TONTON

Romantic Comedy Series 2027

"Hah!Nak ke mana pulak tu?"
Sergah Mak Cik Embum.
Suhana berpaling sambil mencebeh lalu berkata.
"Tak ke mana...Eh!Orang nak ke laman kejap."
Suhana meneruskan langkahannya tanpa menghiraukan teguran ibunya itu.Di laman dia memerhatikan di sekeliling taman anggerik yang dibinanya bersama Along anak seorang tukang kebun bertugas di Majlis Bandaraya Toggo Vattov.Suhana cuba membelek daun daun anggerik yang kelihatan sudah layu lalu dicabutnya satu persatu.Sebentar kelihatan Pak Cik Loh dengan pikapnya yang sudah agak keuzuran tiba.Sejurus keluar dari pikap terus Pak Cik Loh bertanya kepada anaknya.
"Dah makan ke belum?"
Suhana menggeleng kepala tanda belum lagi.
"Ayah..?"
Usul Suhana kembali sambil cuba mentafsir ke seraut wajah tua ayahnya.
"Oh!Tak usah khuatir dengan Ayah ni."
Balas Pak Cik Loh meyakinkan saja bunyinya.Dia tidak meneruskan kata katanya lalu terus meniti anak tangga.Tiba di beranda sempat pula dia mencapai ketor di dalam kolah lalu di jirusnya ke anak anak pokok Sakura yang baru disemainya.Suhana hanya memerhatikan saja ayahnya sambil cuba mengambil tauladan dari seorang bergelar ayah yang penyayang pada hematnya.Timbul perasaan kagum bercampur bangga bila melihat ayahnya itu.Sebentar timbul pula rasa kasih terhadap orang tua itu setelah dia mengamati dalam dalam.Ya lah,kenapa tidaknya.Sejak sekian lama dialah menjadi tunggak utama di dalam keluarganya.Dalam banyak hal dia jugalah yang sering dirujuk bagi menyelesaikan apa apa perkara sekalipun.Suhana membuang pandang jauh ke padang lepas tempat budak gembala kerbau sering mengheret haiwan ternakannya ke situ.Dia juga sekali sekala pernah juga ke situ untuk memungut Daun Kesom yang tumbuh meliar di birai padang.Sedang Suhana tengah ralik mengelamun tiba tiba kedengaran suara Mak Cik Embun mengeloi dari arah dalam.
"Heh!Apa yang duk termenung di situ?"
Suhana sedikit terperanjat lalu dia bersuara.
"Oh!Mak panggil saya ke?"
"Yalah!Takkan engkau tak nak sentuh nasi pulak?"
"Saya tak berasa lapar lagi.Nanti saya naik.Mak dan ayah makanlah dulu.Saya naiklah sebentar lagi."
"Hah!Yalah...Kalau macam tu."
Mak Cik Embun naik semula ke atas.Suhana berasa tidak selesa pula tiba tiba.Dia melenggok ke atas seketika lalu dia turut sama meniti tangga dan terus menuju ke dapur.Di situ kelihatan ayahnya sedang mencuci tangan sambil menghadap meja makan.Dia tidak mahu orang tuanya terganggu lalu terus dia menemui ibunya.
"Mak masak lauk apa hari ni?"
Usulnya setiba dia diceruk dapur.Dia perlahan lahan mengangkat tudung belanga yang masih panas di atas dapur.
"Wow!Sedapnya!"
Jerit Suhana agak excited sedikit gayanya.Entah apa yang buat dia berasa begitu.Mak Cik Embun agak kehairanan sambil memerhati anak daranya itu.Sebentar Mak Cik Embun berbunyi.
"Apa yang pelik bebenar kamu ni Hana ehh!"
Kata Mak Cik Embun kepada anaknya itu.Hatirnya sensitif juga seketika.Apa tidaknya dahlah sejak dari tadi asyik dia saja melanguk di dapur dan si Suhana haram tak nampak kelibat batang hidungnya.Tahu tahu datang nak mentekedarah aja.Mau tak naik angin orang tua itu.Dia menjeling sekali lagi ke arah Suhana.Kali ini Suhana pula merasa hairan.Lalu dia bertanya.
"Apa...Mak jeling jeling ni.Ada tak kena ke?"
"Oh!Emm...Banyaklah jika nak kira tak kenanya."
Jawab ibunya sedikit sinis bunyinya.Sambil itu dia nak anak daranya faham maksud yang sebenar.Dalam lada itu pula Suhana diharapkannya dapat menangkap kemahuannya sejak dari dulu lagi.Sukar baginya untuk membuat Suhana tahu betapa dia amat mengharapkan anaknya itu mendengar cakapnya.Tambah pula Suhana sudah meningkat dewasa.Masuk bulan depan hampir 17 tahun uaianya.Dia sambil memerhati Suhana yang sedang mengaut nasi ke dalam pinggan lalu bersuara lafi.
"Kau tolong bawak nasi tambah untuk ayah kau selali...Ya!"
"Baiklah...Mak!"
"Mak terlupa...Tadi."
Pinta ibunya lembut.Hatinya terasa sejuk tiba tiba melihat anaknya itu.Dia tidak tahu entah mengapa dia berperasaan semenjak dua menjak kebelakangan ini.Yang pasti hanya dia sahaja tahu kenapa.Mak Cik Embun terus memerhatikan tingkah laku anak daranya itu.Senang hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience