Muka Surat Sepuluh

Drama Completed 2483

“ Korang berdua ni kan..” Kamiya menepuk dahinya. Mikael tersengih – sengih sambil menggosok lehernya dengan perasaan serba salah. Tak pasal – pasal dia tersadai di atas katil hospital.

“ Maaf bang.” Sekali lagi Mikael memohon maaf.
Lara yang berada di sebelah katil Mikael menundukkan sedikit kepalanya pada Kamiya.

Tidak berani dia hendak bertentang mata dengan abangnya yang sudah membara. “ Salah adik sebab adik nak sangat cuba berdiri sendiri tanpa bantuan Mika.”

“ Awak tu baru seminggu buat fisio. Allahu, bertuahnya lah kamu ni. Tak pasal – pasal Mi yang kena. Nasib baik tak ada apa yang patah.”
Mereka suami isteri hanya tersengih.

.......

“ Lara, nak try pangku baby?” Hazlin menjungkit kening apabila sedari tadi Lara merenung lama anaknya yang berumur sebulan tiga hari.

Lara tersentak. Tidak sangka kakak iparnya sedar akan pandangannya. “ Tak.. tak apalah. Tangan saya tak kuat nak pangku.”

“ Alah, taulah ibu nak tolong kamu.”

“ Saya tak berani, ibu. Takut nanti jadi apa – apa.”

“ Kalau macam tu, ibu merajuklah.”

Lara terpinga – pinga. Hazlin hanya tergelak kecil melihat muka rajuk ibunya yang seperti kebudak – budakkan.

“ Ibu ni, main paksa – paksa pulak. Kesian Lara.”

Mikael datang sambil menatang sedulang air minuman lalu diletakkan bersebelahan ibu. Sesampai sahaja di rumah kakaknya, ibunya terus menyuruhnya menjadi bibik sementara waktu.

Lara menggeleng. “ Tak apalah, awak. Saya try pangku baby ya, ibu tolong.”

Mikael hanya membiarkan saja Lara berbuat demikian walaupun dalam hatinya sedikit gundah. Risau juga apa – apa berlaku, kalau tiba – tiba Lara sakit macam mana? Apa nak dijawab dengan Kamiya nanti?

Cukuplah dua hari lepas dia habis dileteri abang iparnya hampir satu hari. Dia kembali menuju ke dapur.

Muka Mak Shida kembali ceria. Dia kemudian membantu Lara memangku anak Hazlin, lalu diletak dalam pangkuannya.

Lara mengusap pipi bayi itu dengan penuh kasih. Matanya tiba – tiba bergenang dengan air. Dadanya terasa sebak.

Mak Shida yang perasan akan esakan Lara menjadi resah. “ Kenapa, Lara? Kamu sakit ke? Maafkan, ibu.”

“ Tak, bukan. Lara serba salah pada ibu, pada Mi. Lara tak dapat bagi zuriat pada dia, ibu, sebab keadaan Lara sekarang. Lara tak mampu nak bagi cucu pada ibu.”

Mak Shida lantas menggenggam kejap tangan Lara. Dia mengesat air mata Lara yang semakin laju mengalir di pipi.

“ Ibu tak kisah, Lara. Janji Lara bahagia dengan Mi walaupun tanpa zuriat. Ibu bahagia sangat bila Mikael dah berubah jadi lebih baik dari dulu, lagi – lagi bila kahwin dengan Lara. Ibu gembira sangat.

Tak ada apa yang boleh membahagiakan Mi selain kamu, Lara. Hidup kamu adalah segalanya bagi dia.”

“ Orang kata anak penyambung kasih antara suami isteri.”

“ Tapi, kalau tanpa isterinya, tak akan lengkap juga. Dah dah, jangan menangis lagi. Kamu datang sini sebab nak tengok baby je kan? Bukan sedih – sedih. Kan dah tak cantik menantu ibu ni.”

Lara terharu dengan kata – kata ibu mertuanya. Bersyukur dia mempunyai ibu mertua yang memahami dan menerima keadaan dirinya yang tidak sesempurna seperti orang lain.

Mikael yang terdengar perbualan mereka berdua turut terasa sebak. Air matanya tidak berhenti mengalir. Hazlin tersenyum melihat keakraban adik ipar dan ibunya.

Lara tiba – tiba terasa sakit pada bahagian kepalanya. Tangannya lantas memegang kepalanya yang kuat berdenyut. “ Ibu...” rintihnya dalam kesakitan. Ibu segera mengambil bayi yang dipangku Lara.

Hazlin memegang bahu Lara apabila Lara memegang kepalanya seperti dalam kesakitan. “ Lara, kenapa ni?”

Suasana menjadi haru apabila Lara tiba – tiba rebah.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience