Series
2027
Awang nampaknya sudah sihat sekarang.Dia mula berjalan jalan di bandar.Sudah lama dia tidak ke bandar semenjak jatuh gering selama ini.Teman temannya pun turut merasa gembira melihat dirinya kembali sihat.Dia terpaksa tinggal dengan Bondanya buat seketika.Lagi pun, sakitnya belum betul betul kebah lagi.Memandangkan sulitnya dia hendak bertemu dengan teman gadisnya Suhana jadi dia main pakai telefon telefon saja.Dia ada juga berpesan kepada Suhana agar bawa bersabar buat seketika di waktu ini.Dalam pada itu, Awang tetap berusaha keras untuk bertemu.Dia sudah macam macam cara dicubanya.Akhirnya, pada satu hari di hari minggu dia berjaya bertemu Suhana dengan bantuan Zuleka kawan baik Suhana.Mereka berjanji hendak bertemu di Pekan.Dalam sembunyi sembunyi mereka berjaya juga.Seluruh kerabat keluarganya sudah dimaklumkan supaya Awang tidak mencemarkan lagi nama baik maruah keluarga seperti sebelum ini.Dia mahu tidak mahu terpaksalah mengalah di dalam soal ini.Tambahan pula Bondanya telah mempunyai kata putus hendak meminang salah seorang Puteri Raja dari negeri lain.Awang amat gusar dengan keputusan Bondanya itu.Lantas dia menceritakan kepada Suhana akan berita yang telah diketahuinya itu.Suhana tidak boleh berkata apa apa lagi selain hanya berserah kepada Tuhan.Awang menjadi bingung dalam perkara itu.Dia seboleh mungkin hendak menjadikan Suhana gadis pilihannya itu sebagai isterinya.Dia juga kerap kali meluahkan perasaan hatinya kepada gadis itu.Suhana amat menyanjung tinggi kesungguhan Awang terhadap dirinya.Suhana juga menasihatkan agar Awang memikirkan terlebih dahulu tentang hasrat hatinya itu memandangkan desakan dan tekanan daripada pihak Istana.Mereka bingung memikirkan tentang nasib mereka berdua.
Dengan bantuan Tok Imam Muda Jamal, Awang berusaha untuk menikahi juga gadis pilihan hatinya itu.Dia sudah tidak mengendahkan apa apa lagi sekarang.Apa yang dikata Bondanya semuanya tidak berpihak kepadanya.Mahu tidak mahu dia terpaksa mencari jalan sendiri.Akhirnya, Awang berjaya juga bernikah dengan Suhana.Perkara ini telah dirahsiakannya dari pengetahuan pihak Istana.Setelah beberapa lama tidak kelihatan, akhirnya Awang ada menunjukan muka bertemu Bondanya.Bonda Permaisuri merasa amat aneh dan berasa hairan dengan tingkah laku serta sikap gerak geri Awang Puteranya itu.Oleh kerana dia sudah jarang pulang, jadi tiada sesiapa yang dapat menelaah sikapnya.Tambah pula memang dia sengaja hendak merahsiakan tentang perihal urusan pernikahannya dengan Suhana selama ini.Di Istana, Awang berlagak seolah olah tiada apa yang berlaku.Dia sememangnya seorang Putera Raja Bongsu yang amat manja dengan cara hidupnya.Rancangan Bondanya hendak berbesan dengan kerabat Raja Sulong Di Awan Larat sudah pun dia sendiri muktamadkan sebagai telah berakhir.Dia tidak mahu lagi dijadikan sebagai seorang Anak Raja suruhan di Istana ini.Dia rela sanggup hidup bersusah payah daripada menjadi barua serta balaci murahan sesetengah pihak yang memang tidak pernah senang melihat dirinya.Sementelah pula Awang telah lama tahu yang ada talam dua muka di dalam Istana Bondanya itu.Dia bermuram durja selama ini sehinggakan dicop seakan penderhaka terhadap Bondanya sebelum ini bukan kerana lain, kerana dia sudah tahu tembelang pihak durjana di Istana itu mahukan kuasa memerintah untuk diambil alih mereka di suatu hari nanti.Oleh kerana Awang telah menyedari ada udang di sebalik batu di dalam Istana itu maka dia disuruh keluar daripada Istana selama ini.Sekarang, barulah dia datang menjenguk muka, itu pun Bonda Permaisuri Ibundanya masih tidak khabar khabar ingat lagi juga.Awang sudah lama fed up dengan pihak pengurusan di Istana Bonda Permaisuri yang juga Ibundanya sendiri.Dari jauh dia meneropong segala rancangan sengketa yang ada di dalam pakatan sulit oleh para pembesar pembesar di Istana Bondanya itu.Jauh dari itu, Awang tidak tunjuk tunjuk muka lagi.Semua pihak merasa hairan dengan kehilangan Awang itu.Sudah diutuskan berbagai bagai kawat dan telegram kepada pihak pihak berkenaan yang sedang berurusan, tetapi mereka tetap hampa untuk mencari Awang.Baginda Bonda Permaisuri pula sedang bermuram durja kerana menyangka Anakanda Putera Awang merasa merajuk dan jauh hati kepadanya.Sementelah pula, dia hanya seorang sahaja Putera Bonsu yang juga bakal mewarisi Takhta Pemerintahan Kejaraan yang akan ditinggalkan oleh Ayahanda Banginda Sultan di sedikit hari lagi.Baginda Bonda Permaisuri tetap menaruh harapan agar Anakanda Putera Awang akan kembali ke pangkuannya.Dalam pada waktu yang sama pula, Awang sudah tidak khabar khabar ingat lagi perihal hal ehwal di Istana.Dia dan isterinya Suhana, kelihatan begitu bahagia sambil menghirup kebahagiaan berumahtangga di sebuah rumah yang disewa mereka yang terletak di Kampung Kubang Bemban, di sebelah Ulu Sungai Siput Sedut sana.
Share this novel