Muka Surat Tiga

Drama Completed 2483

"Jomlah, Lara mesti happy dapat jumpa kau semula.” Pujuk Arissa apabila Mikael menolak pelawaannya.

“ I don’t think so. Aku tak ready nak jumpa dia lagi. Dia.. sakit apa?” Mikael teragak – agak mahu melawat Lara semula apabila insiden lama mula berputar dalam fikirannya.

“ Tak sihat katanya. Workaholic person dia tu. Tak ready apa pulak kau ni. Lara tu pemaaf.”

Mikael menggeleng. “ Sorry, but aku kena gerak pergi tempat lain. Jumpa kau kat office esok!”

“ Kau nak pegi mana tekan tingkat atas sekali?” soal Talha apabila melihat Mikael menekan butang nombor yang paling atas.

“ Rooftop. Nak ambil angin jap.” Balas Mikael. Arissa dan Talha keluar dari lif.

Riak wajah Arissa terpamer rasa kaget. “ Ada eh? Bestnya, ingatkan tak ada. Hm, yalah. Kitorang pergi dulu. Kau tak nak kirim apa - apa dekat dia?”

Mikael menjungkit keningnya. “ Kirim? Tak ada kot. Aku cao dulu.”

Pintu lif tertutup setelah Mikael menekan butang. Tiba di tingkat kedua paling atas, dia keluar. Dia mendaki tangga pula menuju ke atas bumbung tempat menyidai cadar dan pakaian. Mikael berjalan pula ke sudut hujung rooftop.

Telinga menangkap suara seseorang batuk. Dia menoleh ke sekeliling. Siapa lagi yang ada dekat sini? Bisiknya. Timbul perasaan ingin tahu dalam diri Mikael. Dia mula berjalan - jalan ke sekeliling, menoleh di sekitarnya.

Tiba di belakang bahagian pintu masuk, dia ternampak seseorang sedang duduk memeluk lutut, leka memerhati langit biru.

Rambut panjangnya mula timbul halus - halus putih, wajahnya yang semakin cengkung, badan yang semakin susut dan kurus mengecil.

Namun, senyuman masih terukir di bibir wanita itu. Mikael terpempan. Tangannya yang diseluk di dalam poket sweaternya dikeluarnya tanpa dia sedar.

Lara menoleh di sebelah kirinya apabila terasa kehadiran seseorang. Dia fikirkan orang itu abangnya.

“ Abang ni, risau sangat sampai…” Lara terkedu. Ayatnya terhenti apabila matanya berpandangan dengan seseorang yang dia pada mulanya tidak dikenali.

Dia terbangun lalu menjauhkan sedikit jarak antara mereka berdua. “ Sorry, saya ingatkan abang saya.”

“ La.. Lara?” Mikael terus cam wajah Lara walaupun hanya dari sudut tepi. Dari dulu dia mengenali Lara, dia gemar duduk dalam keadaan memeluk lutut jika berseorangan. Kenangan lampau mula menghantui dirinya. Sehingga sekarang dia tidak memaafkan dirinya.

“ Saya kenal awak ke… nanti… awak... “

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience