KENDIRI

Romantic Comedy Series 2027

Mulai hari ini dia mula belajar hidup sendiri.Tiada siapa yang menemaninya melainkan Zuleka seorang saja temannya di sini.Dia pasrah dalam banyak hal selama ini.Meskipun sudah hampir dua bulan dia tinggal bersama keluarga Zuleka tetapi inilah saat yang dirasakan amat kekok baginya bila mana dia terpaksalah bergaul mesra dengan bermacam macam ragam dan kerenah orang ramai yang datang berurusan.Suhana meneruskan tugasnya.Tidak banyak bilangan order pada hari ini dan tidak seperti semalam.Dia terlintas pula kepada Ayub.Sambil itu Suhana cuba mengintai kelibat Ayub jika ada melintas lalu.Hampa.Suhana menarik pen yang tersedia terikat di atas meja.Dia menulis sesuatu di atas memo pad.Sebentar kedengaran loceng dibunyikan.Suhana cepat cepat melenggokkan kepala sambil memerhati kelibatnya.
"Hey!Ah..!Mari sebentar!"
Dia mengeloi budak pejabat itu.Sebentar Ayub datang menghampirinya lalu bertanya.
"Yes...Mem!Ada order..."
Tanya budak pejabat itu sambil berkata.
"Ada banyak tak ordernya hari ni?"
Usul Suhana pula sedikit excited gayanya.
"Eh!Banyak tak banyak.Ni...Hah!"
Balas Ayub pula sambil merembas semua order shit kepadanya.Melopong Suhana seketika melihatnya.
"Aduh...Banyaknya.Order dari mana ni?"
Usulnya lagi sedikit hairan.
"Alah!Ada le!"
Balas Ayub selamba pula.Suhana tidak berkata apa lagi terus diuruskannya bil bil order itu.Tidak lama kemudian kelihatan berbaris jokey boy di kaunter.Dia berasa puas hati melihat perubahan mendadak yang terjadi dalam sekelip mata sahaja.Ayub hanya memerhatikan saja mereka menjalankan rutin harian mereka.Dalam pada itu Ayub berasa sedikit hairan melihat Suhana yang pelik semacam pada hari ini lalu tanpa segan silu diapun bertanya.
"Mem!Boleh saya tanya?"
"Hah!Nak tanya apa?"
"Apasal saya lihat Mem hari lain macam aje?"
"Takdalah!Lain macam apa!Biasa aje!"
Ayub tidak berkata apa apa lagi bila melihat Suhana sudah berubah air mukanya sebentar tadi.Ayub tidak berniat untuk membuat teman sekerjanya berasa atau apa.Dia hobinya cuma suka menyangkat kawan sepejabatnya saja.Sudah hampir lima tahun dia menjalankan kegiatan buang tebiatnya di pejabat milik En Rostam Amin ini.Nasib En Rostam seorang bos yng baik hati.Walaupun dia tahu dan sedar budak budak pekerjanya mengambil kesempatan berseronok ketika di pejabat tapi dia tidaklah bertindak melampau malah dia lebih bersikap lebih memahami terhadap kakitangannya.Itulah kelebihan yang terdapat pada En Rostam Amin bos kesayangan mereka.

"Di rumah Suhana memang begitu ke?"
Mak Jenab mengusul tanya Suhana.Dia bimbang pula kalau kalau anak angkatnya itu berasa hati atau merasa segan.Sehabis mungkin Mak Jenab cuba menjaga hati dan perasaan Suhana selama ini bimbang kalau kalau anak perempuan pasang siapnya itu berubah fikiran.Suhana yanv berdiam seketika sedari tadi lalu berbunyi dengan berkata.
"Adalah jugak.Tapi...Jarang jarang ada sekali."
Jawab Suhana lembut bersopan pula.Dia merasakan seolah olah baru di sini.Sedangkan dia sudah hampir dua bulan tinggal bersama keluarga Mak Jenab.Tapi dia tidak bersuara bimbang juga jika tersentuh hati orang tua itu pula.Mak Jenab tidak tahu entah mengapa dia agak tertarik bila terpandang Suhana ketika menaiki anak tangga sebentar tadi.Walaupun dia sedar Suhana tentu ingin beristirehat setelah penat di pejabat.Dia cuba memberanikan untuk berbual seketika dengan anak dara barunya itu.Bukan mendanya cuma sekadar bermesra sesama anak beranak.Suhana taklah kesik sangat ketika tinggal bersama keluarganya di sini.Sebentar Mak Jenab bertanya lagi.
"Suhana baik dengan bos di tempat kerja?"
"Oh!Baik eh!Tak da problem setakat ni."
"Habis...Dia bagi gaji berapa sebulan?"
"Err...Lima ratus.Kenapa?"
"Tak adalah...Mak tanya aje.Dia takda nk kasi naik gaji lagi?"
"Oh!Tak adalah pulak.Ada sorang tu baru naik pangkat.Zubir namanya.Jadi kerani di pejabat.Baik..."
"Oo...Macam tu."
"Kenapa...Mak ada nak rekomen sapa sapa ke?"
"His!Kamu...Ke situ pulak.Takda ehh!"
Mak Jenab tergelak seketika dengan pertanyaan Suhana itu.Sebentar dia meminta diri untuk ke dapur.Menyedari tujuan Mak Jenab lalu Suhana mengekori di belakang Mak Jenab.Mak Jenab berasa sungguh bertuah kerana mendapat anak tambahan seperti Suhana.Lenggang MK Jenab menjadi jadi pula.Suhana terus mengekorinya dari belakang hingga tiba ke dapur.
"Mak tak usah susahlah.Biar Suhana lakukan."
Pinta Suhana melihat maknya itu cuba menjeram air.
"Eh!Ya ka!Betul Suhana nak siapkan?"
"Iya!Kenapa...Salah ke?"
"Eh!Takdalah..."
"Biar Hana buatkan...Mak."
Mak Jenab kembang semacam bila mana mendengar Suhana memanggilnya emak.Tidak terhinggalah gembiranya hati seorang ibu seperti Mak Jenab di ketika ini.Dia membiarkan Suhana menyiapkan minuman petang sementara dia pula teringin sekali melihat tingkah laku anak dara di hadapannya itu.Lama ditenungnya Suhana yang sedang ralik membuat kerja di ceruk dapur rumahnya.Berkenan benar gayanya Mak Jenab kepada Suhana tapi malang sungguh nasibnya kerana tidak dikurniakan anak lelaki barang seorangpun sehingga ke hari ini.Mak Jenab sedikit mengeluh meski dia sedar rezeki Tuhan tidak siapapun yang tahu.Dalam ralik Mak Jenab memerhatikannya tiba tiba.
"Mak!Ni hah...Dah siap.Sila le..."
Suhana menatang dulang di tangan sambil memerhatikan emaknya yang fikirannya sudah melayang entah ke mana ketika ini.Dia menepuk bahu emaknya.Tersentak Mak Jenab seketika.
"Ehh!Pocok!Oh!Pocok!Pocok!Eh!Eh!Eh!"
"Eh!Kenapa ni Mak?"
Tegur Suhana dengan rasa kehairanan.
"Hai!Mak ni terperanjat tadi."
"Oo...Mak menegur ya."
"His!Kamu ni...Apa plak menegur plak?"
"Ada ke patut Mak..."
Balas emaknya pula sambil tersekat sekat.
"Maafkan Suhana Mak.Suhana tidak sengaja tadi."
Pinta Suhana lembut saja bunyinya.
"Hah!Yalah!Mak maafkan...Tak usah bimbanglah.Mak faham...Ehh!"
Jawab Mak Jenab dengan perasaan penuh kasih terhadap Suhana.Semestinya dia amat menyayangi Suhana tapi lantaran peristiwa dua bulan lalu yang masih melekat di dalam ingatan sukar baginya mencurahkan sepenuh kasih dan sayang kepada anak itu.Mak Jenab dan Suhana bukan main rancak lagi berbual petang dua beranak itu sambil menuggu Zuleka pulang dari kerja.Tersentuh betul hati tuanya bila mendengar cerita kisah hidup anaknya itu.Dia berlinang air mata sementara Suhanapun turut berlinang sama.Sungguh pilu kisah hidupnya.Suhana rupa rupanya seorang anak angkat yang telah dipelihara oleh sepasang suami isteri di kampungnya dulu.Mak Cik Embun yang ketika itu belum mendapat sebarang zuriat berkenan untuk mengambil Suhana sebgai anaknya.Ayah Cik Loh yang pada ketika itu amat berharap mendapat zuriat laki laki mahu tidak mahu terpaksa menerima hakikat bila isterinya bersetuju dengan cadangan si Samad adik kandung Mak Cik Embun sendiri itu.Suhana merasa hiba sambil menceritakan kisah hidupnya di depan emaknya itu.Dia merasa kecewa teramat sangat kerana tidak sempat mengetahui siapa ibu bapa kandungnya sebenar.Lebih parah lagi di dalam hidupnya setelah dia mendapat tahu yang kedua orang tua itu telahpun merancang bersetuju untuk menerima pinangan daripada sebuah keluarga berada.Suhana tidak betah untuk tinggal lama di sana memandangkan trend di zaman sekarang sudah tidak mengikut cara sebegitu lagi.Dia kembali merasa gementar bila mengenangkannya.Nauzubillah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience