Muka Surat Satu

Drama Completed 2483

Hanya pandangan sayu yang mampu terlayar pada wajah Kamiya. Dia tersandar pada kerusi. Kata - kata Doktor Yusri sebentar tadi betul - betul meranapkan perasaannya. Dia memegang dadanya kejap. Rasa tidak percaya, sakit, keliru, bingung, semuanya ada.

“ Saya betul - betul minta maaf. Saya dah lakukan yang terbaik. Harap Encik bersabar. Semua ada hikmah di sebaliknya.”

“ Terima kasih doktor.”

Kamiya menyalami doktor lalu berjalan menuju keluar dari pintu bilik. Sebaik pintu bilik doktor ditutup, air matanya mengalir deras menitis dari pipinya yang cengkung.

“ Lara…”
........

Lara kembali baring di atas katilnya. Matanya merenung kejap pada syiling bilik wad. Tangannya didepa kiri dan kanan. Hatinya terasa kosong. Dia sudah lali. Penat. Letih dengan segala perkara yang dialaminya selama ini.

Lagi - lagi setelah melihat abangnya mengalir air mata dalam diam. Dia terasa sakit. Dia tahu abangnya tidak akan menunjuk rasa sedih atau kecewa di hadapannya kerana dia satu - satunya keluarga yang ada. Ibu dan ayahnya meninggal akibat kemalangan ketika abangnya baru habis pengajian di universiti. Hanya Kamiya tempat Lara bergantung. Sudah hampir lima 12 tahun berlalu.

Pintu bilik wad dibuka. Lara menoleh. Kamiya masuk sambil tersenyum, menunjuk satu plastik berisi makanan padanya. Nampak sedikit kesan lebam di bawah mata Kamiya. Lara hanya membisu, melontar senyuman pada Kamiya.

“ Apa itu?” Lara bangun, duduk bersila di atas katil.

“ Spanar.”

“ Hah, telanlah spanar tu. Orang nak makanan.”

“ Spagetti lah. Abang gurau sikit, tu pun nak serius.”

“ Mana ada serius. Spagetti??? Sedapnya…” kecur air liur Lara. Kamiya membuka bungkusan plastik dan duduk di hujung katil Lara.

“ Meh abang suap.” Tangannya sudah hendak menyuap ke mulut Lara. Lara segera mengelak.

“ Heh, abang ni! Orang dah besar. Tak nak ah suap - suap.”

“ Aloo, tapi still adik abang. Meh la…” Kamiya membuat muka simpati.

“ Tak nak!” Lara mengelak daripada disuap. Tak mengaku aku ada abang clingy macam ni! Bisik Lara.
........

“ Lara!” Arissa segera menghampiri Lara sambil mendepakan tangannya hendak mendakap Lara.

“ Arissa! ”Mereka berdua berpelukan sesama sendiri, meluahkan rasa rindu melalui dakapan.

“ Lama tak jumpa kau. Contact - contact je dua hari lepas, abang kau cakap kau ada kat hospital. Tu yang cepat - cepat ambik cuti, nak jumpa kau. Risau aku.. Kau sakit apa ni sampai masuk hospital?” Arissa melepaskan pelukan. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang berada di sebelah katil Lara.

Lara yang sedari tadi asyik tersenyum terus terpadam. Lidahnya kelu. Dia dalam dilema. Perlu ke dia berterus - terang? Abangnya mungkin belum beritahu apa - apa pada Arissa, detik hatinya.

“ Tak teruk pun. Aku just tak sihat, pening - pening. Biasalah, workaholic.” Bohong Lara.

“ Kau kalau kerja, memang tak sedar langsung. Makan tidur semua kau skip.”

Lara mendekatkan wajahnya pada Arissa. Dia berbisik di telinga sahabatnya itu. “ Siapa tu?”

Arissa menoleh ke belakangnya. Baru dia tersedar dia datang dengan seseorang. “ Oh, lupa! Aku kenalkan. My future husband, Talha. Ni, Lara. My bestie, soulmate dari sekolah I.”

“ Amboi, soulmate katanya. Sejak bila pulak korang date ni? Kau dalam diam en, Ris! ”

Arissa hanya tersengih lebar.“ Baru dua bulan. Nantilah aku gosip dengan kau. Dia ada ni, susah sikit nak mengumpat.”

Talha merapati kerusi Arissa. “ Oh, memang dah rancang nak ngumpat belakang I eh? Dia ni kan, Lara. Arissa ni sikit - sikit mention nama you, sikit - sikit nama Lara. Sampai geram sangat I cakap, you kahwin jelah dengan dia.”

Lara ketawa apabila mendengar cerita Talha. “ Minah ni memang. Samala dulu, waktu zaman sekolah dulu. Asyik - asyik mention crus--”

“ Hahhh, mana abang kau? Kerja ke?” segera Arissa memintas. Lara hanya tergelak melihat rona wajah Arissa mula berubah merah. Talha pula tercengang, Lara tidak sempat menghabiskan ayatnya.

“ Kerja la, mana lagi. Petang karang baru dia ada. Hah, bila sandingnya korang?”

“ Dua minggu dari sekarang! Harap kau cepat sembuhlah. Rindu nak lepak dengan kau. Lepas dah dapat kerja ni, susah betul nak ada masa sesama.”

“ Tau takpa. Insya Allah kalau diizinkan.” Lara hanya membalas pendek. Dia sendiri masih tidak ada kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar pada Arissa.

Bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience