Series
2027
Seperti biasa dia dan Zuleka sering berdiri di bahu jalanraya sambil menanti bas tiba.Suhana tidak mengenakan baju kurung memandangkan hari ini hari Jumaat.Dia cuma mengenakan t-shirt berwarna merah serta jeans biru pada hari ini.Sungguh ranggi pula gayanya ketika ini.Zuleka pula seperti biasa sebagai anak kampung sentiasa tidak lekang dengan suit sedondon berbaju kurung bercekak musang pada hari ini.Di perhatinya jam di tangan sudah hampir ke pukul 8.00a.m.Biasanya dia akan masuk ke pejabat sebelum jam 9.00a.m.Suhana seorang cukup berdisiplin berkenaan tugas seharian.Bertepatan pula berkawan dengan temannya si Zuleka yang memang seolah olah dididik sebegitu sedari awal persekolahan lagi.Memang ternyata mereka berdua satu gandingan serasi sehingga pernah di beri pujian orang Kampung Duyung tempat tinggalnya sekarang sebagai pasangan contoh ikutan anak anak serta muda mudi di zaman sekarang.Dalam mereka ralik menunggu baspun tiba hampir tepat seperti mana biasa.Mereka berdua tidak menghadapi kesulitan untuk mendapatkan tempat duduk pada pagi ini memandangkan masih banyak lagi yang kosong.Zuleka kelihatan berseri wajah setelah tidak perlu berasak untuk mendapatkan tempat duduk di pagi ini.Suhana tersenyum sambil memerhatikan teman kesayangannya itu.Terasa benar kemesraan mereka berdua sekarang ini.Boleh dikatakan ke mana sahaja pergi mereka hanya berdua sentiasa.Jika adapun si Mamat anak jirannya Pak Akob jika mereka kesuntukan memerlukan pertolongan.Lagipun si Mamat memang sentiasa ringan tubuh bila Zuleka mengajaknya menemankan ke mana saja.Timbul rasa kagum Suhana terhadap temannya itu.Zuleka memang mempunyai sedikit karisma berwibawa sebagai seorang ketua lagak gayanya.Dalam sedar tak sedar mereka sudahpun tiba.
Suhana memerhati ke kiri kanan jalan sebelum melintas.Suasana di pekan pagi ini agak berbeza sedikit daripada biasa.Suhana berjalan menuju ke gerai menjual kuih muih sementara waktu masih awal lagi.Dia melihat jam di tangan baru pukul 8.30a.m.Dia tidak menerek ke lain lagi lalu terus menuju ke pejabat.Kelihatan Ayub sedang bertenggek di atas motorsikalnya di depan pejabat.Bos belum datang.Getusnya di dalam hati.Suhana tiada nak di bual di pagi pagi hari begini lalu dia bertanya Ayub.
"Kau dah minum ke belum?"
Tegur Suhana sambil bertanya.Ayub berpaling memandang Suahana.
"Oh!Dah...Dah sudah."
Jawab Ayub.Suhana terhenti di situ.Dia memandang ke jalanraya.Keadaan hari sungguh berbeza pada fikirannya.Jumlah kenderaan diatas jalanraya tidak banyak seperti biasa.Dia termenung sambil sedikit kehairanan.Mereka yang lain pula mula kelihatan.Suhana menatap sekali lagi jam tangan sudah hampir pukuk 9.00a.m.Dia turut bersiap sama untuk masuk ke pejabat.Kelihatan kelibat En Rostam berjalan menuju ke mari.Sebentar merekapun masuk.Suhana membelek belek fail di atas meja.Tak ada bayak mana kerjanya hari ini.Dalam ralik Suhana meneliti dokumen di dalam fail itu sekali telefon berdering.Dicapainya gagang telefon terletak di atas meja lalu disuap ke cuping telinga.
"Ya...Selamat pagi.Boleh saya bantu?"
Jawabnya lembut penuh sopan.Suhana tiba tiba merasa hairan.Dia lalu bertanya.
"Apa...Betul ke awak tak salah nombor?"
Usulnya lagi inginkan kepastian.Setahunya dia tak pernahpun ada affair dengan sesiapa selama ini.Siapa pula yanv nak buat lawak di pagi buta begini.Getusnya di dalam hati.Sebentar mereka selesai bercakap.Suhana termenung seketika sambil mencari idea kalau kalau ada sesiapa mengguna nama sama di pejabatnya.Seingatnya tiada dan hanya dia sorang saja setakat ini.Dia mengingat kembali lelaki tadi.Dihafalnya seketika nama itu.Putera Raja Manja Long Shah Ibni Raja Mangku Bumi Awangan Shah.Pelik betul nama nama raja fikirnya sendirian.Tapi pasal dia dikehendaki dan apa sebabnya pula.Suhana buntu seketika memikirkannya.Tak pasal pasal dia tergendala tugasan seharian suntuk pada hari ini.Bad moodnya tiba tiba saja hadir menawan seluruh jiwa raga hati dan perasaan wanitanya di awal pagi hari begini.Boringnya dia membawa hingga ke petang.
Share this novel