Muka Surat Empat

Drama Completed 2483

Mikael termenung sendiri. Laptop di hadapannya masih terpasang tanpa disentuh sejak dia datang ke pejabat walaupun sudah masa makan tengahari.

“ Hoi, jauh mengelamun! Fikir apa?” Talha mengejutkan lamunan Mikael di meja kerjanya.

“ Tak, aku tengah fikir idea nak buat proposal projek dekat area ...” Talha memintas sebelum Mikael menghabiskan ayatnya.

“ Tak payah nak bohong aku sangat. Kau baru dua bulan kerja sini. Bila masa pulak kau ada projek sedangkan aku ketua kau. Ingat aku tak nampak, dari pagi tadi kau datang nampaklah perangai kau.”

“ Betul, aku tak fikir apa - apa.” Mikael masih menafikan kata - katanya.

Talha menghela nafasnya. “ Suka hati kaulah. Jangan terjejas kerja kau dah lah.”

“ Macam mana kau kenal nenek… Arissa?” cepat – cepat Mikael menukar panggilan nama Arissa. Nanti apa pula Talha buat padanya apabila dia menggelar tunang ketuanya nenek kebayan. Nak mengelak daripada topik asal soalan tentang Lara.

Tak pasal - pasal Talha membuntangkan mata merenung Mikael. “ Berani kau nak panggil dia nenek kebayan?”

Dapat jugak tangkap ayat aku tadi. Bisik hati Mikael. “ Sorrylah, waktu sekolah dulu selekeh. Lipat tudung macam arwah nenek aku pakai tudung.” Mikael berterus – terang.

“ Yang kebayan tu?” Talha masih tidak berpuas hati.

“ Mengamuk macam nenek kebayan nak minum darah.” lancar sahaja jawapan keluar dari mulut Mikael. Talha terasa geli hati.

“ Haih, lama dendam kau ni.”

“ Tak adalah. Tu cerita dulu. Sekarang ni dah pandai melawa, terasa menyesal lak aku.” Mikael mengerling sekilas pada Talha, sengaja dia hendak mengusik Talha.

Talha menepuk kuat meja Mikael sehingga Mikael tersentak. “ Hoi, jangan nak potong line. Aku dapat dia dulu. Jangan cakap kau..”

Chill lah, mamat ni! Tak boleh gurau langsung. “ Taklah! Tak ada kena mengena dengan dia pun. Pasal benda lain sebenarnya.” Mikael berterus terang.

“ Lara?” Talha meneka. Lama kelamaan Mikael mengiyakan dengan suaranya.

“ So memang betullah Arissa cakap pasal Lara dengan kau tu?”

Mikael hanya mengangguk. Dah perkara betul, takkan nak nafi pulak. Biarlah kalau Talha tahu, perkara dah lepas.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience