Muka Surat Tujuh

Drama Completed 2483

Mikael lantas terbangun dari katil. Dia sendiri tidak mengagak Lara akan berada di situ. Dia kehilangan kata - kata. “ Lara.. saya boleh jelaskan.”

Lara terus keluar berlari dari rumah. Mikael cepat - cepat menyarungkan baju dan seluar jeansnya. Dia mengejar Lara dari belakang. Lara semakin jauh meninggalkannya.

“ Lara!”

“ Dengar sini, Mikael. Hati aku dah mati untuk kau! Aku ingat selama ni aku boleh bersabar. Macam - macam cerita pasal kau. Aku buat tak tahu je. Aku fikir positif. Yalah, kau sendiri kata nak berubah jadi baiklah, tak nak jadi macam dulu. Tapi, sebab orang ramai desak aku. Aku terpaksalah cari jugak kepastian.

Dan, inilah jadinya mengikut hati sendiri. Dah, lepasni jangan jumpa aku, jangan cari aku! Kau buat - buatlah tak kenal aku bila dekat sekolah. Nasib baik kau tahun terakhir dekat sekolah. Tahun depan tak payah lagi bertembung dengan lelaki penipu, penyangak tak guna macam kau! Dasar jantan dua muka!”

“ Dah, puas?! Kau pun sama bodoh, sukakan aku. Padanlah muka kau! Baguslah kalau kau cakap macam tu. Tak payahlah aku berpura - pura terhegeh dengan kau lepas ni. Kau ingat aku suka sangat dengan kau? Nerd, ulat buku! Bukan taste aku lah!”

Lara menampar muka Mikael dengan sekuat hatinya. Mikael terdiam seribu bahasa. Dia tersedar dia sudah terlepas kata - kata yang menyakitkan hati Lara.

Langsung tidak terlintas pun dia hendak berkata kasar dengan Lara. Tapi disebabkan egonya sendiri, dia terlepas. Pengaruh kawan - kawannya membuatkan dia terbuai dengan mimpinya.

“ Sampai mati aku takkan maafkan kau.” Lara beredar dengan hati yang duka. Setitik air mata pun tidak mengalir dari kelopak matanya disebabkan sakitnya di hati yang terlampau mendalam. Siapa tidak terluka?

Mikael menyesal sendiri. Dia meraut kasar rambutnya.

.............

Masa sekarang.

Lorong wad hospital itu sungguh sunyi pada sebelah malam. Lara dengan perasaan beraninya melalui lorong tersebut untuk menuju ke tempat ruangan menonton tv di tingkat yang sama dengan wadnya. Tipulah kalau dia tak takut.

Abangnya keluar, jumpa kawan katanya.
Jarum jam sudah hampir menunjukkan angka 12 malam. Lara langsung tidak dapat melelapkan matanya sejak lepas makan ubat tadi. Dia buat keputusan untuk menonton tv.

Hanya dia seorang aje yang terjaga pada ketika tu. Kalau dia tidur, entah kenapa dia asyik bermimpikan perkara yang sama. Asyik muka lelaki yang sama muncul dalam mimpinya. Dia penat.

Lara terasa kedua – dua kakinya berdenyut. Dia lantas memegang palang yang dipasang pada dinding. Kakinya tiba – tiba tidak dapat bergerak. Dia terduduk di atas lantai. Lara terpempam sejenak.

Dia cuba bangun semula sambil memegang palang. Dia terjatuh semula. Lebih daripada lima kali juga dia cuba untuk bangun, namun hasilnya sama juga. Lara semakin resah.

Bangunlah! Tadi elok je kau jalan, asal tiba – tiba kau tak boleh jalan pulak? Lara merungut dalam diam. Sekali lagi dia cuba bangun, dia terjatuh semula. Baru dia sedar dia tidak dapat merasa kakinya. Dia cuba menggerakkan jari kakinya, namun kaku.

“ Tak kelakar lah! Tadi boleh je berjalan.” Dia memukul kedua belah kakinya, langsung tiada rasa sakit atau perit.

“ Bangunlah! Bangun!” air mata Lara deras laju mengalir di pipinya. Sama juga lajunya dia memukul kedua belah kakinya. Lara semakin panik. Dia berhenti memukul. Esakannya semakin kuat.

“ Abang...”

..........

“ Adik dah tak boleh berjalan dah, abang. Semalam banyak kali adik bangun, tetap tak boleh. Adik tak boleh rasa kaki adik. Adik tak dapat rasa lagi kaki adik. Semalam boleh je adik jalan, pastu tiba – tiba tak boleh jalan pulak.”

Kamiya terus memeluk erat Lara. Tidak mampu lagi dia hendak melihat derita adiknya yang datang satu persatu. Dia sudah bersiap sedia awal – awal lagi.

Doktor yang mengambil alih untuk adiknya sudah memberitahunya terlebih dahulu. Lara akan kehilangan satu persatu derianya. Keupayaan untuk berjalan, menyentuh, bercakap, melihat.

“ Dah, dah. Abang akan jadi kaki untuk adik. Selagi ada abang, selagi tu adik akan okey.”

“ Macam mana adik nak pergi kahwin Rissa esok kalau keadaan adik macam ni? Apa adik nak cakap dengan dia? Mesti dia sedih, abang! Adik cakap dengan dia, adik sakit sebab workaholic! Apa adik nak jawab dengan dia, abang?”

Kamiya sendiri tiada jawapan. Dia tahu salah dia juga sebab tidak berterus terang dengan kawan adiknya. Itupun sebab kemahuan Lara juga, tidak mahu mendatangkan perasaan risau pada Arissa yang tak lama lagi akan mengecapi hari perkahwinan tanpa sebarang gangguan.

“ Nak tak nak, kenalah jugak pergi. Nanti dia kecewa, beria dia ajak adik pergi nikah dia. Yalah, kawan mana yang happy kalau orang yang dia nak sangat pergi, tak pergi majlis dia.” Suara Lara semakin mundur.

Kamiya mengeluh. “ Kan doktor tak kasi adik keluar pergi mana – mana buat masa ni?”

“ Habis, majlis Arissa macam mana?” Lara masih dengan pendiriannya.

“ Dia mesti faham kalau adik cakap adik masih tak sihat.”

“ Senangnya abang cakap. Dia kalau dah ajak, kena ikut jugak. Kalau tak, merajuk tujuh hari tujuh malam.”

“ Hah, mengumpat!” suara Arissa tiba – tiba muncul ketika mereka berdua sedang tegang.

Serentak Kamiya dan Lara menoleh ke arah pintu wad. Muka mereka jelas terpamer riak terkejut apabila Arissa masuk ke dalam bilik wad tanpa mereka sedar.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience