Muka Surat Lapan

Drama Completed 2483

" Rissa! Bila sampai?” Lara sedaya upaya tersenyum walaupun jantungnya sudah berdegup kencang.

“ Itulah mengumpat lagi. Tak sedar bila aku sampai.”

“ Kau seorang aje ke? Talha mana?” soal Lara apabila kelibat tunang Arissa tiada bersamanya.

“ Dia ada hal kejap. Saja aku datang nak jenguk kau. Tak sihat – sihat lagi. Kau ni, Lara. Kalau ya pun, jenguk – jenguklah sikit kat luar ni. Ada tetamu lagi seorang tengah tunggu dekat luar.” Balas Arissa selamba

Lara sudah berkerut dahinya. “ Tetamu?”

“ Kau ni kan, dasar nenek kebayan! Tak pandai nak cover langsung!” suara seseorang menjawab dari luar wad. Arissa membuat riak wajah menyampah.

“ Bukannya orang lain, kawan kau jugak kan?” Arissa terus tidak mempedulikannya dan berjalan ke arah Lara. Sengaja dia menekan perkataan ‘kawan’ pada Mikael.

Mikael masuk ke dalam bilik wad dengan langkah terpaksa. Dia hanya menunduk apabila matanya bertaut dengan Lara. Mulut Lara seakan terkunci apabila terpandangkannya. “ Mikael?”

“ Nah.” Mikael menghulurkan sejambak bunga ros lavender kepada Lara. Lara terpegun. Lama dia merenung pada sejambak bunga ros lavender yang dipegang oleh Mikael. Teragak – agak dia hendak mengambilnya.

“ Uwahh, sejak bila ni Mikael, Lara? Kau orang berdua tak cakap pun dengan aku eh? Sampai hati.”

Mikael dan Lara tersentak. “ Mana ada!” serentak mereka berdua menjawab dengan wajah yang merona merah.

“ Bagi bunga je kot. Bukannya bagi cincin ke apa.” Mikael terasa segan apabila Arissa memandangnya dengan penuh tersirat.

“ Well, seriuslah kau tak tau apa pasal bunga yang kau nak bagi tu?” Arissa mempamer riak terkejut. Takkanlah Mikael tak tahu maksud bunga yang dia nak bagi pada Lara.

“ TAK!” suara Mikael tiba – tiba meninggi. Dia gelabah sejenak. Dia faham apa yang dikatakan Arissa, dia buat – buat tidak tahu apa.

“ Even kau kerja dekat company flower and gardening? Tipulah kau tak tau.” Arissa semakin kuat mengusik Mikael. Mikael menjegilkan matanya pada Arissa. Arissa tersenyum sinis.

Lara yang tidak dapat menangkap perbualan mereka berdua terpinga – pinga seketika. Kamiya hanya melihat kerenah mereka sambil menggeleng kepalanya.

“ Apa, apa ni? Kenapa dengan bunga?”

“ Sebenarnya Lara—“

Mikael segera memotong apabila Arissa hendak membuka mulut. “ Hah, Lara! Kakak saya dapat baby girl. Tapi tak tau lagi nama apa yang sesuai. Awak ada idea tak nak suggest nama untuk anak buah saya?”

“ Tiba...” ujar Lara dan Arissa serentak.

.........

“ Sorry sangat, Rissa. Aku bukan nak tipu kau tapi...” Lara memegang tangan Lara dengan penuh rasa bersalah. Arissa menghela nafas setelah mengetahui perkara sebenarnya.

Arissa membalas erat pegangan tangan Lara. “ Lara, aku kenal kau dah lama. Sejak sekolah lagi. Tak apalah. Aku maafkan kau. Tapi, kalau kau tak ada dekat majlis aku, tak lengkap Lara. Please. Aku merayu dekat kau. Aku sayangkan kau macam keluarga aku sendiri.”

Kamiya dan Mikael yang melihat mereka berdua turut terasa hiba. Kamiya sedaya upaya menahan air matanya daripada tumpah.

Dia tidak mahu menunjukkan kelemahan di hadapan Lara. Mikael hanya bersandar pada dinding di sebelah Kamiya.

Lara menunduk, dadanya mula terasa sebak. “ Aku malu, Rissa. Aku dah cacat. Aku tak boleh berjalan. Aku tak nak semua nampak aku macam ni. Tolonglah faham.”

“ Kau dah tak sayangkan aku ke, Lara? Takkan sebab ni kau berubah? Ini bukan Lara yang aku kenal. Lara aku ni seorang yang kuat, gila – gila, tak tau malu, kera sumbang, muka tembok—“

“ Tu puji ke mengutuk?” Lara tidak jadi sedih.

“ Dua – dua. Please, Lara. Demi aku. Kau ada aku, abang Kamiya and.. Mika.. el? Please... aku nak sangat kau tengok aku atas pelamin. Aku nak kau jadi pengapit aku.” Pujuk Arissa lagi. Tidak berhenti dia memujuk Lara.

Lara menarik nafas panjang. Tajam dia memandang Arissa. “ Macam mana aku nak jadi pengapit kalau aku naik kerusi roda, bangang?”

Semua tersentak. Arissa ketawa terdengar Lara tiba – tiba bercakap kasar. “ Yes, she’s back!”

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience