Series
2027
Suasana di pejabat Syarikat Tok Kapor Sdn Bhd dirasakan begitu berceria dan berseri di pagi ini.Suhana yang merasakan tidak sabar sabar menanti ke detik 12.00 tengahari sering memandang ke arah jam yang terletak di atas meja.Kata kata Zuleka sering saja terngiang ngiang di telinganya bila saja dia memikirkan si mamat Tengku yang akan datang menjemputnya sedikit waktu lagi.Suhana perhatikan sekali lagi jam di hadapanya sudah menunjukan ke pukul 11.37a.m.Terukir senyum di bibir mongelnya dengan perasaan bercampur baur sambil terlintas pula wajah temannya Zuleka berlegar legar bermain di kepalanya.Dia mencapai sebatang pen lalu dia menulis sesuatu di sekeping kertas.Dia meraba raba pula note pad di dalam bakul dan di lekatkan ke atas kertas tadi.Waktu dirasakan berputar begitu perlahan pada perasannya ketika ini.Entah mengapa dia berperasaan sebegitu.Tidak seperti hari hari sebelum ini dia ke sana ke mari tanpa ragu ragu dan tiada sebarang kemusykilan langsung.Semenjak dua menjak ini hatinya sering berdebar debar seolah olah ada sesuatu yang tidak disempurnakannya.Suhana termenung sejenak memikirkannya dan dalam ralik itu sekali bunyi SP di dalam beg sandangnya bergetar.Suhana cepat cepat mencapai SP lalu di serkup ke cuping telinganya.
"Yes...Speaking!"
"Ada apa saya boleh tolong?"
Jawabnya selamba saja.Suhana sedikit terlupa yang dia sedang bercakap menggunakan SP miliknya sendiri.Dalam sedar tak sedar Suhana tertawa sendirian.
"Maafkanlah saya...En Awang!"
"Saya terlupa tadi.Awak dekat mana sekarang?"
Tambahnya lagi seraya bertanya.Awangnya itu turut tertawa sama.Jelas kedengaran bunyi suaranya bercakap melalui SP.
"Saya on the way sekarang!"
"Awak dah siap ke belum?"
Tanya Awang lagi.Suhana merasa begitu gembira mendengsrnya.Pertama kerana si mamat Awang yang tidak pernah disangkan sangka telah jatuh hati kepadanya.Keduanya pula Awang telah setuju menerima serta meluluskan proposal bagi kontrak membekal produk dari syarikatnya.Gembira benar Suhana kelihatannya ketika ini.
"Awak datang ajelah.Saya sedang menunggu awak juga."
"Jangan lupa call saya sebelum sampai...Ya!"
Jawab Suhana seraya berpesan pula kepada Awang.
"Baiklah!"
Balas Awang pula.Tidak lama kemudian kedengaran SP berbunyi dari dalam beg sandangnya.Suhana lalu menjawabnya
"Awak dah sampai?"
Tanya Suhana.
"Ya!Saya ada di luar pejabat awak sekarang."
"Baik...Saya datang!"
Sebentar Nissan Turbo New Evolution milik Awangpun mengaum deras membelah dada jalanraya yang sedikit sibuk di ketika.Mereka tidak banyak bercakap ketika ini sementara menanti tiba ke destinasi yang hendak dituju mereka.Suhana sambil berdiam sambil memerhatikan ke sekeliling pikap turbo bewarna biru metalik itu.Hatinya meruntum bila berada di dalam perut pikap yang sedang laju meluncur menyusuri Jalan Tok Hitam Keramat.Awang yang sedang memandu hanya menumpukan perhatiannya kepada jalaraya memandangkan keadaan trafik begitu sesak dengan berbagai kenderaan bertali arus di atas jalanraya.Sesekali Awang berpaling sambil memandang Suhana di sebelahnya.Bangga semacam timbul di hati Awang bila dapat menatap wajah mongel Suhana sebentar tadi.Dia tidak membuang waktu lagi terus memandu pikapnya dengan laju sambil berhati hati menuju ke tempat favouritenya.Sudah pastilah Malay Heritage Food Karnival Restaurant menjadi destinasinya kali ini.Apa tidaknya bukan calang calang teman yang dibawanya hari ini.Terdetik hati Awang berkata begitu.Perasaan tidak sabar untuk tiba begitu menghambat dirinya supaya mempercepatkan perjalananya.Tidak lama memandu merekapun tiba.Awang cepat cepat keluar dari kenderaan sambil meluru mendapatkan Suhana.
"Awak!Jomlah kita pergi."
Awang memegang tangan Suhana ketika dia hendak turun dari kereta.Bimbang juga kalau kalau Suhana tergelincah jatuh berdebat di atas tanah.Sebentar mereka beriringan berjalan sambil menuju ke restoran.Suhana sedikit kagum dengan keindahan panorama di sekelilingnya.Kelihatan pohon pohon bunga Kertas bermacam macam warna ditanam berbaris seperti pagar di sepanjang birai tebing sebelah kanan restoran.Di sebelah hadapan penuh dengan pokok bunga ditanam di dalam pasu besar yang merimbun di kiri kanan pintu masuk restoran.Sejuk dan nyaman dapat dirasakan bila melangkahkan kaki masuk ke sini.Inilah kali pertama Suhana ke sini sementelah berpindah ke mari semenjak keluar dari rumah ibu dan bapa yang sempat memeliharanya lebih kurang dua puluh satu tahun lamanya.Bergenang airmata Suhana bila terkenangkan emak dan ayahnya tempat dia bermanja semenjak dari kecil lagi.Ini semua dugaan terhadapnya yang sememangnya tidak pernah diberitahu walau sekalipun oleh emak atau ayahnya selama ini.Diusap perlahan air mata yang hampir jatuh berderai ke pipi mulusnya.Sambil itu Suhana memerhatikan Awang yang sedang berjalan di hadapannya.Bimbang pula kalau kalau disedari Awang apa yang sedang dialaminya ketika ini.Awang memilih tempat duduk yang agak ke birai sedikit.Suhana mengambil kesempatan sambil memerhati ke sekeliling restoran.Dengan suasana air terjun buatan tangan ada di bina di situ begitu memukau setiap pengunjung yang hadir.Rata rata kebanyakan di kalangan mereka yang ada kelihatan sungguh terpesona sambil menjamu selera.Ini satu petanda yang lebih baik untuk Suhana lebih bersemangat lagi dengan tugasan sedia ada.Dia mungkin secara peribadi tidaklah kelorek demi berbakti kepada syarikat yang telah berjasa kepadanya.Benarlah kata orang tua tua di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.Di mana kasih tertambat di situlah budimu ku sanjung.Suhana merasa sedikit terharu sambil sekali sekala sempat pula dia menjeling sambil memerhatikan En Awang yang sedang duduk di hadapanya.Mereka sedari tadi masih belum memulakan perbualan melainkan sekadar menunggu bellboy tiba.Awang seakan sengaja membiarkan Suhana mendapat sedikit waktu untuknya menyesuaikan diri dengan suasana di sini.Dia bukanlah seorang egois untuknya memandang rendah terhadap apa apa darjat atau martabat orang lain.Meskipun dia cukup sedar yang perlakuannya itu mungkin barangkali mendapat bantahan dari pihak keluarganya sendiri.Namun Awang seolah olah tidak mempedulikan itu semua dan sebaliknya dia sering cuba membantu mereka mereka yang benar benar mengharapkan bantuan dan kerjasama baik di dalam urusan bisnes ataupun urusan urusan yng lain.Begitu juga di dalam hunungannya dengan Suhana kali ini.Jelas Awang tidak bersikap double standard atau terlampau bias di dalam hal ini.Kerap kali dia diberi pujian oleh kawan kawannya bila mana dia sering membantu mereka ketika di dalam kesulitan.Itulah budak Awang yang sempat dikenali di kalangan mereka mereka baik di dalam sektor perusahaan mahupun di kalangan penjawat awam.
Di dalam perjalanan Awang menjadi sedikit pendiam.Entah mengapa dia tiba tiba saja bersikap begitu.Selama mengenali hati budi wanita wanita yang pernah dikenalinya sebelum ini tidak pernahpun dia bersikap sebegini rupa.Dia merasa hairan setelah betul betul mengenali gadis bernama Suhana Aliyana binti Ali Bakar yang sedang duduk di sebelahnya ini.Hatinya bagai telah disentap oleh sesuatu yang benar benar sungguh luar biasa.Awang tidak pula cepat goyah dengan apa yang di alaminya ketika ini.Dia sedar dia bukanlah seorang yang mewah sangat untuk dia hidup berpoya poya.Dengan Suhana pula dia entah mengapa bersikap sedemikian sedang selama lama ini dia tidakpun begitu taksub sehingga sebegini rupa.Belang memandu belang dia cuba menyusun baris kata kata untuk disuakan kepada gadis cantik molek di sebelahnya.Dah hampir separuh perjalanan mereka tapi Awang masih lafi tercari cari baris baris ayat yang memungkinkan dirinya diterima Suhana dengan seadanya.Jalanraya dirasakan begitu berjarak pula kali ini.Awang tidak pasti kenapa perasaannya berubah bercampur baur begini sedangkan mereka tidaklah ada terkasar apa apa.Awang cuba meneliti kembali perbualan mereka berdua ketika di restoran.Dia tidak menemui sebarang tanda tanda yang meragukan.Timbul sedikit kelegaan di situ.Fikir Awang sendirian.Perjalanan yang jaraknya lebih kurang 3km itu sudah hampir ke penghujungnya.Awang membelok kenderaan dipandunya ke kiri memasuki ke Jalan Tempurung Nyiur Melambai.Di situ kelihatan bersusun susun terdapat gerai menjual bermacam macam buah buahan.Awang sempat memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.Dia berlari lari anak sambil menuju ke deretan gerai buah yang terletak di tepi jalan raya.Setelah selesai membayar Awang kembali semula mendapat kenderaannya.Suhana kelihatan tenang sambil menunggu Awang.Setibanya Awang lalu menyerahkan sejabil pelastik berisi Buah Tembikai Madu untuk Suhana berjamu seisi keluarga.Suhana berasa begitu kagum dan sedikit terharu dengan layanan diberikan En Awang kepadanya.Dia mulai sedar lelaki bergelar Tengku itu rupa rupanya seorang yang baik hati terhadapnya.Suhana berpaling memandang lelaki budiman yang sedang memberhentikan kenderaannya di birai pejabat.
"Haa!Kita dah sampai dah.Nampaknya setakat ini dululah pertemuan kita hari ini."
Kata Awang sambil membuka pintu kereta.Sebentar dia membuka pintu di sebelah Suhana duduk pula.Suhana tidak pula merasa segan sebaliknya dia begitu bangga dengan sikap Awang itu.Sebelum masukbke pejabat sempat Awang berpesan sesuatu kepada gadis kesayangannya itu dengan berkata.
"Kirim salam sama emak retek...Ya Suhana."
Pinta Awang sambil meletakkan jabil berisi buah di atas kaki lima pejabat.Suhana menjadi lemah bila mendengarnya dan dalam pada itu sempat pula Suhana menyembunyikan perasannya ketika ini.Dia masih tidak beruoaya menceritakan kisah hidupnya yang sebenar kepada lelaki itu sungguhpun dia terlalu baik terhadapnya sedari awal pertemuan mereka berdua.Mungkin suatu hari nanti barangkali.Terdetik pula hatinya berkata begitu.Setelah mengucapkan teima kasih kepada En Awang Suhana lalu terus menuju ke pejabat.Sempat dia melambai tangan sambil memerhati kenderaan di pandu Awang sedang bergerak meninggalkannya.Hatinya bertukar menjadi sayu dan pilu mengenangkan apa yang telah dialami sehari dua ini.Dia menyudahkan kerjanya jam lima petang dan tanpa menerek ke lain dia terus pulang ke rumah.Suhana tiba di rumah tepat jam enam petang.Terima kasih sekali lagi Tengku Awang di atas kesudian memberi sedikit kegembiraan untuknya hari ini.Suhana merasakan hari hari yng bakal berlalu seakan mengiringi hidupnya dengan penuh ceria.Dia mengusap lembut kedua belah telapak tangannya ke muka seraya bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat kebesaran Ilahinya bagi dia meneruskan kehidupannya yang entah bila akan berakhir.Suhana sebenarnya hampir pasrah dengan nasib yang telah menimpanya dulu.Namun hari ini seolah telah menjanjikan satu pertemuan penuh erti di dalam hidupnya yang mana mungkin barangkali bakal membawanya ke mercu kebahagiaan hidup di waktu waktu mendatang.
"Terima kasih emak...Ayah."
Terpancul juga dari bibir mulut mulus Suhana menyebut dua kalimah agong yang hampir sudah dilupakan Suhana.
Suhana sambil menuju ke bilik sempat dia memerhati kelibat emaknya jika ada di situ.
Share this novel