Muka Surat Tigabelas (Akhir)

Drama Completed 2483

Setahun berlalu…

Laut yang kebiruan disebabkan pantulan daripada langit mengindahkan suasana Pulau Indah. Kakinya melangkah di atas jambatan merentasi laut itu dengan penuh berhati - hati. Dia begitu mengamati suasana yang tenang lagi mendamaikan hatinya.

Hampir genap setahun Lara pergi meninggalkannya buat selama - lamanya. Sampai saat ini dia terasa ralat. Mikael tidak sempat melaksanakan hasrat terakhir Lara untuk bercuti di pulau ini.

Mikael langsung tak terlintas selama ini kenapa Lara ingin pergi ke pulau ini. Tidak pula terniat dia hendak bertanya pada masa itu.

Dia kemudian tiba di pantai. Berjalan di kaki air laut. Menikmati bunyi deruan ombak memukul pantai dan angin. Lama dia memerhati pasir pada kakinya. Seperti ada sesuatu yang dia terlupa. Sesuatu yang dia tak patut lupakan. Apa sebenarnya yang dia lupa?

Dia memandang pula pada tebing tinggi di hadapannya. Seakan seperti ada seseorang berada di atasnya. Seseorang yang amat dikenalinya. Mikael segera berlari menuju ke tebing tinggi itu. Naik mengah dibuatnya.
Akhirnya dia berada di atas tebing. Nafasnya tercungap - cungap. Dia mendekati seseorang itu dengan langkah perlahan. Dadanya semakin berdebar. Matanya tidak berkelip memerhati belakang wanita itu. Angin pantai mengerbangkan rambut si wanita.

“ La.. Lara?” Mikael memanggil namanya. Hampir setahun dia tidak menyebut nama itu.

Seseorang yang dipanggil Lara menoleh. Dia memandang tepat pada mata Mikael. Mikael tergamam. Mimpikah dia pada saat itu?

Lara tersenyum. Semakin lama badan Lara semakin hilang. Mikael berlari ke arah hujung tebing itu. Air matanya terus merebes mengalir di pipi. Dadanya semakin sesak. Rindunya kembali bertandang.

Baru dia faham. Kenapa Lara mahu pergi ke pulau ini. Kenapa Lara tiba - tiba berada di tebing ini. Mikael semakin kuat mengerang. Sakitnya dada tak dapat dia hendak gambarkan.

12 tahun lepas..

“ Oi.”

Lara terkejut. Dia berpaling ke belakang. Seseorang yang tidak dikenalinya tiba - tiba menegur dari belakang. “ Jangan dekat dengan aku! Jangan halang aku terjun!”

“ Siapa kata aku nak halang kau dari terjun?”

Lara terdiam. Tiba - tiba dia terasa geram dengan lelaki yang berada di hadapannya. Hilang terus niatnya ingin terjun dari situ.

“ Pergilah kau! Apa motif kau sebenarnya?”

“ Kau nak terjun, terjun tempat sorok sikit. Fikirlah orang yang nampak kau terjun tu, kalau dia trauma macam mana? Besar sangat ke masalah kau sampai kau nak bunuh diri.”

“ Kau siapa nak bagitahu aku semua ni?”

“ Okey, okey. Aku orang luar, tak patut tahu masalah kau. Sekurang - kurangnya, fikirlah orang yang sayangkan kau. Apa kau rasa kalau orang yang kau sayang buat macam apa yang kau buat sekarang?”

“ Kau tak lalui apa yang aku rasa. Semua orang tinggalkan aku. Semua orang tak pedulikan aku dengan abang aku. ”

“ Tuhan kau?”

Lara tercengang. “ Eh?”

Lelaki itu menggaru kepalanya. Terasa segan pula tiba - tiba. “ Kalau Tuhan tak sayangkan kau, dia takkan uji kau. Abang kau macam mana? Kau ada terfikir tak, kalau kau bunuh diri, apa akan jadi pada abang kau nanti?"

Lara terus terdiam. Kata - kata lelaki di hadapannya sedikit sebanyak masuk ke dalam hatinya. Wajah abangnya terus melakar dalam kepala. Air matanya mula bergenang.

“ Abang… adik minta maaf. Adik lupakan abang...”

“ Kau umur berapa? Macam budak sekolah rendah.”

“ Aku form 2 lah!”

“ Pergilah balik, minta maaf dekat abang kau. Dik, kau baru 14 tahun. Hidup masih panjang. Kau buatlah apa yang kau nak buat dalam hidup kau.” Dia sudah mengatur langkah untuk pergi dari situ.

“ Nanti!” Lara sempat menarik lengan lelaki itu. Lelaki itu berpaling semula pada Lara.

“ Apa?”

“ Terima kasih.” Lara malu - malu untuk mengucapkan perkataan itu. Walaupun perlahan namun masih terdengar di gegendang telinga lelaki itu.

“ Kan aku dah cakap, aku bukannya nak halang kau terjun.”

Lara menatap wajah lelaki di hadapannya sambil tersenyum.“ Terima kasih selamatkan saya!”

Mikael terpaku melihat senyuman gadis itu. Cepat - cepat dia menyedarkan diri dia.

Mulai saat itu, Lara tekad untuk mencari lelaki yang pernah menyelamatkannya dari bunuh diri. Setahun kemudian, dia berjumpa semula dan rupanya lelaki itu seniornya di sekolah.
-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience