Muka Surat Sembilan

Drama Completed 2483

Hampir semua mata memerhati pada seseorang yang berkerusi roda di sebelah pengantin perempuan sambil mengipas pengantin itu.

“ Kau memang betul – betul buat aku jadi pengapit kau even dalam keadaan aku macam ni sekalipun.” Lara membuat riak tidak puas hati, namun tangan masih lagi mengipas Arissa.

“ No offend for you.” Arissa tertawa kecil melihat muka cemberut Lara yang mengetap bibirnya. Lara berdecit.

“ Lagipun, bila lagi kau akan berada di sebelah aku kalau bukan masa ni?” ujar Arissa perlahan. Telinga Lara menangkap butir bicara yang keluar dari bibir Arissa. Mata Arissa mula berair. Lara tersenyum simpul. Dia segera menghulurkan tisu kepada Arissa.

“ Dahlah. Time hari kau bersandinglah kau sibuk nak sendu. Semalam lepas aku bagitahu, tak nak pulak sendu – sendu. Buruk weh muka kau menangis. Nanti mekap kau habis cair meleleh dekat muka macam toyol.”

“ Kurang ajar perempuan ni.” Arissa membaling tisu yang dipegangnya kepada Lara.

“ Oit, kau orang berdua. Cover sikit perangai beruk tu. Malu orang tengok.” Talha tiba – tiba menyampuk dari sebelah. Serentak Arissa dan Lara memandangnya.

“ Kejap, you panggil I beruk ke?” Arissa menjeling pada Talha. Talha segera mengalih matanya ke arah lain.

Mikael yang tidak jauh dari pelamin hanya ketawa kecil. Tersentuh hatinya melihat Lara dan Arissa saling tersenyum sesama sendiri. Ya Allah, semoga kau panjangkanlah kebahagiaan kepada Lara dan orang yang disayangi dan menyayanginya. Doa Mikael dalam diam.

......

Lara mengambil angin di kawasan taman untuk beristirahat untuk pesakit dan orang luar. Dia mengerling sekeliling. Lama pula abangnya menjemput Ain pulang dari kerja.

Lara tidak ambil hati pun. Dia sudah biasa. Kalau dia sudah tiada nanti, abangnya tidak berkejar – kejar. Mahu menjaga dia lagi, mahu keluar dating dengan Kak Ain lagi. Lara menghela nafas panjang.

“ Panjangnya mengeluh.”

“ Wahh!” spontan Lara terjerit kecil, menarik perhatian orang yang berada di sekelilingnya. Lara menjeling tajam pada Mikael yang sedang menahan ketawanya dari tersembur.

“ Sorry.” Ucapnya.

“ Apa sorry – sorry? Salam mana?” Lara menjeling.

“ Waalaikumsalam.” Ucap Mikael.

Lara mempamer riak pelik pada Mikael. “ Oit, saya yang patut jawab.”

“ Jawab salam wajib. Bagi salam sunat.” Mikael cuba membuat jenaka untuk menghiburkan Lara. Nampaknya Lara mengambil serius lawak Mikael.
Lara mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. “ Hello? Polis. Ada psiko datang ganggu saya.”

“ Saya gurau ajelah. Janganlah serius sangat!”

“ Tau takut.” Mikael tajam merenung pada Lara. Lara menyimpan semula telefonnya ke dalam poket sweater. Dalam Lara tak sedar, Mikael mengeluarkan sejambak bunga blue Iris dari belakangnya lalu dihulurkan kepada Lara. Lara terpempan.

“ Bunga lagi? Kali ni apa pulak maksudnya?” soal Lara, ingin tahu maksud apa yang hendak disampaikan oleh Mikael melalui sejambak bunga yang diberinya.

Mikael mula berdebar. Matanya terliar ke sekeliling, tidak mahu bertembung dengan mata Lara. “ Entahlah. Saya rembat je mana – mana bunga dekat office saya tu.”

Lara membuat mulut muncung. “ Awak bagi saya buat apa? Awak bagilah dekat girlfriend awak.”

“ Awaklah girlfriend saya.” selamba Mikael menjawab soalan Lara.

Lara sekali lagi mengeluarkan telefonnya. Mikael berjaya menahan Lara daripada mendail. Dia membuat riak muka serius. “ Saya betul – betul maksudkannya, Lara.”

Mereka berdua bertentangan mata sejenak. Hati Lara mula terasa gundah. Mikael melutut di hadapan Lara sambil mengeluarkan sesuatu dari poket jaket yang dipakainya. Lara semakin tidak keruan. Mikael membuka sebuah kotak cincin dan dihalakan kepada Lara.

“ Lara, saya sedar lepas apa yang dah berlaku, apa yang terjadi sebelum ni betul – betul buka mata hati saya. Kali ni, saya tak nak lepaskan apa yang ada depan mata saya. Saya dah cakap dengan abang awak. Dia kata saya kena tanya awak sebab ni libatkan masa depan awak. Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan abang awak juga.”

Mikael memberi isyarat mata pada Lara, menyuruhnya menoleh ke belakang. Lara memahami isyarat yang diberi segera menoleh. Kamiya melambai padanya, ditemani oleh Ain dan Arissa serta Talha.

“ Dan kalau boleh, saya nak ada dengan awak setiap masa. Saya nak awak ceria, happy selalu. Selagi awak ada, saya janji saya akan sentiasa di samping awak. Bersaksikan abang awak, Arissa dan Talha, sudi tak awak terima cincin ni dan jadi suri di hati saya?”

“ Saya kira jahat tak kalau tolak lamaran awak?”

“ TERIMA JELAH, LARA! TAK PAYAH JUAL MAHAL SANGAT! ” jerit Arissa dari jauh. Terbuntang mata Lara mengerling pada Arissa yang tiba – tiba bersuara dari arah belakangnya.

“ KAU DIAMLAH, RISSA! AKU NAK TERIMALAH NI! ” Lara membalas sambil menjerit. Dia tersedar akan kata – katanya termalu sendiri. Mikael terus terbangun dalam kegembiraan. Dia menunjuk tanda bagus pada Kamiya sambil tersengih.

Dua minggu berlalu...

Mikael menghulurkan sebotol air mineral kepada Lara yang sedang duduk di kerusi rodanya dalam keadaan letih selesai menjalani sesi fisioterapi di wad pemulihan.

“ Awak janganlah paksa diri awak. Takutlah saya.” Mikael melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan di wad pemulihan.

“ Tak payah risaulah. Awak tengokkan tadi, saya dah boleh berdiri sekejap. Tak lama lagi saya boleh berjalan semula.” Ujar Lara dengan nada sedikit ceria. Mikael mengerling pada Lara dengan pandangan penuh kasih.

“ Lara. Awak isteri saya, saya kenalah jaga awak baik – baik. Abang awak dah pesan dah pada saya, jangan paksa diri awak kalau awak tak larat.” Tegur Mikael.

“ Abang tu overprotective sangatlah. Biarkanlah dia. Tengok ni, hah! Kan saya boleh—“ Lara hilang keseimbangannya apabila dia cuba hendak bangun dari kerusi rodanya. Mikael lebih pantas dari Lara, segera menahan bahu Lara dan memeluknya.

Dua – dua hilang keseimbangan dan terjatuh di atas lantai kayu. Badan Mikael jatuh dahulu sebelum Lara menghempapnya.

Kedebuk bunyinya, membuatkan semua mata yang ada di dalam wad pemulihan memandang mereka berdua. Seorang jururawat dan pelatih segera mendapatkan mereka berdua.

“ Encik Mikael, Puan Lara okey?” cemas jururawat wanita itu apabila melihat mereka berdua tersembam di atas lantai.

“ Tak apa, kami okey. Maaf sebab mengganggu.” Mikael segera meminta maaf.

“ Maaf, cik. Saya cuba nak berdiri je. Nasib baik abang sempat sambut.” Ujar Lara pula.

“ Puan..” pelatih perempuan yang berada di sebelah jururawat tadi mengangkat Lara.
Mikael cuba untuk bangun, tiba – tiba belakangnya terasa perit yang amat. “ Cik, saya rasa saya dengar bunyi tulang patah tadi.”

Mata Lara membulat memandang Mikael dengan pandangan tidak percaya. “ Eh?”

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience