat, dia memutar tombol pintu. Tidak berkunci.

Jantung Lara semakin berdebar. Berkali - kali dia menelan air liurnya. Dengan penuh berhati - hati dia masuk ke dalam rumah itu.

Beberapa orang bergelimpangan baring di atas lantai dalam rumah itu. Bau alkohol dan asap menusuk ke dalam hidung Lara.

Lara semakin tidak keruan. Dia mencari seseorang di ruang tamu itu, tiada. Dia berlalu pula ke bilik yang pintunya sedikit terbuka.

Waktu Lara seakan terhenti. Kata - kata orang lain tentang Mikael langsung tidak masuk ke dalam kepalanya. Mikael kaki perempuan, Mikael kaki botol, kaki dadah. Lara tidak ambil pusing tentang khabar angin selain melihat sendiri. Dan buktinya sudah jelas di hadapan matanya.

Selimut itu tiba - tiba bergerak. Lara terundur, kaget. Dia kaku di hadapan pintu bilik itu. Mikael lena tidur di atas katil bersama seorang perempuan yang separuh telanjang, di bawah selimut yang sama. Hanya memakai bra dan seluar dalam.

Mikael terbangun dari lenanya, kepalanya masih terasa pening dek terlampau banyak menelan ketum. Dia mengesat matanya yang terpandang kepada seseorang.

Lama - kelamaan pandangannya semakin jelas. Lara kaku di tempat dia berdiri, lama dia menatap wajah Mikael tanpa perasaan.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience