TERPIKAT

Romantic Comedy Series 2027

"Jika beta cakap beta minat sama awak.Bagaimana?"
Suhana terdiam mendengarnya.Sambil itu dia cuba menduga apakah muslihatnya jika benar mamat di depannya berkata begitu.Suhana memerhatikan lelaki yang duduk di hadapannya itu seketika dan tanpa dia sedari lelaki itu kelihatan sedikit hairan sambil melihat dirinya.Suhana tidak pula berasa kekok atau merasa segan dengannya.Mulanya Suhana di pelawa menemui seseorang untuk mendapatkan pengesahan bagi satu kontrak membekalkan bekalan produk keluaran syarikat tempatnya bekerja.Syarikat Tok Kapor Sdn Bhd adalah sebuah sykt mengeluarkan produk makanan serta perkhidmatan untuk pelanggan peanggan tempatan.Suhana di minta menguruskan kontrak itu.Lagipun dia sudah biasa dengan tugas sebegitu.Suhana bila menyedari sedikit tersasar dengan lamunannya seketika tadi lalu dia cepat cepat membetulkan tempat duduknya.Di tariknya tudung yang di pakai sedikit ke bawah sambil sempat pula dia menjeling kepada si mamat di depannya.Sebentar dia berbunyi sambil berkata kepada lelaki itu.

"Maaf...Ya.Saya sedang fikir sesuatu."

Lelaki itu cuma tersenyum kepadanya lalu bersuara.

"Oh!Tak apa.Tak menjadi hal bagi beta."

Suhana terdiam lagi dan kali ini dia merasa sedikit yakin untuk berbincang dengannya.Suhanapun berkata seraya bertanya.

"Bagaimana dengan perkara yang Tengku nak bincangkan tu.Adakah pihak kami berpeluang dapatkan kontrak tersebut?"

Usulnya sambil sedikit teragak agak.Mana tidaknya sedang dia sendiri belum tentu terselamat sekali ini.Tengok pada orangnya bukan main lagi,boleh tahan jugak orangnya.Getusnya di dalam hati.Tapi...Apakah muslihat si mamat ni sebenarnya.Atau...Memang dia ni jenis macam tu agaknya.Bertalu talu persoalan menghujani ke benak kepala hotaknya.Dia perlu menunjukan sikap pro sedikit di dalam perkara ini.Sebarang sedikit kelalaian mungkin mengundang padah pada dirinya yang tak pernahpun berdosa kepada sesiapa selama ini.Getusnya lagi sendirian.Dia cuba memujuk hatinya seketika dengan berkata di dalam hati.Mungkin nak menjadi rezeki Aku...Barangkali.Agaknya lahkan.

"Beta cukup senang dengan perkhidmatan Puan.Makanannya pun sedap."

Suhana dalam duk kemamai sendirian itu tiba tiba tersentak bila terdengar kata kata si mamat Tengku sebentar tadi.Diapun berbunyi.

"Apa!Apa awak cakap!"
Suhana sedikit meninggi suaranya kali ini.Tanpa berselindung dia terus membelasah si mamat itu dengan kata kata hikmatnya yang amat digeruni musuh selama ini.

"Awak panggil saya Puan!
"Apa...Awak ingat awak tu muda sangat ke hah!"
"Saya...Kalau awak nak tahu..!"
Dia meraba sesuatu dari handbeg di sandangnya dan lalu diapun

"Hah!Ni hah!Awak nampak tak ni?"
"Huh!Ikut sedap mulut aje..!"

Sekali sekeping roti wanita melekap ke tubuh si mamat itu.Suhana yang merah padam air mukanya ketika ini terus saja bangkit dari tempat duduknya.Pelanggan di sekeliling pening di situ masing masing terperanjat bila kerusi yang di gunanya tadi terpelanting hampir ke dalam longkang.Nampak sangat Suhana begitu tercabar kali ini.Lelaki itupun lekas lekas bangun lalu memegang bahu Suhana.

"Heh!Ni apa ni!Main pegang pegang orang pulak!"
Jerit Suhana tanpa menghiraukan orang ramai di situ.Lelaki itu kelihatan cuba bertenang sambil memndang ke sekelilingnya.Sebentar dia berkata.

"Beta harap awak bertenang...Boleh?"
"Biar beta terangkan dulu."
Pinta Tengku itu.Entah macam mana hati Suhana tiba tiba cair dan berubah sejuk pula.Lagipun dia memang sedikit tertarik dengan si mamat itu yang misainya saja tak ubah macam misai Sarjan Misai saja lagak gayanya.Kecut perutnya bila dia terpandang wajah si mamat itu secara live seketika tadi.Suhana kembai menjadi sejuk lalu dia berkata.

"Minta sorongkan kerusi tu!"

Pintanya sambil mencebeh bibir semanis manis madunya yang dah bertukar menjadi entah apa entah.Lelaki itu menarik sebuah kerusi tersedia di situ lalu disorongkan kepada Suhana.Suhana tanpa berkata apa terus meletakan punggungnya.Dia memandang tajam ke arah lelaki bermisai tajam itu.Jelas pula kelihatan mata galaknya yang menampakan kejantanannya.Suhana terdiam lagi.Lelaki itu memulakan perbualan mereka kembali.Dia tetap menampakan wajah tenang di hadapan Suhana yang marahnya agak sudah reda kali ini.Lalu lelaki itu berkata.

"Maafkan beta sekali lagi...Ya."
"Mungkin beta melampau sebentar tadi."

Pinta lelaki itu sekali lagi.Lembut pulak tu.Budiman betul gaya Tengku ni.Terdetik hatinya seketika berkata begitu.Hatinya mulai meruntum senyum kembali.Dia lalu membalas dengan berkata.

"Baiklah Tengku."
Ujarnya perlahan dalam lembut.Tiba tiba lelaki itu memintas kata katanya.

"Janganlah berTengku Tengku dengan Beta.Panggil saja beta Awang."

Suhana tercengang mendengarnya.Dia lalu bersuara dengan berkata.

"Baiklah Tengku...Ehh!Baiklah...Awang ke Awang...ahh!"
Balasnya selamba aje.Memang dia sedari kecil lagi tidak pernah takut kepada sesiapapun.

"Barulah lega...Baru lega!"

Jawab Tengku itu seraya berkata.

"Benarkah kata kata Awang tadi?"

Usulnya sekali lagi.Walhal dia sudah terlupa seketika tadi apa yang mereka berdua perbualkan.Tengku itu sedikit hairan sambil merenung kepadanya cuba mencari kepastian.Sebentar Tengku itupun berkata.

"His!Mestilah benar!Apa tidak pulaknya.Benar...ehh!"

Balas Tengku itu lagi.Suhana merasa senang pula mendengarnya.Rasa lucupun ada juga.
"Sayang...Awang."
Balas Suhana cuba meyakinkan si Tengku itu.Di dalam hatinya berharap kejayaan di pertemuan ini.Dia merenung kepada Tengku itu dalam dalam sambil berharap difahami dirinya.Suhana seketika berkata.

"Habis...Macam mana.Awang bersetuju ke?"
Usulnya lembut sambil sedikit memduga pula.Dia memerhati tepat ke wajah Tengku Awang.Awang membalas pandang dan sebentar dia berkata kepada Suhana.

"Baiklah...Awang setujulah kalu gitu."

Jawab Awang dengan penuh lega.Suhana pula bukan main gembira mendengarnya.Dia lalu mengucapkan terima kasih kepada Awang tidak terhingga.

"Terima kasihlah Awang...Eh!Rasa macam tak percaya pulak."

Kata Suhana penuh gembira.Mahu saja dia kembali ke pejabat untuk menceritakan kepada kawan kawannya.Inilah kejayaan terbesar di dalam kerjayanya.Walaupun dia masih baru di dalam sykt lebih kurang dua bulan tapi dia sudah mampu menunjukan prestasi kerja dengan baik.Seperti bulan lalu dia telah berjaya mendapatkan kontrak membekalkan makanan ke sebuah sykt perkapalan berpengkalan di muka kuala sebuah pelabuhan pelepas tidak kurang juga terkenal di tempatnya.Awang yang sejak tadi asyik memandang Suhana sebentar berkata.

"Apa...Awak senang hati sekarang?"
Tanya Awang sambil menduga hati gadis di hadapannya.Suhana tertawa seketika dia membalas.

"Mestilah!Kenapa tak percaya ke?"

"Percaya...Eh!"

"Thanks...Awang."

"Eh!Kecil aje...tu."

"Oh!Ya ke..?"

"Iya..!"

"Besar jugak bisnes Awang...ya?"

"Ish!Takda laa...Biasa saja."

"Bagus betul Awang."

Setelah lama mereka berbincang sambil Awang sudi menerima proposal di kemuka oleh sykt Suhana bekerja mereka mencapai kesepakatan bersama.Mereka bersurai tidak lama kemudian setelah Awang sudi menghantar Suhana kembali ke pejabat.Hati Awang gembira bukan kepalang setelah mendapat pujian gadis uang duduk di sebelahnya itu.Mahu saja dia menerkam ke arah gadis cantik mongel putih kuning di sebelahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience