Series
2027
"Awang bukan main main Bonda!"
Keras bunyi kata kata Awang kepada Ibundanya itu.Putera bongsu dari kerabat Di raja Mangku Bumi itu bukan sebarang putera.Dia lebih cenderung kepada mengambil cakna akan rakyat jelata berbanding kepentingan diri sendiri.Lagipun semenjak di putrakan dengan membawa gelaran Putera Aditya Awang Makasi yang bakal menaiki takhta menggantikan ayahandanya Raja Mangkubun Lambada suatu hari nanti.Dia benar benar mengharapkan ibundanya Raja Embun Malitup Bumi agar merestui perhubungannya dengan Suhana anak orang kebanyakan yang telah dikenalinya beberapa hari lalu.Ibundanya bukan tidak merestui hubungan mereka berdua tetapi ibundanya mengambil sikap berhati hati agar dia tidak dikecewakan lagi kali ini.Cadangan untuk menjalinkan hubungan dengan kerajaan negara Eusopetani dilihat bakal menemui jalan buntu lantaran kemaruk Awang berkehedakan memilih calon dari kalangan orang kebanyakan.Sehingga ke hari ini Awang masih tidak memahami mengapa setiap kali hubungannya dengan setiap gadis dikenalinya sebelum ini dibantah keras oleh ahli keluarga.Dia tidak mahu dihampakan lagi kali ini.
"Bonda kata tidak.Maka tidaklah!"
Keras juga jawapan ibundanya.Agaknya dia terlalu awal untuk membawa berbincang akan perkara ini memandangkan hubungannya dengan Suhana baru setahun jagung.Awang cuba bertenang setelah melihat ibundanya sedikit bertegas sebentar tadi.Dia perlu mencari jalan bagaimana supaya ibundanya dapat mengenali Suhana dengan lebih dekat lagi.Perit dirasakannya ketika ini.Sukar dia menerima hakikat dia bakal berdepan dengan situasi sebegini rupa lagi kali ini.Sangkaannya meleset lagi kerana gara gara terlalu awal membuat keputusan.Awang tidak mungkin dapat bersabar dengan sikap ibundanya itu dan dia harus beredar segera dari situ.Istana Melayang Agong dirasakan tidak betah lagi baginya.Awang tanpa berkata sepatah haram kepada ibundanya terus melangkah keluar dari istana.Dia tahu ke mana harus ditujunya ketika ini.Nissan Turbo dipandunya dengan agak deras sedikit kali ini.Memandangkan fikirannya berserabut awut sekali di ketika ini Awang membuat keputusan untuk megambil jalan pintas melalui jalan darat saja.Dia tidak betah lagi meredah kesibukan di jalanraya yang penuh sesak dengan kenderaan di ketika ini.Tiba di satu simpang Awang membelok ke kiri.Dia memperlahankan sedikit kenderaan dipandunya bila melintasi kawasan perkampungan di situ.Tidak lama memandu tibalah Awang di tempat yang dituju.Dia meletakan kenderaan di sebuah garaj kosong yang tersedia di situ.Setelah memberi salam sebentar kelihatan kelibat seorang wanita yang hampir separuh umur menjenguk muka di muka pintu nakoh rumah.Sebentar wanita itupun menjawab.
"Waalaikum Mussalam..."
"Eh!Awang rupanya!Marilah naik!"
Balas wanita itu seraya menjemput Awang masuk ke rumah.Setiba Awang di ruang legar rumah itu dia merenung dengan agak lama sedikit kepada Awang.Seperti biasa bagi Awang ianya sudah menjadi lumrah kepadanya dengan sikap orang tuanya itu.Awang cukup memahami hati budi wanita yang dianggap seperti ibunya sendiri itu.
"Ke mananya yang lain.Sunyi aje?"
"Mak Long tinggal sorang aje ke?"
Tanya Awang bila dapati rumah seolah tidak berpenghuni pula suasananya.Sebentar wanita itupun bersuara dengan berkata.
"Eh!Ada eh..."
"Si Man ke bendang.Saleh pula turun ke pekan sejak tengahari lagi.Nak ke bank katanya."
"Mah ada duduk di dapur tu."
Jawab Mak Long Saiyah kepada anak buahnya itu.Sebentar dia pula mengusul Awang dengan bertanya.
"Hah!Kamu pula...Dari mana?"
Usul Mak Long Saiyah.
Awang berkerut dahi sambil memandang kepada wanita itu.Sebentar diapun berkata.
"Awang nak bermalam barang semalam dua di sini...Mak Long!"
"Itupun kalau diizinkan Mak Long."
Bilangnya bulat bulat akan hajatnya ke mari.Dia tidaklah berasa keberatan mana dengan orang tua itu setelah dia sejak dari kecil lagi sudah biasa dengan keluarga mereka di sini.Dulu Awang memang asalnya orang di kampung sebelah sini.Semenjak di bawa ibundanya berpindah ke rumah besar sejak itulah Awang tidak lagi kelihatan di Kampung Mengkudu Rendang ini.Sebentar Mak Long Saaiyah bersuara dengan berkata.
"Alah!Tak menjadi halnya pada Mak Long.Kamu duduk ajelah Awang...Ehh!"
Jawab Mak Long Saiyah pula.Awang merasa lega bila mendengar jawapan Mak Longnya itu.Dia meminta diri sebentar untuk mengambil beg galas yang tertinggal di dalam kereta.Sebentar Awang kembali semula.Mak Longpun berkata kepadanya.
"Kamu bawa masuk beg kamu ke bilik.Semuanya Mak Long ada sediakan di situ.Kamu guna ajelah apa yang ada."
Tambah Mak Long lagi.Mendengarnya Awang sebentar membingkas bangun lalu berjalan sambil menuju ke bilik yang dimaksudkan.Dia memerhatikan ke sekeliling bilik sambil memandang kosong.Tidak ada banyak perubahan berlaku.Rungut Awang sendirian.Sebentar dia kembali keluar semula sambil mendapatkan Mak Longnya.Sambil memandang Awang pun berkata.
"Mak Long...Takpa ke saya bermalam di sini?"
"His!Kamu ni...Tak ke apanya.Janganlah risau.Kamu ni...Macam budak budak pulak."
Balas Mak Longnya pula setelah dia mengusul sebentar tadi.Awang terdiam seketika sambil memandang kepada orang tua itu.Di hatinya terdetik berkata apa ke menda orang tualah dia ni.Selamba aje.Gerutunya di dalam hati sendirian.
"Kalau gitu Awang masuk dululah ya...Mak Long!"
Katanya sambil meminta izin.Mak Long Saiyah mengangguk kepalanya tanda faham.Sejurus dia pula menyusur sambil berjalan menuju ke dapur.Sempat pula dia memerhati jam di dinding sudah hampir ke pukul sepuluh malam.Awang sambil berbaring di atas tilam sambil terkebil kebil memerhatikan ke arah atap rumbia.Ada lagi rumah sebegini rupanya.Rungut Awang sambil berkata di dalam hatinya sendirian.Seumur hayatnya jarang sangat dia dapat melihat rumah berbumbungkan atap rumbia di zaman sekarang ini.Jika ada sekalipun mungkin terletak di kawasan pedalaman atau di kawasan kawasan luar bandar agaknya.Dia menggeleng geleng kepala bila memikirkan perkara itu.Sebentar dia terdengar suara Mak Long Saiyah mengeloi dari dalam rumah.Awang sedikit bergegas sambil meluru keluar.Dia dapati orang tua itu sudah tersedia dengan sedulang monuman di atas meja.Awang lalu mengucap sambil berkata kepada Mak Longnya itu.
"Alah!Buat susah susah pulak...Mak Long."
"Habis...Nasi nasi tak hidang sama ke?"
Ucap Awang sambil sedikit berseloroh pula.Mendengar Awang lalu Mak Longpun berkata.
"Ada...Ehh!Kamu ke dapur sana.Minta sama Mah.Dia pula tengah buat apa menda entahlah.Sejak tadi lagi.Mak Long naik hairan pula."
Ujar Mak Long Saiyah.Awang menggerutu seketika bila mendengar kata kata Mak Long itu.Mana tidaknya diapun sama macam itu juga.Terasa dirinya diperli seketika.Dia sambil perlahan lahan berjalan menuju ke sebelah dapur rumah.Di situ dia terlihat seseorang sedang terbongkok bongkok seakan melakukan sesuatu.Dia cuba ingin menegurnya tapi dia batalkan niatnya itu.Lalu Awang berjalan ke arahnya sambil berjenjek sedikit agar tidak dikesan langkahnya.Dalam pada itu timbul pula perasaan bersalah di hatinya bila dia cuba menyangkat Mah yang sedang ralik itu.Bila dia betul betul hampir kepada Mah sekali.
"Hey!Awak nak buat apa ni?"
"Haa!Awak nak sekoden...Err!"
Jeritnya.Sekali bila Awang berpaling ke belakang lalu dia terlihat seorang budak lelaki sedang memekik kepadanya.
"Awwak jangan cuba ganggu emak saya...Tau!"
"Kang...Saya bilang sama bapak saya!"
Pekik budak lelaki itu lagi.Awang melopong sedikit sambil menggaru kepala.Awang cuba menghampirinya tiba tiba dia menjerit lalu menangis.Tiba tiba Rozimah datang meluru ke mari.Dia memegang budak itu sambil memujuknya.
"Kenapa dengan engkau...Syamil!"
"Terpekik pekik...!"
Sergah Rozimah kepada anaknya itu.Syamil masih kelihatan menangis lagi sambil menompang di bahu ibunya itu.Awang bila menyedari dia lalu menghampiri kedua beranak itu sambil berkata.
"Engkau orang tak usah khuatir lagi.Aku sudah faham sekarang!"
"Hai!Budak bertuah!"
"Ada ke patut...Aku disangkanya!"
Gerutu Awang sambil berlalu pergi meninggalkan kedua beranak yang sedang berselimpuh di atas lantai itu.Lantaran kejadian itu tidurnya sedikit terganggu.Sudah puas Awang mencuba memejamkan mata tapi tetap tidak berjaya.Sedar tak sedar bunyi ayam berkokok barulah dia dapat melelapkan matanya.Jam sebelas pagi Awang terjaga lalu bangkit dari tempat tidurnya.Kelihatan Mak Long Saiyah pagi pagi lagi duduk bertenggek di bangsal sambil mengupas Ubi Kayu.Kanak kanak berceriadayan bermain sambil berlari di tepi baros berhampiran yang ada terdapat di situ.Sekali sekala kedengaran suara ibu budak budak itu mengeloi sambil memanggil anak anaknya.Melihat Mak Long Saiyah sedang ralik membuat kerja Awang yang baru sudah selesai mandi itu terus pergi mendapatkannya sambil menyangkat orang tua itu.
"Alahh omak kawinkan Aku...!!"
Sergah Awang kepada Mak Longnya itu seraya mencongkit di pinggangnya.Mak Long yang melenting tidak tentu pasal itu pula terus membelasah Awang tanpa rasa belas kasihan lagi.Kesian Awang.Mana tidaknya, hajat hatinya hendak menumpang kasih serta bermanja dengan kemanakannya di sini langsung terus terpaksa dihantarkan ke hospital berdekatan gara gara kejutan yang Mak Longnya alami menyebabkan dia sendiri mengalami akibatnya.Seluruh ahli keluarganya telah dimaklumkan sejurus selepas kejadian.Tepat jam enam petang masing masing kelihatan penuh berkerumun di ruang menanti di luar wad hospital sambil menunggu waktu melawat tiba.Ahli ahli kerabat serta beberapa orang wakil pihak pembesar negara juga turut hadir sama bagi memastikan Anakanda Putera Raja yang sedang gering itu tidak terbiar kesakitan seorang diri.Tiba waktu melawat, mereka dibenarkan masuk.Awang sedang lena sambil terbaring di atas katil di dalam wad pesakit.Doktor menyediakan sebuah bilik khas untuknya.Kelihatan kakinya berbarut simen dan kepalanya juga turut dibalut sama.Agak teruk juga Awang nampaknya.Berat juga dia terkena penangan Mak Longnya agaknya.Kesian Awang.Seluruh ahli keluarganya mulai berurusan dengan pihak hospital agar Awang dapat cepat cepat sembuh.Mereka dimaklumkan yang anak mereka itu tidak mengalami kesan yang teruk mana.Dua tiga hari lagi dia dapat keluar hospital.Mereka merasa cukup lega mendengarnya.
Share this novel